Friday, August 7, 2009

Hadith Kelebihan puasa Sya'ban

Muaz bin Fadhalah menyampaikan kepada kami, dari Hisyam bin Yahya, dari Abi Salamah, bahawa Aisyah ra meriwayatkan kepadanya dengan berkata, “Nabi saw tidak pernah berpuasa dalam satu bulan lebih banyak dari bulan Syaaban. [Nabi saw berpuasa bulan Syaaban semuanya - lafaz Al-Bukhari]. Nabi saw bersabda, “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu (dulu – pent)”. Aisyah ra menyambung, “Solat yang paling disukai Nabi saw ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi saw apabila solat, dia mengerjakannya secara konsisten” (Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari).

Abdullah bin Maslamah menyampaikaan kepada aku dari Malik, dari Ibnu Syihab, dari Abi Salamah dan ayahku Abdullah Al-Agharry, dari Abu Hurairah ra sesungguhnya Rasulullah saw bersabda (bermaksud) “Tuhanku tabaaraka wa taala turun ke langit dunia setiap malam bila tinggal 1/3 akhir malam dan berfirman: Mana orang yang berdoa kepada aku, untuk Aku memperkenankan doanya ? Mana orang yang meminta kepada Aku, untuk Aku berikan kepadanya ? Mana orang yang memohon keampunan Ku, untuk Aku mengampuninya ? (Hadis Sahih No. 1145 riwayat Imam Al-Bukhari).

Di dalam Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari di atas, tidak disebut secara khusus puasa sunat hari Nisfu Syaaban ie. 14 atau 15hb Syaaban, namun disebut secara khusus berpuasa sunat pada 13, 14 dan 15hb setiap bulan yang mana termasuklah didalamnya hari pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban). Di dalam hadis Sahih Al-Bukhari diatas juga tidak disebut secara khusus berqiamullail malam Nisfu Syaaban, tetapi disebut berqiamullail disetiap malam, dan yang mana ini termasuklah malam pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban).

Dari blog Ustaz Halim..www.inijalanku.wordpress.com

cuti H1N1,amal pun cuti??

Seorang sahabat baik, Raudhah Solehah bertanya kepada sahabatnya, Khazinatul Asrar, "Khazinatul, kita bercuti sebab virus dah merebak di sini.Awak risau x?" Khazinatul menjawab,"Risau jugak. Risau dengan sahabat-sahabat yang 'suspek' virus. Tapi 'best' jugak dapat cuti..hehe."

Dengan wajah tenang Raudhah Solehah memberi respon."Khazinatul, sebenarnya saya lagi risau dengan diri saya.Walaupun secara fizikalnya nampak kita sihat,tapi saya sangat lemah apabila bercuti di rumah, mesti amal saya pun makin kurang. Iman kita kan 'yazid wa yankus'.Kalau kat rumah mesti 'yankus,yankus,yankus' je.Banyak sangat godaan iman kat rumah.Amal awak 'maintain' ke di rumah?" Wajah Khazinatul merah padam sambil menjawab, "Betul,saya setuju dengan awak Raudhah.Nanti awak sms saya,ingatkan saya solat dhuha,ingatkan saya puasa sunat,baca Qur'an dan Qiyammullail ye.Kita sama-sama beramal mesti lagi bersemangat." "InshaAllah Khazinatul"

#Walaupun kita bercuti sebab virus,tetapi iman & amal kita tidak bercuti.Semoga Allah menguatkan kita supaya sentiasa kuat beramal dan beribadah kepada-Nya. Salam mujahadah!