Friday, April 1, 2011

Kuatkan Hati & Terus Berjuang!


Assalamua'laikum warahamtullah...semoga semua sihat dan ceria selalu=)

Buat sahabat-sahabat yang rajin menulis di blog dan rajin jugak menjenguk blog saya. Tapi tiada apa-apa perubahan pun di sini. Maaf, dah agak sekian lama jugak saya tidak berkongsi kisah di sini. Dalam hati, banyak juga saya simpan kisah & pengalaman untuk dikongsi bersama. tetapi, banyak pulak kekangan bila nak post. Biasa la, ujian yang tak henti-henti melanda. Kalau tiada ujian, kosong la hidup.
Apa pun, saya sentiasa simpan semangat, kalau ada ilmu dan pengalaman, saya nak berkongsi dengan kawan-kawan. Seronok!

Kali ini, sahabat-sahabat...
Saya nak berkongsi tentang kisah pengalaman yang saya dapat sepanjang seminggu berpraktikal di negeri Kelantan. inilah warna-warna kehidupanku.......

Sebelum 'terbang' ke kelantan, saya bersama kawan-kawan sudah bersiap sedia.. Dengan beg dan uniform posting, dengan segala macam alat-alat untuk mengembara, semua dah siap masuk dalam beg. Sampai penuh van dibuatnya.

Maka bermulalah sesi pengembaraan kami di sini, negeri Kelantan. Masyhur namanya. Penuh dengan nilai-nilai islam kerana di negeri kelantan ini telah lahir ramai ulama'-ulama' masyhur. (Mohon perbetulkan andai tersilap).

Banyaklah kelebihan negeri Kelantan yang pernah saya belajar dalam subjek sejarah dulu, tapi tak berapa fokus untuk hafal=)Apa yang pasti, dalam kumpulan saya ni ramai yang dari KL, Selangor & Johor. Ada 3 orang sahaja orang pantai timur, termasuklah saya.

Hari pertama kami kat Kelantan ni, semua adik-adik ni pakatlah merungut. Sampai-sampai je, diorang cakap.. "Akak, saya boleh tahan lagi kalau kat Temerloh, tapi kat sini ni, memang rasa terasing..sedihnya, nak balik Kuantan.." "Sebenanrnya tak tahu jugak nak pujuk macam mane, sebab hati sendiri sedih jugak, tapi simpan je. Tak apalah..kita bersabar. Mungkin ada sesuatu yang Allah nak kita belajar kat sini.
Pujuk hati sendiri=)


Untuk pengetahuan semua, kami mendapat tahu tempat kami praktikal di Kelantan kali ini, agak lambat dan dalam keadaan yang agak mengejut. tetapi, oleh kerana kami sudah agak biasa "terlatih" begini, jadi kami dapat menyesuaikan diri di tempat orang, walaupun kali ini memang rasa tercabar sangat praktikal ni (sebab jauh je..huhu)

Kami ditempatkan di tempat tinggal berdekatan dengan hospital tempat praktikal kami. tetapi, agak mengejutkan kami, keadaan tempat tinggal itu agak membahayakan dan mengancam nyawa bagi perempuan. (boleh dikatakan begini, maaf kalau terkasar bahasa)

Apa yang saya lihat, di bawah tempat tinggal kami ramai orang muda lelaki yang melihat kami dengan pandangan yang sugguh janggal sekali dan keadaan tempat tinggal itu agak terdedah kepada bahaya kerana sesiapa sahaja bebas keluar masuk dari tempat itu. Penjaga tempat itu juga adalah lelaki yang kadang-kadang saya lihat berkelakuan pelik.

kami tetap meneruskan usaha dan menggagahkan hati tinggal di sini. hanya doa dan tawakkal mampu kami panjatkan kepada Yang Esa agar dipelihara diri kami sepanjang kami di sini. Ditambah pula dengan pesanan sahabat-sahabat yang datang ke sini sebelum ini, hati-hati, banyak kejadian-kejadian itu dan ini berlaku kat sini sebelum ini.




kami meneruskan hari-hari praktikal kami di sini dengan penuh tabah dan sabar. Apa yang membimbangkan saya hanyalah keselamatan kami di sini. Setiap kali kami keluar sama ada untuk ke hospital atau untuk membeli makanan, kami terpaksa melalui jalan-jalan agak merbahaya. sebenarnya tidaklah bahaya sangat, tetapi apa yang saya perhatikan di sini, orang yang memandu atau bermotosikal, tidak akan memberi laluan langsung hatta kalau kita dah tercegat lama sangat-sangat kat tepi jalan. Tunggulah sampai betul-betul takde kereta. kalau dah melintas sekalipun, jangan sangka selamat walaupun dah dalam kawasan hospital. Bila-bila masa sahaja, kereta atau motosikal akan tiba-tiba berada depan mata kita. Paling sopan pun diorang hon bagi kita terkejut dan bagi diorang laluan. Agak dashyat cara mereka. maaf kalau ada pihak yang terasa. Ini hanya sekadar pengalaman kami sepanjang menjadi pejalan kaki sekitar kawasan hospital tersebut. Tidak berniat untuk mengata mana-mana pihak.

Pengalaman saya sendiri di department Accident & Emergency(A&E) agak menyeronokkan walaupun ada jugak menekan perasaan. Boleh dikatakan seronoklah. Pada suatu hari, saya ditugaskan untuk menjaga kaunter triage (kaunter penyaringan pesakit mengikut tahap kritikal sesuatu kes). Lalu datang seorang lelaki berusia 30-an. Secara fizikalnya nampak Islamic dan bagus. Sebagai nurse yang menerima pendaftaran pesakit, saya pun bertanya la kepada beliau, "apa yang menyebabkan encik datang ke hospital?" Beliau pun menjawab , tetapi jawapan beliau berbunyi begini.. "Sayo raso sekok ni." Oleh kerana tidak faham, saya tersengih di situ dan saya cuba berfikir, bagaimana untuk saya terjemahkan bahasa Kelantan ini kepada bahasa Inggeris. Apakah maksud 'sekok' ini? Akhirnya saya terpaksa memanggil bantuan seorang M.A yang bertugas di kaunter triage itu. lalu, terjawablah soalan di minda saya pada ketika itu. 'sekok' tu maksudnya pedih ulu hati atau dalam bahasa inggeris nya disebut epigastric pain. lebih kurang macam tulah. kalau salah, maaf ye.

Ada lagi satu, perkataan yang saya belajar kat kelantan ni. Masa tu ada seorang pesakit ni sebut "kenaling". Saya pun terkial-kial memikirkan apakah yang pesakit itu cuba sampaikan? Nasib baik lecturer ada dekat-dekat situ. Rupa-rupanya maksudnya berdebar-debar atau palpitation. Macam-macam la sebutannya. lucu pun ada bila teringat balik.



Sehari terasa lambat berlalu, tak sabar nak balik sebab rasa jauh sangat dari keluarga. Tapi, bersabarlah hati... semiggu sahaja.

Oklah, kalau ada masa, nanti saya nak tulis pengajaran dari pengembaraan kami ke Pasar Siti Khadijah, info khas dari Kelantan.

Sekarang dah musim "final exam". sunyi sepi UIA Kuantan, semua bertapa kat bilik. Salam imtihan buat semua. Maa'ttawfiq wannajah.

*semua gambar-gambar ini diambil dari internet, xdapat lagi gambar-gambar kenangan dari kelantan.

Maaf salah & silap.

~sRikandi_Nurse
IM 6, Kuantan.