Monday, March 29, 2010

Imtihan di Sana Lagi Hebat?


~ Wahai hamba-Ku yang soleh..bangunlah untuk bermunajat kepada-Ku,Aku rindu mendengarkan ratap tangismu disepertiga malam ~

Salam imtihan semester ke-4 buat semua sahabat-sahabat Kuliyyah Kejururawatan seperjuangan sekalian. Semoga cuti seminggu ini dapat diisi dengan perkara bermanfaat untuk semua. Imtihan disini hanya sekadar untuk menguji & mengukur tahap ilmu yang telah & mampu dikuasai oleh kita. Semoga imtihan ini lebih mendekatkan diri kita kepada Rabbul Izzati. Ingatlah bahawa kita semua akan dihisab disana. Tiada yang berguna selain amal soleh & ilmu bermanfaat yang kita laburkan di dunia ini sebagai saham untuk ke sana. Semoga sedikit ujian ini memberi peringatan kepada kita bahawa kita akan dihisab di sana se"detail-detail" nya. Allah tidak akan memberi peluang kita "repeat paper" sekiranya keputusan yang tercatat adalah "FAIL." Maka, jawapannya "HELL". Sedikit peringatan buat diri ini & sahabat-sahabat. Wallahua'alam. Sedikit madah yang ingin dikongsi bersama sahabat-sahabat dan adik-adik.


~ Masjid DQ yang damai & mententeramkan hati~


"Seorang hamba yang paling kuat dikalangan manusia adalah dia yang merasa lemah disisi Allah. Semoga kita sentiasa dikurniakan rasa bertuhan dan pastinya akan membuahkan ketenangan hakiki..Sahabat. jagalah Allah, nescaya Allah akan menjaga dirimu...walaupun dalam kesibukan mentelaah pelajaran, namun hanya Allah yang dapat membantu kita untuk berjuang di medan imtihan. Maka ingatlah sahabat2 seperjuanganku...dikala ini, pergantungan pada Allah sangatlah penting demi meraih ketenangan hati. Senyum+usaha+doa+tawakkal=kejayaan..=)Semoga kita semua mencapai kejayaan hakiki...inshaAllah!


~...."dan berdoalah kepada-Ku,nescaya Aku akan memperkenankan doamu.."~


salam perjuangan!"

sRikanDi Mumarridhoh
Baiti Jannati~

Saturday, March 27, 2010

Doa Seseorang Akan Dikabulkan Selagi Dia Tidak Tergesa gesa

Berdoalah dengan hati yang tulus ikhlas, sabar & syukur...




عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ:أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: يُسْتَجَابُ لِأَحَدِكُمْ مَا لَمْ يَعْجَلْ فَيَقُولُ قَدْ دَعَوْتُ فَلَا أَوْ فَلَمْ يُسْتَجَبْ لِي

Abu Huraira reported that Allah's Messenger (may peace be upon him) said: The supplication of every one of you is granted if he does not grow impatient and says: I supplicated but it was not granted.

Hadis Abu Hurairah r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : ZIKIR, DOA, TAUBAT DAN ISTIGHFAR
BAB : Doa Seseorang Akan Dikabulkan Selagi Dia Tidak Tergesa gesa Sehingga Dia Berkata: Aku Berdoa Tetapi Tidak Dimakbul

Sumber: blog mujahidfillah.blogspot.com

Buat Sahabatku Penghafaz Al-Qur'an

Artikel ini diambil dari blog saidhawwa. Seorang hafiz Al-Qur'an. Sekadar peringatan buat diri ini dan sahabat yang mengahafaz Al-Qur'an. Ingatlah wahai sahabat... Allah telah memberi amanah besar kepada kita untuk menghafaz dan mengamalkan Al-Qur'an. Semoga kita semua diberikan kekuatan oleh Allah untuk terus bermujahadah menghafaz Al-Qur'an dan beramal demi meraih redha-Nya.



Sahabatku para penghafal al-Quran

Sesungguhnya Allah akan menguji hamba-hambaNya yang menghafal al-quran. Sejauh mana keazaman kita dalam hafazan. Oleh sebab itu, kita lihat ramai yang menghafal al-quran yang diuji dengan pelbagai ujian yang kadang-kadang kita rasa tidak mampu untuk menanggungnya. Maka tidak hairanlah kita menyaksikan mereka yang telah menghafal al-Quran tewas dan terlibat dalam maksiat yang sangat parah.

Al-Quran tidak akan lekat di hati orang-orang yang tidak mampu untuk menjaganya sebaik mungkin, maka beruntunglah mereka yang menghafal, menghayati serta mengamalkan isi al-quran tersebut…

Jadikanlah tujuan dan matlamat disebalik menghafal al-Qur’an semata-mata hanya kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah, (Ikhlas) serta hadirkan dalam hati bahawa apa yang dibaca itu adalah kalam Allah. Jauhilah dari menghafal al-Qur’an untuk mendapatkan kedudukan disisi manusia (dipuji) ataupun untuk mendapatkan habuan dunia.

Lupa hafalan al-Qur’an adalah antara musibah yang besar. Sebenarnya hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang dapat menghafal al-quran.

Imam Syafie Rahimahullah yang terkenal dengan cepat hafalannya pun pernah mengadu kepada gurunya Waqi’ Rahimahullah bahawa suatu hari dia terasa amat sukar untuk menghafal, lalu gurunya menunjukkan kepadanya satu bentuk rawatan yang tegas iaitu dengan meninggalkan perkara-perkara maksiat dan membersihkan hatinya dari semua perkara yang menghalang dari tuhannya. al-Quran adalah cahaya . Cahaya Allah tidak dapat bersama dengan perkara kemaksiatan.

Para Sahabat yang ku kasihi..

Mata kita selalu melihat al-Quran, tetapi dengan mata ini juga kita selalu melakukan zina mata (cth :melihat aurat perempuan), telinga ini selalu mendengar kalam Allah, tetapi dengan telinga ini juga kita selalu mendengar apa yg bertentangan dengan Kata-kata Allah(cth: Muzik syaitan) , mulut ini sentiasa membaca KalamNya, tetapi sering juga mulut ini mengumpat, membuka aib orang, jari-jemari kita sentiasa memegang Mushaf al-Quran, tetapi dengannya juga kita selalu SMS atau Chating dengan perempuan tentang perkara-perkara yang sia-sia…

Adakah kita sering meninggalkan tidur kita semata-mata untuk bangun Solat Tahajjud . Qiamulail adalah warisan bagi mereka yang menghafal al-Quran.

Sehari kita tinggalkan al-Quran, Seminggu al-Quran meninggalkan kita, Sebulan kita tinggalkan al-Quran, Setahun al-Quran meninggalkan kita..

Walaupun seharian kita sibuk dengan pelajaran , utamakan tanggungjawab kita dengan al-Quran terlebih dahulu, Kerana apabila kita mengutamakan al-Quran, Allah akan mengajar kita kerana ilmu itu datang dariNya, dan akan mempermudahkan segala urusan kita. Insya Allah.

Banyak manakah kita meluangkan masa kita bersama dengan al-Quran (Murajaah/Mengulang) dalam seharian ?? Murajaah/ulang semula akan apa yang telah dihafal merupakan tanggungjawab kita dengan Allah.

Sudahkah kita berahklak dengan Akhlak al-Quran. Sedangkan perbuatan kita seharian selalu bertentangan al-Quran. Malulah kita dengan al-Quran terutama lagi dengan Pencipta kita , Allah.

Sekadar peringatan untuk diri sendiri yang lemah dan hina ini, dan peringatan juga buat sahabat-sahabat yang menghafal al-quran.

Uhibbuka Fillah
Barakallahu fikum…

اللهم اجعلنا من أهل القرءان

الذين هم أهلك وخاصة

sumber:saidhawwa.com