Tuesday, March 6, 2012

IIUM Humanitarian Mission 2012



Assalamua'laikum warahmatullah buat semua sahabat-sahabat yang disayangi. semoga dalam rahmat Allah hendaknya. Maaf kerana sudah sekian lama tidak menghantar post di blog. Sudah selalu memberi alasan sibuk. Sebenarnya tiada alasan yang patut diberi kalau kita merasa tanggung jawab untuk menyampaikan sesuatu yang baik untuk perkongsian bersama orang lain.

Seperti tajuk post di atas, inshaAllah delegasi dari UIAM Kuantan akan berlepas ke Kemboja untuk menyempurnakan satu misi kemanusiaan iaitu membantu rakyat Kemboja yang kurang bernasib baik di sana. Sehubungan itu, seramai 18 orang pelajar UIAM kuantan bersama 8 orang staff termasuk pensyarah UIAM Kuantan akan menyertai misi ini. Misi yang akan berlangsung selama seminggu ini akan berlepas pada 24 Mac dan bakal pulang semula ke tanah air pada 30 Mac 2012 inshaAllah.



Seperti yang kita sedia maklum, apabila hendak ke tempat orang untuk memberi sesuatu, mestilah kita menyediakan sesuatu. Jadi, sekarang kami sedang bertungkus lumus untuk mengumpul dana berbentuk wang tunai, sejadah,kain batik, kain pelikat, Qur'an dan telekung untuk dibawa ke sana. Target kami adalah untuk membawa sebanyak RM 20 000 wang tunai. Namun, sehingga kini kami baru sahaj dapat mengumpulkan sebanyak hampir 4 ribu. Terlalu banyak lagi duit yang mesti dikumpulkan dan usaha pun mestilah kena berlipat kali ganda lagi.

Berdasarkan pengalaman kawan-kawan yang pernah menyertai rombongan ke Kemboja ini, keadaan masyrakat di sana sangatlah dhaif. Boleh diibaratkan seperti Malysia sebelum merdeka. Makanan mereka tidak mencukupi, kebersihan rumah tidak terjaga dek kerana kawasan rumah mereka sendiri bukan seperti kawasan rumah tetapi seperti kediaman haiwan ternakan. Anak-anak terbiar dengan pelbagai penyakit berjangkit dan sebagainya. Sumber air mereka hanyalah dari Sungai Mekong yang mengalir di tepi rumah mereka. Segala rutin harian mereka menggunakan air dari sumber sungai itu. Begitulah serba sedikit pengalaman mereka yang pernah menyertai misi sebelum ini.

Justeru, kepada dermawan yang ikhlas ingin menyalurkan bantuan kepada rakyat Kemboja, sudilah kiranya menghubungi nombor ini untuk urusan pendermaan. 0132775944 Semoga Allah membalas jasa kita yang tidak seberapa ini. Doakan kami selamat pergi menyelesaikan misi ini dengan jayanya. inshaAllah=)


Srikandi_Nurse
JHC, Kuantan

No comments:

Post a Comment