Monday, May 14, 2012

Duhai Srikandi Nurse Berilah Seikhlas Hatimu.

Assalamua'laikum warahmatullah. selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat baginda. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana Dia masih memberi saya peluang untuk menyampaikan ilmu di ruang ini. Semoga sahabat-sahabat semua sihat dan sentiasa dalam kasih sayang Allah. Alhamdulillah, sekarang saya dan beberapa sahabat sekelas sedang menjalani praktikal di wad oncologi(kanser), Klinik kanser, Intensive Care Unit (ICU) & Cardiac Care Unit (CCU)di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Setakat ini, lebih 2 minggu kami berada di sini dan banyak yang kami pelajari dari staff nurse, ward sister dan doktor di sini.
< Pada tulisan kali ini, saya ingin berkongsi tentang salah satu sifat Allah iaitu Al-Wahab. Sifat yang cukup mulia ini mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan kerjaya saya sebagai seorang student nurse dan bakal staff nurse', inshaAllah. Walaupun jasa seorang jururawat ini kurang mendapat perhatian di mata manusia, saya mempunyai persepsi peribadi yang cukup ampuh tentang kerjaya sebagai seorang jururawat ini. Apabila saya terbaca tentang sifat Allah Al-Wahab ini, saya terfikir bahawa sememanganya semua kerjaya perlu dipupuk dengan sifat ini, tapi ia perlu lebih banyak jika nak jadi nurse sebab kerja nurse ni kena letak hati yang ikhlas kat tempat paling atas, inshaAllah kita akan jadi nurse yang baik. macam tulah lebih kurang. (teori sendiri je sebenarnya...) saya ingin menjadi seorang jururawat yang ikhlas memberi. Kadang-kadang saya terfikir bahawa Allah ingin kita menjadi seorang yang pemurah dengan meletakkan kita di dalam bidang tertentu.
Satu pengajaran dari kisah yang berlaku sepanjang saya berada di wad oncology. Sepanjang berada di wad oncologi, antara kanser yang banyak dihidapi oleh lapisan masyarakat adalah NPC (nasopharnygeal cancer) dan colon cancer. Boleh dikatakan China dan Melayu antara yang banyak dilihat menjalani "chemotherapy" tetapi ada juga India. Saya suka perhatikan cara doktor berkomunikasi dengan pesakit setiap kali pesakit yang datang untuk menjalani chemo kali pertama atau baru disahkan menghidap kanser. Ada juga, pesakit chemo yang disarankan menukar ubat chemo disebabkan oleh ubat yang tidak sesuai dan sebagainya. Saya memerhatikan antara cara penerimaan seorang pesakit Muslim dan bukan Muslim.
Kisah 1- Pesakit Kanser Muslim: Diagnosed, breast cancer stage 4. Saya beberapa kali melakukan pemeriksaan tekanan darah,suhu, kadara denyutan jantung terhadap beliau.Sampai dah dapat kenal baik sikit, saya bertanya pada beliau berkenaan kisah sewaktu pertama kali menerima berita bahawa beliau menghidap kanser. Lalu beliau menjawab dengan penuh tenang.. "Adik, adik mungkin nampak akak tenang saja tapi dalam hati hanya ALLah yang tahu. Akak dah buang segala perasaan sedih dan kecewa jauh-jauh. Masa pertama kali dengar dari doktor agak terkejut, tapi akak masih dapat mengawal perasaan. Akak kuatkan hati dan bisik pada diri akak, "aku kena kuat demi anak-anak dan suami." Akak teruskan kehidupan seperti biasa. Akak lawan perasaan & bisikan syaitan yang datang. Dalam tempoh mengambil ubat chemo ni, akak selalu buat ibadah & makan ubat ikut nasihat doktor. Akak akan kuat selagi akak diberi peluang untuk hidup sebab akak yakin Allah bukan bagi ujian ni saja-saja. Mesti ada hikmah disebaliknya."
KISAH 2- Pesakit China yang disahkan menghidap breast cancer stage 4. Saya mendatangi beliau di Clinic oncologi sewaktu beliau datang untuk mengambil vitamin dan ubat tahan sakit. Doktor memberi cadangan supaya beliau menjalani rawatan secara berterusan di hospital, chemotherapy dan radioterapi. Beliau enggan dan berkata..." No..No..Just let me die la.I don't want to think about it. No one care for me. How can I live if the god want me to die. You don't know if I come back home after this, I will die immediately.If I not come next week, just assume I have passed away." Bersitighfar panjang saya mendengar jawapan beliau.Doktor tersebut diam mebisu. Sudah tidak mampu berkata apa-apa. Saya memandangnya dengan penuh sayu. Allah, semoga Engkau sentuh hatinya dengan hidayah-Mu.
Bermacam-macam ragam dan kisah pesakit dapat saya saksikan di sini. Sesungguhnya kita berada di dalam satu kerjaya yang memerlukan kita untuk meletakkan harapan sepenuhnya pada ALLAH,sentiasa memberi semampunya dan berdoa kepada setiap pesakit yang datang menajalani rawatan. Sungguh besar nilai memberi di sisi ALLah sekiranya kita mampu mengikhlaskan hati untuk memberi di setiap waktu dan ketika. Di sini saya kongsikan satu kisah dari sebuah buku berjudul Menjadi Wanita SUPER dengan Asmaul Husna... Semoga kita dapat sama-sama menghayati kisah ini...
Al-Wahab- Maha Pemberi “Cintailah manusia seperti engkau mencintai diri sendiri, dengan demikian engkau adalah orang Muslim.” M. Fethullah Gulen, tokoh spiritual dari Turki memetik hadis di bawah yang dilaporkan oleh Bukhari. Ia menggambarkan tentang semangat mendahulukan orang lain dalam memberi. Hayati kisah ini. “Pada suatu hari, Abu Hurairah, seorang sahabat yang miskin, menemui Nabi Muhammad. Pada waktu itu sudah beberapa hari dia tidak makan. Abu Thalhah, seorang Ansar mengajaknya ke rumah bagi memberinya makanan namun di rumahnya tidak ada makanan kecuali sedikit sup. Isterinya memasak sup itu untuk anak-anak mereka.
Isteri Abu Thalhah lalu bertanya kepada suaminya apakah yang perlu mereka lakukan. Mereka berdua memutuskan menidurkan anak-anak mereka tanpa memberi mereka makan kerana sup itu tidak cukup untuk semua orang. Mereka mahu memberikan sup itu kepada tetamu mereka iaitu Abu Hurairah Sewaktu mereka duduk dan hendak mula makan, isteri Abu Thalhah memukul lilin dan memadamkannya seolah-olah tidak sengaja sedangkan dia dan Abu Thalhah merancang hal itu. “Apakah yang kamu lakukan malam tadi sehingga turun ayat ini yang memujimu, ‘Mereka mengutamakan orang lain lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka memerlukannya.’ (Surah Al-Hasyr: 9) Apakah yang perlu kita lakukan bagi membina semngat seperti di atas? Caranya adalah dengan menghapuskan ego, keangkuhan dan keserakahan yang bersarang dalam diri kita. Anand Krishna berkata; “Serahkan diri anda, ego anda dan keangkuhan damn ketamakan anda. Semua itu adalah sifat-sifat kehaiwanan yang mesti anda korbankan.” DOA… “Wahai Allah Al-Wahab, yang Maha Pemberi, berilah aku kekuatan bagi menundukkan egoku. Ego yang hanya menjebakkanku dalam kepicikan wawasan, ego yang tidak membawa manfaat melainkan kepentingan diriku sendiri. Wahai Allah kekasihku, jadikan aku alatmu bagi meyebarkan pemberianmu kepada semua makhlukmu supaya mereka dapat merasa kasih sayangmu.” Petikan dari buku Menjadi Wanita Super dengan Asmaul Husna, karangan Sulaiman Al-Kumayi. Terbitan PTS Millenia Sdn. Bhd.
Sekian kisah perkongsian yang tak seberapa...Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang ALlah. Salam ceria beriman=) sRikandi_nurse.