Saturday, May 16, 2009

Ikhlaskan Hati Dalam Setiap Amalmu.


Assalamua'laikum buat sahabat perjuangan sekalian...
Semoga sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Awwalan, buat pertama kali memulakan penulisan di blog ini, diri hina n jahil ini memohon kemaafan andai tersilap dalam menulis. Syukran jazila buat adik na(adik angkat yang dah habis belajar di matrik Nilai dan akan menyambung pelajaran di UIA Gombak bulan 7 ni) yang banyak membantu saya dalam membuat blog ini.

Sedikit pengalaman yang ingin saya kongsi di sini ialah berkenaan keikhlasan kita di dalam setiap amalan yang kita lakukan seharian. Memandangkan saya seorang jururawat pelatih,tahun satu di HTAA, jadi praktikal saya sehari-hari di hospital melibatkan insan sepenuhnya,baik dari segi sistem badan seorang insan, ragamnya, akhlaknya dan keperluan seorang insan dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar. Jadi, apa yang perlu kami sematkan di dalam jiwa dan sanubari adalah "ikhlaskan hatimu membantu semua pesakit kerana mereka memerlukanmu" "Lakukan kebaikan tanpa sempadan,kelak kamu akan dapat manfaat dari kebaikan yang kamu lakukan itu"


Tugas kami bermula sebaik melangkah ke wad. Kami bertiga(saya,ezah n mimi) seringkali ingat-mengingati sesama kami. Kadang-kadang salah seorang dari kami tiada semangat untuk bekerja, kadang-kadang rasa nak ponteng lah, macam-macam lah. Tapi, Alhamdulillah setakat ini kami sering berbincang dan bertukar-tukar pandangan sebelum dan selepas 'shift' kerja supaya semua yang kami lakukan di wad dapat sama-sama kami rasai. Bak kata pepatah Inggeris yang sering disebut jihan,'roommate' saya.."sharing is caring,caring is loving". so sweet.

Ikhlas dalam konteks sebagai seorang 'nurse' adalah memberi tanpa merasa beban. berkhidmat dengan sepenuh hati.bukan hanya melakukan kerja hanya untuk menghabiskan kerja,cukup masa,balik tapi kebajikan pesakit terabai. Sedikit perkongsian, semasa di wad, kami mengajak pesakit solat,terangkan tentang kewajipan solat ke atas setap Muslim walau dalam apa jua keadaan.Kemudian,langkah diteruskan jika pesakit tu bersetuju,kami terangkan tentang cara berwudhu' dan solat dalam keadaan sakit dengan bantuan pamplet yang diedarkan oleh biro education(NURSs) masa sem 1 hari tu. Kemudian, kami bantu pesakit mengambil wudhu' dan solat.pinjamkan telekung pada mereka dan mereka solat. Sejuk hati melihat mak cik, pak cik dan semua pesakit apbila mereka solat, berdoa dan merintih di sebalik 'hijab' langsir itu. Masih ada hati suci yang ikhlas berdoa kepadaMu ya RABB. Mereka redha walau ditimpa ujian sakit.


Begitulah tugas yang menjadi rutin harian seorang 'mummaridhoh' yang melakukan kewajipannya ke atas pesakit mereka. Di samping melakukan prosedur nursing yang sememangnya dipelajari di kelas, tugas menyampaikan dakwah ini perlu dilakukan supaya pesakit dapat merasakan ada insan yang prihatin dengan keadaan mereka di samping mereka mendapat semangat untuk meneruskan kehidupan walaupun ditimpa ujian-sakit. hati yang benar-benar suci akan terharu dengan apa yang mereka dapat di wad. Walaupun mereka dimasukkan ke wad akibat pelbagai penyakit, namun apa yang mereka terima adalah lebih daripada layanan sebagai seorang pesakit. Mereka sangat terharu dengan apa yang mereka dapat semasa di wad.Begitulah antara luahan hati pesakit saya setakat pengalaman yang cetek.
Namun, ade je pesakit yang ,menolak mentah2 ajakan kami apabila kami mengajak mereka solat. Bermacam-macam lah jawapannya. 'Pak cik dah tahu,tanggung jawab adik dah lepas.terpulanglah sama ada pak cik nak solat atau tidak kan?' Jawapan yang menghiris kalbu. Namun, itulah hakikatnya, dakwah ini bukan suatu kerja mudah yang mampu dilakukan oleh semua orang. Ketenangan hati , berlapang dada, sabar, syukur dan ikhlas antara elemen2 yang patut ada pada seorang 'mumarridhoh' yang bergelar da'ie. terpulanglah kepada individu untuk menilai kerja seorang nurse. Yang penting seorang nurse yang faham Islam mesti mempunyai niat yang ikhlas dalam melakukan setiap pekerjaan, berilmu, yakin dan berkebolehan menyampaikan dakwah di dalam wad.


Kesimpulannya,amal yang disertakan dengan keikhlasan pasti akan dapat dirasai oleh hati yang menerima. Buat sahabat2 Nursing seperjuangan - TERUSKAN USAHA KALIAN MENCARI REDHA ALLAH DI MEDAN DAKWAH KITA-HOSPITAL. salam perjuangan!

No comments:

Post a Comment