Tuesday, December 1, 2009

WEHDAH pemangkin iman!

Alhamdulillah pada 23-25 NOVEMBER 2009 yang lepas, Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) peringkat Universiti Islam Sains Malaysia(USIM)dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi telah berjaya menganjurkan Konvensyen Pendakwah Muda Kebangsaan(KPMK). Program yang disertai oleh lebih 700 orang peserta ini telah memberi ilmu dakwah yang cukup terkesan kepada jiwa-jiwa da’ie muda. Para peserta terdiri daripada penuntut universiti awam dan juga swasta seperti USM,UPM,UUM,UIAM,UMT,UDM,UKM,UTEMM,UiTM, UTP, UMP,KUIS,MSU..Kolej Pendidikan Guru, Darul Qur’an dan banyak lagi.

Perjalanan Dakwah Teruji!

Pada 22hb semuapeserta dikehendaki mendaftarkan diri. Kami yang tiba di Stesen Komuter Nilai pada pukul 5 suku petang tetapi perlu menunggu peserta lain yang tiba pada pukul 6 petang. Takdir Allah, seorang peserta yang tiba dari Sarawak terlambat sampai dan kami menanti penuh sabar. Seminit bagaikan sejam. Inilah ujian pertama…Allah mahu mengajar kita erti SABAR wahai da’ie mujahidah=)

Pada malam tersebut, taklimat telah diberikan oleh pihak urusetia KPMK. Oleh kerana program ini melibatkan ramai peserta, jadi semua peserta dikehendaki mengikut tempat makan, tempat tinggal dan tempat aktiviti yang telah ditetapkan tanpa banyak bertanya kepada pihak urusetia. Alhamdulillah, kami dapat merasakan nikmat yang tidak tehingga kerana dapat bertemu dengan sahabat sefikrah, teman yang terpisah selepas sekolah dan sahabat2 kenalan baru dari pelbagai u. Ukhuwwah fillah kerana dakwah!

23/11/2009: Aktiviti pagi dimulakan dengan ucaptama oleh Dr. Mohd Farid Mohd Shahran (Timbalan Dekan Fakulti Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu UIAM)sekaligus merasmikan program KPMK ini.

1-Ucaptama Konvesyen Pendakwah Muda Malaysia WEHDAH '09




Selepas itu, siding pleno yang dibentangkan oleh Dr. Kamil Ibrahim(Pengarah UPM,penulis buku Travelog HAJI & Travelog DAKWAH), Ustaz Hasnan Kasan(Pegawai Hal Ehwal Islam, UPM)& Ir, Dr. Muhammad Fuad Yeoh Abdullah(Timbalan Pengerusi Malaysia Chinese Muslim Association,MACMA).

Tajuk:1. KESEDARAN BERDAKWAH 2. CABARAN : MEHNAH & TRIBULASI BERDAKWAH 3. PERSIAPAN PARA PENDAKWAH MUDA .
Ketiga-tiga pembentang ini telah berkongsi banyak ilmu dan pengalaman mereka dalam dunia dakwah. Yang menarik perhatian saya adalah, tentang pengalaman yang dialami oleh Dr. Kamil Ibrahim sejak beliau menuntut di MRSM. Beliau tidak mengenal erti tarbiah semasa beliau menuntut di sekolah dan universiti. Beliau juga bukanlah ‘kaki masjid’, bersikap kasar dan tidak mementingkan soal hukum hakam dalam Islam. Beliau pernah diajak oleh isteri beliau untuk menunaikan haji sewaktu berumur 40 tahun, namun beliau enggan kerana berasa jahil dan gentar untuk menjadi tetamu Allah atas alasan beliau tidak pandai membaca Al-Qur’an dan jahil tentang Islam.

Alhamdulillah, berkat doa insan yang dahagakan hidayah dari Allah, doa isteri dan ibu beliau, Allah telah membuka jalan kepada beliau untuk mengenal Islam sekaligus membawa beliau ke Baitullah, Makkatul Mukarramah. Beliau juga menceritakan saat beliau merintih, berdoa dan mengharap kepada Allah agar Allah mengampunkan dosa-dosa yang silam dan dikuatkan iman untuk terus ISTIQAMAH melakukan ibadah yang dilakukan di Mekah apabila beliau pulang dari mengerjakan haji.

Syukur ke hadrat Allah, berkat keikhlasan beliau, beliau telah megecapi nikmat iman & Islam yang sebenar. Beliau gigih melakukan kerja-kerja dakwah sebaik pulang dari Mekah. Selaku pengarah sebuah universiti , berpangkat proffesor, sudah pasti beliau tidak terlepas dari mengahdapi masalah melibatkan remaja. Dengan pengalaman beliau semasa muda, beliau berusaha untuk mengajak pelajar-pelajar beliau mengahayati Islam dengan sebenar-benarnya. Solat jemaah di masjid, iftor isnin & khamis dan kerja-kerja dakwah di UPM giat dijalankan bagi mengajak semua insan mengenal Allah.Semoga Allah menggajari usaha beliau.Ameen.

Ustaz Hasnan Kasan ada berpesan, “Kalau iman kita terpelest di dasar tanah, dakwah kita takkan berjalan.” Kalau Kita hendak mengajak manusia buat kebaikan, tengok diri kita dulu, kita yang kena buat baik pada orang dulu. Nak ajak orang solat jemaah di masjid,kita solat kat mane? Kita nak member orang lain kefahaman tentang Islam,kita kena faham Islam dulu…Hafal ayat Al-Qur’an dan Hadith untuk memantapkan hujjah kita.

Tambah beliau lagi, masyarakat sekarang mengalami masalah KEHANCURAN ROHANI. Kesannya, masyarakat Islam jauh dari agama. NILAI KEDUNIAAN SEMAKIN TINGGI dalam masyarakat menyebabkan masyarakat kini hanya mengejar pangkat dan kemasyhuran.

Saya cukup kagum dengan Ir. Dr. Muhammad Fuad Abdullah kerana beliau membuat kajian yang begitu mendalam di dalam bidang dakwah sedangkan beliau mu’allaf yang baru mengenali Islam. Alhamdulillah, berkat kesungguhan beliau, beliau menjadi seorang peguam cemerlang dan kini sedang membuat thesis di dalam bidang yang berbeza pada masa yang sama. Tajuk yang beliau bentangkan adalah Persiapan Para Pendakwah Muda. Beliau menekankan tentang kepentingan TARBIYAH kepada seorang pendakwah muda. Beliau juga menggalakkan pendakwah muda menggabungkan diri dengan badan NGO Islam sebagai platform untuk menyampaikan dakwah.
“Dengan tarbiyah dan kefahaman yang diperolehi, pendakwah muda hendaklah lebih bersedia untuk berperanan dalam badan NGO Islam.” Ir. Dr. Muhammad Fuad Abdullah

Tambah Dr Fuad lagi, penghayatan akhlakdan nilai Islam perlu menjadi agenda utama setiap pendakwah muda yang ingin menyumbang dalam badan Islam.

2.Wacana 1
Tema:Sikap Sosial





Antara peserta muslimin yang hadir dari IPT dan Kolej-Kolej Komuniti seluruh Malaysia


Peserta -peserta muslimat yang Hadir

1 comment: