Tuesday, May 26, 2009

Redha Bukti Syukur.


26.5.09-Hari praktikal yang dilalui sungguh memenatkan. Penat fizikal dan mental. Semuanya perlu disiapkan sebelum masuk wad.Persiapan kelengkapan dan ilmu untuk menjaga dan merawat pesakit dengan sebaik-baiknya.


Hari ini ada sedikit pengalaman dan ilmu dapat dikongsi untuk manfaat bersama. Saya dan sahabat,mimi & ezah bertugas menjaga pesakit di 'cubicle' masing-masing dan tiba-tiba ada pesakit kami yang batuk kuat sehingga mukanya merah padam. Mak cik itu cuba untuk melepaskan batuk tersebut tetapi tidak berdaya. Lalu,kami mendekati mak cik tersebut dan bertanyakan tentang keadaannya. Saya"Mak cik ok?" Mak cik "Dah 2 hari batuk ni.Sebelum ni boleh tahan,tapi sekarang batuk ni makin menjadi-jadi." Mimi"cik,ada xdoktor bagi mak cik ubat batuk?" Mak cik"ada.tapi xjd mende pun."
lalu dengan pantas kami memeriksa data ubat serta data2 rawatan mak cik tersebut. Rupa-rupanya pesakit kami ini menghidap kanser payudara peringkat yang sangat teruk. Batuknya makin teruk kerana kuman dari kanser tersebut telah merebak ke seluruh jantung dan saluran pernafasannya. Kuman itu tidak mati pun dengan ubat batuk biasa, mungkin untuk sementara batuk tersebut boleh reda, tetapi kuman itu tetap tidak hilang. banyak lagi penyakit lain yang ada pada pesakit kami ini seperti,sakit jantung dan kencing manis. Ia seperti pakej lengkap 3 dalam 1.Jika ada kanser,pasti ada lagi penyakit lain yang pasti bersama. Pada petang itu, kami membantu nurse membuat 'dressing' pada payudara pesakit kami itu. MashaAllah, kanser tersebut sudah pecah dan merebak ke bahagian sekitarnya. Sangat menyayat hati tatkala kami melihat wajah mak cik itu sewaktu kami membersihkan lukanya. 'Bagaimana perasaan kita jika pesakit itu mak kita,nenek kita atau saudara mara kita?' Tidakkah kita merasa simpati? Kami turut memberi mak cik sokongan emosi,minta mak cik bertenang dan bersabar. Namun berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul. Ini hakikat perlu kita terima. Bagaimanakah persaan mak cik menghadapi ujian ini? Lalu saya bertanya kembali kepada diri saya..Jika aka berada di tempat mak cik, adakah aku akan menerima ujian itu dengan redha?aku xpasti..ketenangan wajah mak cik membuktikan bahawa dia seorang wanita yang sangat tabah.Diteliti sejarahnya, dia sudah ketiadaan suami dan bekerja.sehingga 2hari sebelum dimasukkan ke hospital,dia berhenti bekerja. Itupun sebab terlalu sakit.Kami bercakap sedikt dengan mak cik ini,dan kami dapat rasakan bahawa hati mak cik ini sangat tulus.

Dia mengatakan,"hingga sekarang mak cik rasa ajal sangat dekat dengan mak cik.mudah-mudahan jika meninggal pun,mak cik takkan menyusahkan siapa2 lagi terutama anak-anak mak cik." Ditahan air mata dari mengalir. Kata-kata apa yang dapat mententeramkan mak cik saat ini?Kalau ada, saya akan ucapkan. bisik hatiku. Lalu saya menjawab,"Mak cik tenang-tenang ye.Insha Allah ujian ini untuk mendekatkan mak cik kepada Allah.takde ujian Dia sia-sia.Ajal maut itu kan di tangan Allah.Kita serahkan saje.Mak cik banyakkan selawat ye,inshaAllah tenang hati." Berderau juga darah bila mak cik sebut soal maut.

Selepas membancuh air dan memberi mak cik minum,saya biarkan dia rehat. Saya lihat mulutnya terkumat-kamit berzikir dan berselawat hingga dia tertidur. Mungkin sangat letih kerana banyak darah dan tisu kanser diambil oleh doktor untuk ujian hari ini.Pembedahannya tidak pasti bila tetapi sempat jugak dengar perbincangan antara doktor-doktor.Mungkin dalam minggu ini juga,hanya menunggu keputusan tisu yang dihantar untuk ujian makmal(Wedge biopsy). Umur setahun jagung dalam perubatan dan Nursing ini xcukup untuk mentafsirkan apa yang dibualkan oleh mereka. xpelah,boleh tangkap sikit-sikit pun ok lah.Begitulah antara bukti hamba yang bersyukur-redha. senang ditaip..r-e-d-h-a..tetapi sesenang itukah untuk kita mengamalkannya? Tepuk dada,tanyalah iman. Saya banyak belajar dari mak cik ini. Sifatnya yang tenang membuatkan hati saya sejuk. Setiap kali bertanyakan tentang sakit,pasti dia jawab mak cik tak apa-apa,cuma penat sikit je. Walaupun kita tahu yang pesakit kanser memang menderita,sakitnya bukan kepalang.apa lagi bila kanser tu dah pecah dan merebak. Cuma wajahnya saja kadang-kadang nampak perit menahan sakit..


Cerita ini adalah untuk membawa anda meneliti nilai yang patut ada dalam diri kita, bukan untuk mengaibkan sesiapa. Saya hanya ingin memberitahu bahawa, bukan semua orang boleh redha dan sabar bila diuji. kadang-kadang ujian yang menerjah hidup kita ini tidak disangka-sangka berlaku.hanya berbekalkan iman dan amal sahaja dapat menjadikan kita hamba yang 'kuat'.Hanya kepada-Nya kita berserah.Sememangnya Allah janjikan ujian untuk hamba-Nya yang hidup di dunia ini. semakin dekat kita kepada-Nya,semakin kuat kita diuji. Lalu, sama-samalah kita panjatkan doa kepada-Nya agar kita termasuk di dalam golongan hamba-Nya yang taat, redha dan bersyukur. Mudah-mudahan akan membawa kita ke jannah.salam mujahadah!

"*Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?* Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,maka Allah pasti mengetahui orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta." (Al-Ankabut:2 & 3)

No comments:

Post a Comment