Monday, August 1, 2011

Ramadhan Menjemput Kita Kembali.

Assalamua'laikum wrhmt.salam Ramadhan Al-Mubarak 1432 H buat semua=)



"Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:"Allah berfirman:"Setiap amalan manusia untuknya kecuali puasa. Ia untuk-Ku dan Aku yang memberi ganjarannya." (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Ramadhan kembali semula menjemput kita. Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah kerana menganugerahkan kita Ramadhan yang penuh rahmat & berkat ini. Bulan Ramadhan adalah "sekolah" yang melatih kita berkorban dan berjihad dengan nafsu kita sendiri kerana syaitan yang selama ini kita persalahkan setiap kali kita malas beribadah,telah dirantai dalam bulan Ramadhan.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa nabi Muhammad s.a.w telah bersabda bermaksud:" Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan." (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Jadi,bila kita fikir-fikir & fikir, dah syaitan dirantai, apa lagi yang mengganggu kita untuk beribadah kan? rebutlah sebelum terlambat.

Lagi satu,saya mengambil ruang ini untuk mempromosi SOLUSI isu 34, khas sempena Ramadhan & Syawal sebagai panduan teori & praktikal bermanfaat untuk kita amalkan di sebulan Ramadhan ini. Sama-samalah kita mepertingkatkan amal ibadah kita, taqarrubkan hati pada-Nya.Moga segala amal kita diberkati dan diterima oleh-Nya.amin.



Semoga Latih tubi kita di sepanjang Bulan Ramadhan (Hafazan Qur'an, solat Terawih, Qiyamullail, sedekah dan sebagainya)dapat menjana iman kita dan dapat kita aplikasikan selepas ini setelah kita lalui saat-saat indah di dalam bulan Ramadhan.amin.

Doaku buat semua sahabatku,semoga kalian sentiasa di dalam redha,rahmat dan kasih sayang Allah. Selamat bermujahadah!

sRikandi_Nurse
Kemaman,Trg.