Saturday, June 25, 2011

Lebih Berharga Dari Dunia & Seisinya.

Assalamua'laikum warahmatullah..
Alhamdulillah sekarang kita semua sedang bercuti di kampung halaman masing-masing. seronok kan? Dalam nak merasai masa lapang ni, jangan biarkan waktu kita kosong tanpa terisi dengan apa-apa manfaat. Walaupun cuti-cuti begini rasanya sibuk jugak. Sibuk berulang-alik ke sana dan ke mari, memenuhi kehendak-kehendak ibu ayah dan adik-adik. Semoga peluang yang ada ini kitakan gunakan sebaik mungkin untuk berbakti kepada ibu ayah dan keluarga.inshaAllah.

Dalam kesibukan di masa cuti ini,jom kita sama-sama ambik masa dan peluang yang ada untuk mantapkan hafazan di sepanjang cuti ini. Saya mencari semangat dan motivasi dari teman-teman yang 'masyi'(mahir) Al-Qur'an. Ingin saya kongsikan sedikit tentang seorang sahabat saya ini memang masyi Qur'an dan beliau sering kali memberi peringatan tentang Al-Qur'an setiap kali kami mengadakan iftor, majlis khatam dan perjumpaan alumni. Memang tabik 'spring' la kat kawan saya sorang ni. Dah beberapa kali beliau memasuki pertandingan Tahfiz di peringkat negeri dan kebangsaan. Saya betul-betul kagum dengan semangat dan kecekalan beliau. Saya sendiri pernah pergi menziarahi beliau sekeluarga dan tinggal beberapa hari di rumah beliau semasa saya sedang praktikal di Kelantan baru-baru ini. Saya memerhatikan tarbiyyah (didikan) dari ayah beliau sendiri yang tegas dan sistematik melahirkan beliau dan adik-adik beliau yang bijak, berdisiplin dan taat. Bukanlah apabila dikatakan ibu ayah telah mendidik dengan baik, kita jamin hasilonya 100 peratus mantap dari semua sudut. Memang tiada jaminan, tapi usaha gigih yang dilakukan di rumah, solat di masjid dan berjemaah, akhlak mahmudah (terpuji) dan disiplin-disiplin yang ditetapkan di rumah berkesan dalam mentarbiyyah anak-anak. Seterusnya, doa yang tidak putus2 dari ibu ayah mengharapkan anak yang bakal mewarisi Islam ini akan membela nasib mereka kelak, menjadi orang yang cemerlang di dunia dan akhirat. Saya bermuhasabah seketika... Bagaimana orang yang hidup susah boleh membesarkan anak-anak mereka dengan berjaya sedangkan orang yang kaya-raya, memiliki kereta mewah, harta bertimbun-timbun tetapi anak-anak terbiar menjadi manusia tidak berakhlak malah ada yang akhirnya menjadi sampah masyarakat. Bukanlah saya katakan semua orang kaya tidak pandai mendidik anak. Tetapi, kisah sahabat saya ini membuatkan saya terfikir panjang. Ayahnya hanya bekerja sebagai pengusaha kecil-kecilan sahaja, dengan pendapatan yang tak seberapa, tetapi adik-beradiknya berjaya dengan cemerlang. Boleh dikatakan, sehingga saat ini, mereka tidak perlu risau tentang anak-anak mereka sekiranya mereka ditempatkan belajar jauh di perantauan. Mereka pasti pandai menjaga diri dan berakhlak baik kerana didikan akhlak mahmudah yang telah sebati di dalam diri mereka sejak kecil lagi. Inilah yang dikatakan BERKAT. Keberkatan rezeki dan harta yang diperolehi dengan cara yang jujur dan ikhlas. Biarpun pekerjaannya tidak seberapa, tetapi usaha murni seorang ayah dan ibu yang igin melihat anaknya berjaya menjadi manusia yang cemerlang dan doa serta harapan mereka diletakkannya hanya kepada ALLAH. Akhirnya, kejayaan ini akan dituai di akhirat kelak. Dinobatkan sebagai ibu ayah yang cemerlang mendidik anak dengan acuan ISLAM. Lalu mereka melahirkan 'product' hebat untuk ISLAM.

Bermula saat saya bertemu sahabat saya ini, saya ingat akan pesan beliau..
"Hargailah apa yang telah kita hafaz kerana ia sangat bernilai.LEBIH BERNILAI DARI DUNIA DAN SEISINYA.."

Sedikit perkongsian dari blog bukutulisnaim.blogspot.com, juga peringatan buat diriku yang sering alpa. Semoga Al-Qur'an yang kita hafaz menjadi syafaat di akhirat kelak. Sebarkanlah ilmu Al-Qur'an ini kerana ilmu ini milik Allah, kita hanyalah wasilah di dunia ini.

Buat diriku dan sahabat-sahabat HAMLATUL QUR'AN:


Apa yang perlu diketahui dan diingati oleh seorang huffaz?

1. Al-Quran yang dihafaz adalah amanah. Anda sendiri yang 'mencari pasal' untuk mengambil amanah tersebut. Bagaimanapun, anda 'mencari pasal' yang baik. Jadi janganlah suatu masa nanti anda bukan sahaja melupakan hafazan anda , bahkan tidak mahu mengaku anda seorang huffaz!

2. Bila anda faham bahawa anda yang 'mencari pasal' , jadi anda kena SMI ( Sendiri Mau Ingat ) tentang hafazan anda.

Bila malas iadah, beri alasan 'tak masyi'. Macam mana nak masyi kalau malas iadah? Sama juga dengan macam mana nak kenyang kalau tak telan nasi. Mengejar perkara lain tidak salah apatah lagi soal yang lebih utama, tetapi hafazan Al-Quran telah anda kendong terlebih dahulu. Jadi berilah perhatian sewajarnya.

3. Dalam proses anda hafaz Al-Quran, anda akan diuji.

4. Anda akan semakin diuji..

5. Anda akan terus diuji..

6. Dan anda akan semakin kuat diuji..aku sudah mula merasa ujiannya.

7. Ujian yang datang kepada anda ada tahapnya. Syaitan yang berdiri di hadapan anda diibaratkan berpangkat Jeneral , bukan prebet. Semakin anda lawan , semakin anda rajin , semakin anda masyi, semakin anda istiqamah, Maka semakin tinggilah bintang di bahu Syaitan yang dihantar kepada anda.

8. Anda akan rebah. Ada ketikanya anda akan diuji teruk . Samada kematian , masalah hati , akhawat, duit ataupun pangkat dan kedudukan. Anda mungkin tumpas dengan salah satu , yang boleh memberi kesan besar kepada tahap motivasi dan tekad anda untuk meneruskan hafazan.

9. Kalau anda jatuh, anda rebah , jangan menangis. Jangan 'laknat' diri anda kerana anda rebah. Adakala memang anda perlu rebah supaya anda tahu apakah itu 'sakit'. Jangan sedih andai tika anda 'rebah' tiada yang membantu, apatah lagi 'merawat'. Anda kan punya Al-Quran. Peluklah Al-Quran . Hayatilah dengan lantunan suara anda sendiri. Bagi ana, itulah teman yang paling setia..

10. Anda bukan penghafaz Al-Quran sejati kalau anda tidak pernah menangis kerana Al-Quran ( hafazan ) anda.


11. Anda perlu ingat formula ini sampai bila2. Ingat dan faham betul2. Dalam menghafaz Al-Quran anda cuma ada dua keadaan yang diberikan oleh Allah. Diulangi : diberikan oleh Allah. Pertama anda berada dalam keadaan senang hafaz dan mudah ingat. Kedua , anda berada dalam keadaan sebaliknya iaitu susah hafaz dan sukar ingat.

Apa yang perlu anda faham dan tanam dalam hati? Ini penting. Fahami bahawa sebenarnya kedua2nya adalah UJIAN. Orang yang senang hafaz mudah ingat , Allah nak tengok adakah dia akan bersyukur dan melazimi Al Quran . Manakala yang susah ingat Allah nak tengok samada dia benar2 ikhlas, akan terus berusaha dan istiqamah atau tidak. Atau mungkin berputus asa. Kalau yang mudah ingat pula, mungkin akan banyak lepak, banyak borak.

12. Justeru, JANGAN menangis dan menyalahkan diri anda andainya anda tidak ingat Al-Quran. TETAPI sila menangis dan salahkan diri anda kiranya anda malas , tiada istiqamah dan tidak konsisten dengan hafazan anda . Pesan Allah ta'ala dalam surah Al-Qiyamah : " Sesungguhnya Kami lah yang menghimpunkan Al-Quran itu dalam dada2 manusia.."

13.Syaitan akan 'mendampingi' anda sentiasa. Nafsu akan mengikut anda ke mana2. Suatu ketika anda mungkin akan di'peras ugut' oleh keduanya. Iman seorang penghafaz Al-Quran juga adakala menaik dan merudum. Diibaratkan ; kalau baik , lebih baik dari Malaikat. Kalau jahat, lebih jahat dari Iblis. Itulah huffaz!

14. Terakhir, sentiasa ingat bahawa Al-Quran akan memberi syafaat kepada kita dan memberi kemuliaan kepada kedua ibubapa kita pada hari Qiamah. TETAPI Al-Quran juga boleh menjadi hujjah ke atas kita pada masa tersebut. Inilah peringatan paling 'keras' buat semua para huffaz Al-Quran ataupun yg ada niat nk menghafal Quran ( terutama aku ).


" Allahummaj'alhu Hujjatal lana Wala Taj'alhu Hujjatan 'Alaina Ya Rabbal 'Alamin.."

:-)

Sekian sahaja peringatan bersama untuk kali ini. Jaga diri, jaga hati. Taburkan budi, inshaAllah hidup diberkati=)

-tiada gambar,maaf semua. internet slow.
sRikandi_Nurse
~Kemaman,Trg.