Wednesday, December 21, 2011

PEKAN Bandar Diraja


~Hospital Pekan~

Assalamua'laikum warahmatullah...

Salam ukhuwwah penuh kasih sayang buat semua sahabat-sahabat yang dikenali baik yang dekat mahupun jauh. Sekarang pelajar-pelajar tahun akhir kulliyyah kejururawatan IIUM sedang sibuk menjalani praktikal di hospital yang telah ditetapkan. Kami ditempatkan di 3 buah hospital yang jauh jaraknya. Yang paling jauh adalah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). kawan-kawan praktikal di ward oncology, intensive care unit (ICU) dan critical care unit(CCU). Kami di Hospital Pekan mempraktikkan diri untuk pengurusan Nursing (management Nursing) dan lebih kurang 10 orang lagi menjalani prkatikal di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)Kuantan, hospital yang paling dekat dengan UIA.

Alhamdulillah, setelah hampir sebulan menghabiskan sesi praktikal di hospital Pekan ini, kami semua dapat belajar banyak skills dan pengetahuan dalam 'management Nursing' di hospital Pekan ini sendiri. Kini, kami berasa lebih yakin untuk menjadi staff nurse dan kami nampak keseluruhan kerja seorang staff nurse apabila dia mula bekerja dalam satu syif yang telah ditetapkan. Memang xmenang tangan la apabila patient semua berebut nak di'admit' macam orang datang kenduri=)


~Hsopital Pekan yang damai~


Semasa minggu pertama kami ditempatkan di wad 2A (lelaki) multidisiplin. Multidisiplin ini bermaksud merangkumi semua bidang rawatan. Contohnya pesakit mengalami 'fractured leg' (patah kaki) disebabkan oleh MVA (motor vehicle accident) dia akan dimasukkan ke wad ini. manakala pesakit lain yang mengalami Hypertension (tekanan darah tinggi), Diabetis Mellitus (Kencing manis) juga akan dimasukkan ke wad ini. Segala jenis penyakit yang berkaitan dengan semua sistem badan akan dirujuk ke sini. Walaubagaimanapun, hospital Pekan ini tidak mempunyai peralatan yang cukup dan kepakaran yang cukup untuk menjalankan procedure yang 'advance'. Contohnya seperti pembedahan untuk ibu yang bersalin secara LSCS (Lower Segment Caesarian Section), pembedahan untuk memasukkan besi atau traction dan segala pembedahan besar tidka dilakukan di sini. Kes-kes ini akan dirujuk ke HTAA untuk tidakan lanjut. Saya cuma terfikir yang hospital ini sebenarnya tidak mempunyai fungsi yang cukup lengkap untuk memenuhi rawatan penduduk Pekan dan sekitarnya. Mungkin boleh ditambah baik pada masa akan datang. inshaAllah.


~Sr. Meriati & sebahagian pelajar bersama staff nurse~

Sepanjang bertugas di wad 2A, saya dan kawan-kawan berpeluang untuk menjadi 'staff nurse' di alam realiti. chewwah.. Seronok jugak la... Saya cerita kat sini la briefly..

Apabila masuk syif, staff nurse yang bertugas pada syif sebelumnya akan passing report (sampaikan maklumat) kepada staff nurse yang akan bertugas pada syif sekarang. jadi,apa yang penting sabagai charge nurse (ketua staff nurse) untuk syif tersebut, kita mesti tahu carry forward(bilangan pesakit yang tiggal) yang tercatat di dalam buku census. staff nurse mesti catat berapa bilangan patient admit, patient discharge dan patient yang dihantar ke hospital lain untuk di'pass' kepada staff nurse syif seterusnya. Kemudian, kita mesti buat 'passing report' di kawasan tengah-tengah antara pesakit-pesakit atau sebaik-baiknya round dari katil ke katil supaya kita nampak apa berlaku pada pesakit semasa kita 'pass report.' Untuk setiap pesakit, kita mesti tahu nama, umur, penyakit dan nursing care plan yang telah disepakati bersama doktor. selain itu, investigation (penyelidikan) berkaitan ujian makmal juga akan di beritahu. Pemeriksaan dan rawatan lain seperti x-ray, hemodialisis juga mesti diberitahu. Pendek kata, segala rawatan berkaitan dengan pesakit tersebut mesti diketahui oleh seorang staff nurse in charge. Staff nurse lain pun kena tahu jugak, tapi as intervention nurse dan medication nurse. Tapi, tidak menjadi tanggung jawab sepenuhnya untuk dia tahu. Sebenarnya banyak benda la yang mesti dilakukan oleh seorang staff nurse dalam waktui bekerja ini. Kat sini xboleh nak cerita details. Mungkin kami akan buat manual tugasan staff nurse as a tean dalam satu wad. bila ada masa cuti nanti inshaAllah.

Berdasarkan ilmu menagement Nusring yang dipelajari, hospital Pekan ini menggunakan konsep Functional Nursing model dan Primary Nursing model untuk menguruskan pesakit di sini. Cuma, konsepnya tidak lah diserapkan sepenuhnya ke dalam hospital lantaran beberapa kekangan yang berlaku di sini. Functional yang saya maksudkan di atas adalah seorang staff nurse yang ditugaskan untuk menyediakan ubat, memberi ubat dan bertanggung jawab untuk mengambil ubat dari farmasi sekiranya tidak cukup. Dia juga mesti memastikan '7 rigths' ini dipenuhi:
1. Ubat yang betul. (Right medication)
2. Masa yang betul. (Right time)
3. Route yang betul. (Right route)
4. Dos yang betul. (Right dose)
5. Pesakit yang betul. (Right patient)
6. Documentation yang betul (Right documentation)
7. Hak untuk patient refuse (Right to refuse)

Tetapi dalam primary Nursing system, seorang staff nurse akan memberi rawatan dan layanan untuk seorang pesakit yang telah ditetapkan. Jadi, apa sahaja rawatan termasuk ubat akan diberi oleh staff nurse yang sama. Walaubagaimanapun, kembali kepada realiti kita bekerja sebagai staff nurse... hanya seorang staff nurse yang in charge semua pesakit di sini. mana mungkin dia seorang dapat memberi servis kepada semua pesakit dalam masa 7 jam (1 syif). Mungkin ada lagi sistem yang boleh diserap masuk. namun, apa yang saya perhatikan di hospital Pekan ini, sistem di sini boleh diajlankan dengan baik. Mereka tetap bekerja sebagai satu team (pasukan). Untuk doktor, setakat ini saya kurang melihat kerjasama antara doktor dan nurse kuat di sini. Ia berlaku, tetapi biasa-biasa sahaja. Mungkin motivasi untuk kiota yang bakal bergelar staff nurse berijazah untuk lebih peka dan lebih proaktif apabila kita menjadi staff nurse suatu hari nanti, inshaAllah.

Setinggi-tinggi penghargaan dari kami semua pelajar Nursing IIUM batch ke-5 yang menjalani praktikal di Hospital Pekan kepada semua staff nurse, ward sister, dan doktor di atas perkongsian ilmu dan pengalaman sepanjang kami di sini. Terima kasih tidak terhingga juga buat Sr. Meriati yang bertungkus-lumus membantu kami di sini. Segala penat lelah sister akan berbaloi saat melihat kami menjadi staff nurse yang proffesional lagi islamic kelak, inshaAllah=)


~Sr. Meriati yang berkaliber~

Setakat ini dahulu perkongsian bersama.Ada banyak lagi cerita dan kisah yang berlaku sepanjang praktikal di hospital Pekan. nak tunggu masa yang sesuai untuk dikongsikan. Moga ada manfaat yang diperolehi bersama. Segala yang baik hanya dari Allah dan dikongsikan bersama kalian. Salam perjuangan untuk semua adik-adik nursing dan kami juga yang bakal menghadapi final exam minggu depan. Semoga dipermudahkan dalam segala urusan. Maa'ttawfiq wannajah=)


~Sweet memories in Hospital Pekan~

sRikandi_Nurse
~Ashikin.
Homestay Fathini Alia,
PEKAN bandar diraja.

Saturday, December 3, 2011

1433 H Menuntut Pengorbanan Besar

Salam maa'l hijrah 1433 H buat semua sahabat seantero..

Alhamdulillah, syukur daku panjatkan ke hadrat-Mu kerana masih mengurniakan kekuatan untuk meneruskan hidup sebagai hamba-Mu, pejuang agama-Mu, khalifah di muka bumi ini inshaAllah. Maaf kepada semua sahabat-sahabat yang mengikuti perkembangan blog ini kerana entry blog saya sudah lama tak bertukar. Setiap kali nak tulis, kerah idea fikir nak tulis apa. Apapun, semoga apa saya coretkan di sini sedikit sebanyak memberi kesan buat hati yang menghayati.

Sahabat-sahabat yang saya sayangi kerana Allah..

Sempena tahun baru hijrah ini, marilah kita sama-sama menghayati erti pengorbanan dalam diri kita. Hijrahkan diri ke arah yang lebih baik. inshaAllah kita akan mencapai kecemerlangan kelak. Tinggalkanlah sifat-sifat jahiliah dalam diri kita. JOM berhijrah!


Ibnu Umar pernah meriwayatkan sebuah hadith Rasullullah s.a.w yang bermaksud,"Sesungguhnya hati ini boleh berkarat sebagaimana berkaratnya besi bila terkena air". Baginda ditanya,"Wahai Rasulullah s.a.w, bagaimana cara membersihkannya?". Rasulullah s.a.w menjawab,"Perbanyakkanlah mengingati mati dan membaca al-Quran". (Hadith riwayat Baihaqi)




Perkongsian artikel dari web isma mesir. semoga bermnafaat, inshaAllah.
http://ismamesir.com/v2/2011/12/ada-apa-dengan-10-muharram/

~Susah itu Tarbiyyah,
Sabar itu cukup indah~

Ashikin.
imc_IIUM ktn.