Kata-kata nasihat Ibn Qayyim, "Di dalam hati manusia ada kekusutan & tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah. Di dalam hati manusia ada kegelisahan & tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah."
Thursday, January 6, 2011
Permulaan yang Baik untuk Perubahan yang Lebih Baik
~Ingat Allah dalam hati. selawat pada Rasulullah setiap hari..inshaAllah jiwa akan tenang~
Assalamua'alaikum warahmatullah..
Kepada semua sahabat dan rakan taulan yang saya kasihi..
Semoga limpah dan rahmat Allah sentiasa bersama kalian.inshaAllah.
Sekian lama tidak mencoret sesuatu, minda seakan buntu untuk berfikir dan mencoret walaupun banyak yang difikirkan bermanfaat untuk dikongsi bersama.
Belum terlambat untuk saya mengucapkan "SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH & UNIVERSITI." Semua adik-adik kita sibuk menyiapkan peralatan baru untuk ke sekolah. Berbezalah kita yang di universiti. Baju sekolah pun takde..=)
Semakin kita meningkat dewasa, sebenarnya semakin banyak apa yang dirasakan penting semasa kita kanak-kanak dulu, dah jadi benda yang tak penting. Dulu, kalau nak buka sekolah, tidak sah kalau tidak beli baju sekolah baru, beg sekolah dan segala peralatan ke sekolah semuanya kita nak baru. tapi bila dah di universiti, kita tidak lagi begitu menghiraukan perkara-perkara itu. Kerana apa sebenarnya?
Kerana TANGGUNGJAWAB kita semakin bertambah. Setiap hari, umur kita semakin bertambah. Baru masuk tahun 2011 ni, bertambahlah lagi setahun umur kita...
tanggungjawab dirasakan semakin banyak dan apa-apa yang dilalui sungguh menguji iman.
Setiap kali kita memasuki tahun baru atau semester baru, mesti kita akan memasang azam baru.Kita mahu apa melakukan yang terbaik dalam apa pun yang kita hadapi sekarang. Saya memetik kata-kata seorang doktor pakar di Hospital Prince Scott. Beliau berkata," Setiap orang akan berazam bila tiba tahun baru atau masuk ke alam yang baru dilalui. Kenapa kita perlu menunggu tahun baru untuk berazam? Kita sememangnya diberi peluang setiap hari untuk berazam dan melakukan yang terbaik dalam hidup kita. Jadi, letaklah azam setiap hari untuk sentiasa berfikiran positif walau dalam apa pun keadaan yang kita hadapi."
~inshaAllah kita mampu lakukan yang terbaik~
Lebih kurang macam tu lah dia cakap. Yang pentng, seronok sangat dengar dia cakap. Rasa bermotivasi. Apa yang saya lihat berlaku di kalangan sahabat-sahabat saya sekarang. Ada yang datang untuk berkongsi, tidak kurang yang memendam seorang diri. namun, naluri hati seorang sahabat dapat merasakan tempias masalah itu. Setiap dari sahabat-sahabat ini diuji dengan pelbagai ujian yang hebat. Ada antara sahabat saya yang kematian ibu kerana kanser payudara. Ada yang diuji dengan ketiadaan duit sehingga terpaksa berlapar dan ada yang diuji dengan masalah hati yang tak berkesudahan. Ada yang diuji dengan masalah dalam keluarga dan seribu satu masalah yang singgah dalam hidup. Banyak sangat ujian yang dihadapi sehingga kadang-kadang kita pun rasa tak mampu untuk hadapi kalau kita yang berada di tempat dia.
~Innallaha Maa'na~
Allah Ta'ala berfirman:
" Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar."
(Al-Baqarah: 155)
Semoga ayat ini dapat menjadi penguat hati kita dalam melalui hari-hari yang mendatang. Kita sememangnya diciptakan untuk berusaha di bumi ini. Dalam usaha untuk menjadi hamba yang bertakqwa, mana mungkin kita terlepas dari diuji. Pastilah Allah nak lihat keikhlasan hati kita. Hiduplah kerana Allah, inshaAlah kita akan tenang. Semoga cita-cita kita untuk menjadi anak soleh solehah dan cemerlang di dalam bidang yang kita ceburi ini, tercapai. Anggaplah apa yang datang ini sekadar secebis dari ujian yang dihadapi Rasulullah S.A.W dan para sahabat dalam menyampaikan dakwah sehingga kita dapat menikmati nikmat iman & Islam sekarang.
Wallahua'lam.
sRikandi_Nurse
Indera Mahkota
Kuantan, Pahang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment