Sunday, October 11, 2009

NuRss Batch-5 Dinner Raya!



5 October 2009-Sambutan hari raya pelajar Nursing UIAM kuantan di Restoran New Horizon.Program bermula dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis dan tazkirah dari Ustaz Fauzan yang didatangkan khas dari Kelantan. Peringatan bersama agar sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan serta merasakan penderitaan ummat Islam di negara Islam lain.


~nurse soleh~


~kubersyukur dengan nikmat & rahmat-Mu ya Rabb~

Majlis makan malam diserikan dengan alunan lagu raya dan pertukaran hadiah. Majlis berakhir pada pukul 11 malam. semoga ukhuwwah kita sentiasa terjalin erat. Salam perjuangan sahabat-sahabatku!

Monday, October 5, 2009

Allah Mahu Mengajar Kita


Salam sejahtera.Semoga limpah rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa bersama kita. Pagi tadi penulis terdengar & mendengar satu tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Zawawi di Radio Ikim. Ustaz Zawawi telah mengingatkan kepada kita tentang bencana alam yang menimpa Indonesia sekarang, gempa bumi yang sangat dasyat adalah bukti kuasa Allah mengatasi segala-nya.Selain itu, gempa bumi ini adalah tanda-tanda Kiamat semakin dekat. Ingatlah bahawa setiap kejadian yang berlaku di muka bumi ini adalah dalm pengetahuan Allah.
Sebagai hamba yang Allah yang kerdil, kita mestilah mengaitkan setiap peristiwa yang berlaku dengan kuasa Allah agar kita dapat merasakan Allah sentiasa mengawasi perbuatan kita. Mungkin dengan dosa yang telah kita lakukan semalam, belum terampun. Jadi, dengan cara ini Allah mahu kita melihat, mendengar dan menghayati kejadian ini agar dapat menjadi pengajaran kepada kita semua. Walaupun gempa bumi ini tidak terjadi kepada kita dan keluarga kita, tetapi mereka juga hamba Allah dan saudara seIslam kita.Mari kita berdoa untuk saudara dan sahabat kita di sana agar Allah menguatkan mereka meghadapi ujian Allah. Semoga iktibar ini menjadi 'ibrah' berharga buat hati-hati yang takutkan Allah. Wallahua'alam.

Ramadhan Syawal Yang Berkat


Ramadhan telah berlalu, dan kemudian bertamu pula Syawal. Saat-saat ini sesungguhnya menghadiahkan detik yang indah untuk terus bermuhasabah. Beberapa purnama lagi tahun baru akan menjengah, apakah pecutan diri menuju taqwa semakin goyah atau semakin gagah? Ya, hakikatnya hidup perlu dijalani dengan semangat "sentiasa bersedia untuk mati". Bila hati benci mati, itu petanda jelas bahawa aku dan kamu belum mencintai Ilahi... (Dipetik dari Ustaz Pahrol Juoi)

Semoga Allah sentiasa memberi kita kekuatan untuk terus berjuang di bumi nan sementara demi meraih syurga abadi. Kehidupan yang dilalui seharian ini harus digunakan sebaaik mungkin kerana ia menjadi bekal kita bertemu Allah di akhirat kelak. Wallahua'lam.