Friday, May 29, 2009

Kekalkan Momentum Iman!


Buat diriku yang sering lalai & alpa...Bangunlah di sepertiga malam lalu sujud & pohonlah kepada-Nya agar dosa-dosamu diampunkan.Semoga kita sentiasa di dalam rahmat Allah..ameen..

Bangun dan sujud pada tengah malam adalah amalan Rasulullah serta para sahabat.

Saidina Abu Bakar al-Siddiq adalah seorang sahabat Rasulullah SAW yang amat penyedih. Apabila beliau membaca ayat Allah, air matanya tidak dapat dibendung. Hatinya begitu lembut, sensitif dan cepat tersentuh.

Saidina Umar pula suka mengingatkan dirinya terhadap hari perhitungan. Ketakutan sentiasa menguasai hatinya. Wajahnya diguris bekas aliran tangisan yang terus-menerus mengalir mengingat hari perjumpaan dengan Allah kelak.

Ketika dalam keadaan sakit tenat yang membawa kepada kematiannya, beliau berkata, kepada anaknya Abdullah bin Umar: "Letakkan pipiku di atas tanah." Abdullah melarang dengan lembut sambil berkata: "Wahai ayah, bukankah itu akan membuatmu semakin sakit?" Umar berkata lagi: "Aku tidak peduli, letakkan aku di atas tanah, celakalah aku jika Tuhanku tidak merahmati aku!"

Tangisan adalah ubat bagi hati yang keras. Ia mendatangkan cahaya dan membersih daripada kekotoran dosa, manakala berlebihan tertawa dan bersenda gurau membawa kepada kelalaian, mengeraskan hati dan mengeruhkan kesuciannya.


Rasulullah SAW suatu ketika bertemu sahabat yang tertawa sambil bergurau. Baginda SAW bersabda maksudnya: "Jika kamu semua mengetahui seperti apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit tertawa."

Ada beberapa alasan mengapa orang beriman perlu menangisi dirinya.

a) Dia tidak tahu qada dan qadar atas dirinya.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibu 40 hari air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama 40 hari lagi, kemudian menjadi seketul daging selama 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh kepadanya dan dituliskan empat kalimah iaitu rezekinya, umurnya, amalnya, celakanya atau bahagianya. Maka, demi Allah yang tidak ada Tuhan selain-Nya, sesungguhnya seseorang mengerjakan amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dengan syurga itu melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan amal ahli neraka maka masuklah ia ke dalamnya. Dan seseorang mengerjakan amal ahli neraka sehingga tidak ada jarak di antaranya dengan neraka kecuali sehasta. Kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu dia pun mengerjakan amalan ahli syurga maka masuklah dia ke dalamnya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Siapakah yang boleh menjamin nama kita termasuk dalam senarai ahli syurga? Tidakkah hal itu petanda bahawa kita tidak berkuasa menolong diri sendiri? Letakkanlah diri kita sentiasa dalam keadaan cemas, takut dan harap kepada Allah. Caranya dengan banyak menangis dan
memohon pertolongan-Nya.

b) Menangislah kerana ingat terhadap malam pertama di alam kubur.

Siapakah yang menjadi teman untuk seorang pengantin yang memakai helaian kafan? Ditinggalkan sendirian menanggung nasib, meratapi kepergian orang yang menghantar ke kuburnya. Jangan pergi! Mana anakku, isteri dan saudara mara yang dulu mengasihiku? Semua hartaku, siapa yang menghabiskan segala jerih payahku selama ini? Lubang itu terlalu sempit, tempat cacing dan ulat menggigit-gigit.

Malam pertama di sini sungguh berat ditanggung sendiri. Ada malaikat yang datang membawa urusan amat penting. Persoalan yang bukan senda gurau kekasih pada malam pengantin. Bahkan, gertakan yang mengecutkan hati dan kekerasan yang memadamkan kegembiraan.

Siapakah yang mahu menolong aku, menemani dan membela diriku? Di mana sembahyang, puasa, haji dan sedekahku? Datanglah selimuti aku daripada kepedihan seksa ini. Di mana bacaan al-Quran, zikir dan kelembutan lidah yang pernah mengeluarkan kata-kata yang baik?

Datanglah semua segala kebaikanku dari atas kepala, di sebelah tangan, di kaki, di seluruh tubuh badan yang kaku dan pucat ini.

Siapakah yang sanggup membela jika bukan amal salih di dunia. Mayat itu menangis di perut bumi, menyesal mengapa dulu ia tidak menangis ketika bersimpuh di atas bumi?

c) Menangis kerana ingatkan hari perhitungan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Orang yang muflis di kalangan umatku ialah: Seseorang yang datang pada hari kiamat dengan pahala sembahyang, puasa dan zakat. Tetapi, dia pernah mencaci si polan, menuduh si polan, menumpah darah si polan dan memukul si polan. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi sehingga apabila habis pahalanya, sedangkan belum semua terbayar, maka akan diambil ganti dari dosa orang itu dan dibebankan kepadanya dan dia dicampakkan ke dalam neraka kerananya." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Ingatlah keaiban diri yang terlalu banyak untuk dihitung, jangan sibuk menyebut aib orang lain. Semua orang di sekeliling kita tidak dapat menolong kecuali amal ibadat yang dilakukan dengan keikhlasan.

Bilakah saat dan ketika paling tepat untuk kita menangis supaya lembut hati yang keras oleh hawa nafsu yang dituruti? Pada tengah malam yang dingin, bangun dan berdiri tanpa diketahui oleh manusia yang asyik bermimpi, sujud dan doa yang panjang, bacaan al-Quran dan
zikrullah juga istighfar.

Amalan ini menjadi kebiasaan Rasulullah SAW dan sahabatnya serta menjadi ikutan orang salih yang mahukan ketenangan jiwa pada akhir zaman ini. Ubati kegelisahan, tekanan dan kesakitan jiwa dengan menangis, solat dan zikrullah.

Thursday, May 28, 2009

Buku Jihad!


Assalamua'laikum...sahabat2 sedunia & seantara... Di sini saya nk promosi sahabat-sahabat supaya baca buku tentang palestin.sebuah yang cukup merangsang iman & cukup bermanfaat..Jeng..jeng..jeng...

Buku yang bertajuk “Biarkan aku jadi orang Palestin” adalah sebuah buku yang sangat menarik untuk dibaca oleh semua golongan. Buku hasil terbitan JIM media & Karisma ini menggabungkan beberapa cerpen pendek berkisar tentang keadaan ummat Islam di Palestin. Tidak pernah terbayang di mata kita bagaimanakah penyeksaan yang dilakukan Zionis terhadap rakyat Palestin. Jika kita dapat lihat sekalipun, hanya dilihat di kaca TV yang sebesar 16 inci,paling besar pun 30 inci. Hakikatnya apa yang dialami oleh rakyat Palestin adalah lebih dasyat dari apa yang dipaparkan di kaca TV kita. Hari-hari yang mereka lalui bermandikan air mata dan darah. Dentuman bom dan peluru yang bersimpang-siur serta mayat-mayat yang bergelimpangan di pinggir jalan merenggut kebahagiaan mereka di bumi suci Al-Quds. Mereka seolah-olah telah lali dengan keadaan yang menekan mereka saban hari. Meskipun hanya berbekalkan 'senjata' batu, api semangat jihad mereka tidak pernah padam. Itulah bukti mereka hamba Allah yang bertaqwa.Tetap kuat iman demi mempertahankan bumi Palestin tercinta.


Apabila disebut tentang semangat jihad,kita tahu yang jihad adalah berusaha sedaya upaya, sehabis kudrat untuk menegakkan agama Islam di muka bumi,melawan musuh Islam dengan apa cara sekalipun.Marilah kita sama-sama rasakan semangat jihad bersama saudara kita di Palestin dengan cara kita mengambil tahu tentang apa yang berlaku di sana,berusaha memboikot barangan Amerika serta mendoakan untuk kemenangan tentera Islam di Palestin serta negara Islam lain...Semoga secebis usaha kita ini menjadi saksi amal kita untuk Islam untuk kita dihadapkan bertemu Allah di Akhirat kelak..Wallahua'lam.

Tuesday, May 26, 2009

Redha Bukti Syukur.


26.5.09-Hari praktikal yang dilalui sungguh memenatkan. Penat fizikal dan mental. Semuanya perlu disiapkan sebelum masuk wad.Persiapan kelengkapan dan ilmu untuk menjaga dan merawat pesakit dengan sebaik-baiknya.


Hari ini ada sedikit pengalaman dan ilmu dapat dikongsi untuk manfaat bersama. Saya dan sahabat,mimi & ezah bertugas menjaga pesakit di 'cubicle' masing-masing dan tiba-tiba ada pesakit kami yang batuk kuat sehingga mukanya merah padam. Mak cik itu cuba untuk melepaskan batuk tersebut tetapi tidak berdaya. Lalu,kami mendekati mak cik tersebut dan bertanyakan tentang keadaannya. Saya"Mak cik ok?" Mak cik "Dah 2 hari batuk ni.Sebelum ni boleh tahan,tapi sekarang batuk ni makin menjadi-jadi." Mimi"cik,ada xdoktor bagi mak cik ubat batuk?" Mak cik"ada.tapi xjd mende pun."
lalu dengan pantas kami memeriksa data ubat serta data2 rawatan mak cik tersebut. Rupa-rupanya pesakit kami ini menghidap kanser payudara peringkat yang sangat teruk. Batuknya makin teruk kerana kuman dari kanser tersebut telah merebak ke seluruh jantung dan saluran pernafasannya. Kuman itu tidak mati pun dengan ubat batuk biasa, mungkin untuk sementara batuk tersebut boleh reda, tetapi kuman itu tetap tidak hilang. banyak lagi penyakit lain yang ada pada pesakit kami ini seperti,sakit jantung dan kencing manis. Ia seperti pakej lengkap 3 dalam 1.Jika ada kanser,pasti ada lagi penyakit lain yang pasti bersama. Pada petang itu, kami membantu nurse membuat 'dressing' pada payudara pesakit kami itu. MashaAllah, kanser tersebut sudah pecah dan merebak ke bahagian sekitarnya. Sangat menyayat hati tatkala kami melihat wajah mak cik itu sewaktu kami membersihkan lukanya. 'Bagaimana perasaan kita jika pesakit itu mak kita,nenek kita atau saudara mara kita?' Tidakkah kita merasa simpati? Kami turut memberi mak cik sokongan emosi,minta mak cik bertenang dan bersabar. Namun berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul. Ini hakikat perlu kita terima. Bagaimanakah persaan mak cik menghadapi ujian ini? Lalu saya bertanya kembali kepada diri saya..Jika aka berada di tempat mak cik, adakah aku akan menerima ujian itu dengan redha?aku xpasti..ketenangan wajah mak cik membuktikan bahawa dia seorang wanita yang sangat tabah.Diteliti sejarahnya, dia sudah ketiadaan suami dan bekerja.sehingga 2hari sebelum dimasukkan ke hospital,dia berhenti bekerja. Itupun sebab terlalu sakit.Kami bercakap sedikt dengan mak cik ini,dan kami dapat rasakan bahawa hati mak cik ini sangat tulus.

Dia mengatakan,"hingga sekarang mak cik rasa ajal sangat dekat dengan mak cik.mudah-mudahan jika meninggal pun,mak cik takkan menyusahkan siapa2 lagi terutama anak-anak mak cik." Ditahan air mata dari mengalir. Kata-kata apa yang dapat mententeramkan mak cik saat ini?Kalau ada, saya akan ucapkan. bisik hatiku. Lalu saya menjawab,"Mak cik tenang-tenang ye.Insha Allah ujian ini untuk mendekatkan mak cik kepada Allah.takde ujian Dia sia-sia.Ajal maut itu kan di tangan Allah.Kita serahkan saje.Mak cik banyakkan selawat ye,inshaAllah tenang hati." Berderau juga darah bila mak cik sebut soal maut.

Selepas membancuh air dan memberi mak cik minum,saya biarkan dia rehat. Saya lihat mulutnya terkumat-kamit berzikir dan berselawat hingga dia tertidur. Mungkin sangat letih kerana banyak darah dan tisu kanser diambil oleh doktor untuk ujian hari ini.Pembedahannya tidak pasti bila tetapi sempat jugak dengar perbincangan antara doktor-doktor.Mungkin dalam minggu ini juga,hanya menunggu keputusan tisu yang dihantar untuk ujian makmal(Wedge biopsy). Umur setahun jagung dalam perubatan dan Nursing ini xcukup untuk mentafsirkan apa yang dibualkan oleh mereka. xpelah,boleh tangkap sikit-sikit pun ok lah.Begitulah antara bukti hamba yang bersyukur-redha. senang ditaip..r-e-d-h-a..tetapi sesenang itukah untuk kita mengamalkannya? Tepuk dada,tanyalah iman. Saya banyak belajar dari mak cik ini. Sifatnya yang tenang membuatkan hati saya sejuk. Setiap kali bertanyakan tentang sakit,pasti dia jawab mak cik tak apa-apa,cuma penat sikit je. Walaupun kita tahu yang pesakit kanser memang menderita,sakitnya bukan kepalang.apa lagi bila kanser tu dah pecah dan merebak. Cuma wajahnya saja kadang-kadang nampak perit menahan sakit..


Cerita ini adalah untuk membawa anda meneliti nilai yang patut ada dalam diri kita, bukan untuk mengaibkan sesiapa. Saya hanya ingin memberitahu bahawa, bukan semua orang boleh redha dan sabar bila diuji. kadang-kadang ujian yang menerjah hidup kita ini tidak disangka-sangka berlaku.hanya berbekalkan iman dan amal sahaja dapat menjadikan kita hamba yang 'kuat'.Hanya kepada-Nya kita berserah.Sememangnya Allah janjikan ujian untuk hamba-Nya yang hidup di dunia ini. semakin dekat kita kepada-Nya,semakin kuat kita diuji. Lalu, sama-samalah kita panjatkan doa kepada-Nya agar kita termasuk di dalam golongan hamba-Nya yang taat, redha dan bersyukur. Mudah-mudahan akan membawa kita ke jannah.salam mujahadah!

"*Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?* Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,maka Allah pasti mengetahui orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta." (Al-Ankabut:2 & 3)

Monday, May 25, 2009

Ada Apa Pada Tarbiyyah???


Apa itu tarbiyyah ???
Tarbiyyah ialah segala usaha yang dilakukan untuk membawa seseorang ke arah mendekat dan mengabdikan diri kepada Allah Ta’ala dalam seluruh bidang kehidupan.
* Ia merupakan satu proses yang berterusan dan panjang demi melahirkan insan-insan yang benar-benar bertaqwa kepada Allah.

Berapakah bahagian tarbiyyah ???
1 - Teori (نظرية ) 2 - Amali ( عملية )
Apakah yang nak ditarbiyyahkan ???
i - Ruh ( روحية ) ii - Jasad ( جسدية ) iii - Aqal ( عقلية )

Bagaimanakah caranya ???
I - Usrah ii- Tamrin iii- Rehlah
d- Riadah v- Mukhayyam vi- Halaqah
e- Ijtimak viii- Dll.

Apa itu usrah ???
Beberapa orang sahabat ( 5 - 12 orang ) berkumpul di bawah seorang naqib (mas’ul) yang menjadi ketua usrah; membincangkan buku-buku, kertaskerja dan bahan usrah yang telah diputuskan; diadakan setiap minggu atau dwi-mingguan.

Bagaimana & Apakah pengisian usrah ???
a- *Dimulakan dgn solat Maghrib berjama’ah.
*Bacaan al-Ma’thurat.
b- a- Tafsir al-Quran (at-Tibyan)
b- Hadith 40 (boleh bergilir dgn a)
c- Bahan utama: Buku Tauhid
d- Perbincangan hal-hal semasa termasuk isu berkaitan ummat Islam
e-Tazkirah (bergilir antara ahli )
Nota : Jangkamasa ( 1 - 2 jam sahaja).


*Kemanisan berusrah akan dirasai apabila bibit-bibit ukhuwwah antara ahli usrah terjalin. Susah & senang dalam menempuh kehidupan dirasai bersama. Walaubagaimanapun, ia memerlukan satu jangka masa yang cukup panjang. Ia perlu ditarbiyyah.InsahaAllah hati-hati yang hidup akan dapat merasai kemanisan berukhuwwah kerana Allah.

Salam imtihan buat sahabat-sahabat dentist!


25 Mei 2009- sahabat seperjuangan saya yang mengambil jurusan ‘Dentist’(pergigian) akan menghadapi peperiksaan professional bagi menentukan mereka lulus di dalam semua mat pelajaran yang diambil untuk tahun ini. Semangat jihad mereka sungguh mantap.Mereka melakukan bermacam-macam cara bagi membolehkan mereka lulus di dalam imtihan ini.Namun, itu adalah sangat biasa dilihat di mana2 universiti.Setiap kali musim imtihan tiba, semua orang akan bertungkus-lumus belajar,siang dan malam,pagi dan petang. Sehingga makan minum pun lupa. Apa yang unik yang sahabat2 saya lakukan adalah, solat memang wajib berjemaah di surau. Maghrib & Isya’ lah terutamanya. Selepas solat maghrib,mesti baca Yasin dan solat hajat. Kalau ade mase lagi wat tazkirah. Sebab itulah blok asrama kami xpernah sunyi.ada saja aktiviti-aktiviti yang dilakukan di surau. Iftor,usrah,study group,mengaji Qur’an dan macam-macam lagi.Memang susah untuk istiqamah solat berjemaah di suarau.syabas buat semua sahabat dentist UIA tahun satu.


Semoga Allah memberkati usaha kalian, belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi dai’e & dentist yang Berjaya. Doa kami sentiasa mengiringi perjuangan kalian. Salam juang!

Saturday, May 16, 2009

Ikhlaskan Hati Dalam Setiap Amalmu.


Assalamua'laikum buat sahabat perjuangan sekalian...
Semoga sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Awwalan, buat pertama kali memulakan penulisan di blog ini, diri hina n jahil ini memohon kemaafan andai tersilap dalam menulis. Syukran jazila buat adik na(adik angkat yang dah habis belajar di matrik Nilai dan akan menyambung pelajaran di UIA Gombak bulan 7 ni) yang banyak membantu saya dalam membuat blog ini.

Sedikit pengalaman yang ingin saya kongsi di sini ialah berkenaan keikhlasan kita di dalam setiap amalan yang kita lakukan seharian. Memandangkan saya seorang jururawat pelatih,tahun satu di HTAA, jadi praktikal saya sehari-hari di hospital melibatkan insan sepenuhnya,baik dari segi sistem badan seorang insan, ragamnya, akhlaknya dan keperluan seorang insan dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar. Jadi, apa yang perlu kami sematkan di dalam jiwa dan sanubari adalah "ikhlaskan hatimu membantu semua pesakit kerana mereka memerlukanmu" "Lakukan kebaikan tanpa sempadan,kelak kamu akan dapat manfaat dari kebaikan yang kamu lakukan itu"


Tugas kami bermula sebaik melangkah ke wad. Kami bertiga(saya,ezah n mimi) seringkali ingat-mengingati sesama kami. Kadang-kadang salah seorang dari kami tiada semangat untuk bekerja, kadang-kadang rasa nak ponteng lah, macam-macam lah. Tapi, Alhamdulillah setakat ini kami sering berbincang dan bertukar-tukar pandangan sebelum dan selepas 'shift' kerja supaya semua yang kami lakukan di wad dapat sama-sama kami rasai. Bak kata pepatah Inggeris yang sering disebut jihan,'roommate' saya.."sharing is caring,caring is loving". so sweet.

Ikhlas dalam konteks sebagai seorang 'nurse' adalah memberi tanpa merasa beban. berkhidmat dengan sepenuh hati.bukan hanya melakukan kerja hanya untuk menghabiskan kerja,cukup masa,balik tapi kebajikan pesakit terabai. Sedikit perkongsian, semasa di wad, kami mengajak pesakit solat,terangkan tentang kewajipan solat ke atas setap Muslim walau dalam apa jua keadaan.Kemudian,langkah diteruskan jika pesakit tu bersetuju,kami terangkan tentang cara berwudhu' dan solat dalam keadaan sakit dengan bantuan pamplet yang diedarkan oleh biro education(NURSs) masa sem 1 hari tu. Kemudian, kami bantu pesakit mengambil wudhu' dan solat.pinjamkan telekung pada mereka dan mereka solat. Sejuk hati melihat mak cik, pak cik dan semua pesakit apbila mereka solat, berdoa dan merintih di sebalik 'hijab' langsir itu. Masih ada hati suci yang ikhlas berdoa kepadaMu ya RABB. Mereka redha walau ditimpa ujian sakit.


Begitulah tugas yang menjadi rutin harian seorang 'mummaridhoh' yang melakukan kewajipannya ke atas pesakit mereka. Di samping melakukan prosedur nursing yang sememangnya dipelajari di kelas, tugas menyampaikan dakwah ini perlu dilakukan supaya pesakit dapat merasakan ada insan yang prihatin dengan keadaan mereka di samping mereka mendapat semangat untuk meneruskan kehidupan walaupun ditimpa ujian-sakit. hati yang benar-benar suci akan terharu dengan apa yang mereka dapat di wad. Walaupun mereka dimasukkan ke wad akibat pelbagai penyakit, namun apa yang mereka terima adalah lebih daripada layanan sebagai seorang pesakit. Mereka sangat terharu dengan apa yang mereka dapat semasa di wad.Begitulah antara luahan hati pesakit saya setakat pengalaman yang cetek.
Namun, ade je pesakit yang ,menolak mentah2 ajakan kami apabila kami mengajak mereka solat. Bermacam-macam lah jawapannya. 'Pak cik dah tahu,tanggung jawab adik dah lepas.terpulanglah sama ada pak cik nak solat atau tidak kan?' Jawapan yang menghiris kalbu. Namun, itulah hakikatnya, dakwah ini bukan suatu kerja mudah yang mampu dilakukan oleh semua orang. Ketenangan hati , berlapang dada, sabar, syukur dan ikhlas antara elemen2 yang patut ada pada seorang 'mumarridhoh' yang bergelar da'ie. terpulanglah kepada individu untuk menilai kerja seorang nurse. Yang penting seorang nurse yang faham Islam mesti mempunyai niat yang ikhlas dalam melakukan setiap pekerjaan, berilmu, yakin dan berkebolehan menyampaikan dakwah di dalam wad.


Kesimpulannya,amal yang disertakan dengan keikhlasan pasti akan dapat dirasai oleh hati yang menerima. Buat sahabat2 Nursing seperjuangan - TERUSKAN USAHA KALIAN MENCARI REDHA ALLAH DI MEDAN DAKWAH KITA-HOSPITAL. salam perjuangan!

Tuesday, May 5, 2009

HidUPKan sUnnAH RasULLuLLAH

Hidupkan sunnah Rasulullah

Sunnah dalam pengertian ulama usul fiqh adalah segala sesuatu yang datang dari Nabi Muhammad s.a.w. selain al-quran ,sama ada berbentuk perkataan,perbuatan mahupun Takrir (peneguhan) yang dijadikan sebagai dalil hukum syariat.istilah yang biasanya digunakan ialah Sunnah. Dil kalangan ahli usul fiqh sunnah merupakan salah satu sumber hukum islam yang menepati urutan kedua selepas Al-Quran.

Dalam hubungannya dengan Al-Quran ,sunnah berfungsi sebagai:

1) Pengiat kepada ketetapan hukum disebut al-quran megenai peristiwa hukum tertentu,

2) Pemberi penjelasan (Bayan) terhadap ayat-ayat Al-Quran,

3) Pencipta hukum yang belum terdapat di dalam Al-Quran seperti haramnya memakan binatang buas yang bertaring kuat dan burung yang berkuku(hadis riwayat Muslim)

Sunnah dalam pengertian ahli hadis ialah segala perkataan,perbuatan,takrir,sifat,keadaan,tabiat/watak,dan sirah(perjalanan hidup) Nabi Muhammad SAW sama ada yang berkaitan dengan masalah hukum ataupun tidak.Dalam pengertian ini,di samping perkataan (sunnah qauliyah),perbuatan (sunnah fi’liyah ) dan takrir Nabi Muhammad saw (taqririyah),termasuk jugak sifat,keadaan dan hasrat(himmah) Rasulullah saw.

Menghidupkan ibadah sunnah sudah sangat jelas tuntutannya.

Pertama,dari hadis Nabi Muhammad saw Yang bermaksud, “hendaklah kalian mengerjakan sunnahku dan sunnah para khalifah yang dating setelahku.

Al-Quran surah Al Hasry ayat 7 yang bererti “Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka

terimalah dia.Dan apa yang dilarang bagimu maka tinggalkankah.”



Antara sunnah-sunnah Rasullullah…..


Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.


Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.


Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid penuh ‘barakah’, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.


Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.


Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan

dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya.