Saturday, March 10, 2012

Kuasa Syukur Dan Berterima Kasih


Terlalu banyak nikmat yang Allah beri pada kita setiap hari namun hakikatnya sedikit sekali hamba-Nya yang bersyukur. Syukur adalah satu penghargaan yang tinggi daripada seorang hamba kepada Tuhannya. Dengan syukur, Allah akan menambah nikmat-Nya kepada kita seperti dalam Surah Ibrahim ayat 7,

" Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu."



Tidakkah kita berfikir betapa banyaknya nikmat Allah yang diberikan dalam kehidupan seharian? Cukup sekadar merenung nikmat oksigen yang Allah beri pada kita dalam kehidupan seharian. Adakah kita masih hidup andai Allah tarik nikmat ini daripada kita? Pasti tidak, bukan?

Namun berapa kali dalam setiap hela nafas yang kita hembus, kita bersyukur dan berterima kasih pada Allah? Adakah setiap kali kita menghembuskan nafas? Adakah setiap jam? Adakah setiap waktu makan atau tidak pernah sekalipun kita bersyukur dan berterima kasih pada Allah atas kurniaan nikmat oksigen daripada-Nya? Adakah kita pernah walaupun sekali menyebut,



“Terima kasih ya Allah, aku dapat hidup pada hari ini. Aku bersyukur kerana Kau berikan aku nikmat oksigen. Aku dapat bernafas dengan baik ya Allah. Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan tanpa pertolongan-Mu”

Sekalipun anda tidak berasa ikhlas untuk berterima kasih kepada Allah, just fake it until you make it. InsyaAllah lama-kelamaan apabila sudah terbiasa, ikhlas itu akan datang sendiri dan akan terasa nikmatnya daripada dalam lubuk hati seorang hamba yang berterima kasih pada Sang Pencipta.



Tahukah anda, apabila kita bersyukur, kita telah melepaskan satu energi yang besar kepada alam semesta yang akan menggerakan energi positif yang berlipat ganda kembali kepada kita.

Jadi sekiranya kita sentiasa memancarkan energi syukur setiapmasa selama sehari, maka hidup akan dikelilingi oleh energi yang positif dalam sehari. Cuba fikirkan apakah yang akan terjadi jika kita bersyukur setiap masa dan ketika. Ianya umpama sebuah anugerah yang amat hebat, kerana hal-hal yang positif dan hebat sentiasa datang dan bertambah dalam hidup kita.

Tips bersyukur dan berterima kasih

Catatkan pada notepad atau buku nota apakah nikmat yang anda rasa bersyukur sebanyak mungkin

Contoh:

Saya bersyukur kerana masih bernafas dan masih hidup

Saya bersyukur kerana tubuh badan saya sihat

Saya bersyukur kerana keluarga juga sihat

Saya bersyukur kerana saya ada makanan untuk dimakan apabila saya lapar

Dan banyak lagi perkara yang kita harus bersyukur..

Setelah anda mendapat sesuatu yang menyenangkan anda, ucapkanlah terima kasih pada Allah

Contoh:

Terima kasih Allah, saya dapat makan hari ini

Terima kasih Allah, saya dapat buka internet hari ini

Terima kasih Allah, laptop saya tiada virus yang memudahkan saya untuk menggunakannya pada hari ini

Terima kasih Allah, saya masih dapat melihat

Lakukan aktiviti ini setiap hari supaya momentum getaran positif sentiasa dipancarkan dan mendapat hasil positif yang konsisten.

sumber: ilmi-islam.com

sRikandi_Nurse
Imc, IIUM Kuantan.

No comments:

Post a Comment