Tuesday, May 24, 2011

Sudah Jatuh Hati=)

Assalamua'laikum warahmatullah.
Semoga sahabat-sahabat sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Kepada sahabat-sahabat Nursing yang sedang mengembara ke merata tempat; Temerloh, Kuala Lumpur dan Kelantan, semoga kalian selamat di sana, pandai-pandai bawa diri di tempat orang=)

Sedikit perkongsian pengembaraan kami selama lebih 2minggu di kelantan sepanjang diamanahkan untuk praktikal di sana. Banyak ilmu yang kami pelajari selama berada di sana sama ada ilmu untuk memantapkan 'skills' sebagai bakal staff nurse atau ilmu untuk menjadikan kami manusia. Secara peribadinya, saya cukup gembira dengan pengalaman dan ilmu yang dipelajari di sini sehinggakan tidak henti-henti saya bercerita kepada keluarga tentang pengalaman hidup saya sepanjang berpraktikal di Kelantan. Sudah jatuh hati~


Seminggu pertama saya bersama kawan-kawan bertugas di wad 'orthopaedic' (tulang). Di sini, saya menyaksikan pelbagai jenis 'fracture' (patah tulang). Kebanyakan pesakit di sini adalah pesakit yang mengalami kemalangan (motor vehicle accident) dan diabetis yang melibatkan luka pada bahagian anggota badan (biasnya kaki). Jadi, antara tugasan pagi kami adalah 'bed making' dan mencuci luka (dressings). Prosedur yang dilakukan mestilah 'sterile' untuk mengelakkan jangkitan kuman pada bahagian luka yang dicuci. Kami telah berusaha untuk memantapkan 'skills dressings' sedaya mungkin dalam masa yang telah ditetapkan. Tak menang tangan nampaknya kami semua bekerja. Alhamdulillah dengan bantuan staff nurse dan kakitangan di sini, kami berjaya merealisasikan 'target' kami sepanjang belajar di sini.


Apa yang unik saya perhatikan di sini (HUSM), setiap pagi akan dibacakan doa dan waktu solat juga diumumkan setiap kali maasuk waktu solat. Dalam keadaan apa sekalipun doktor, nurse, staff dan pesakit ketika itu, semuanya akan berhenti menadah tangan dan mengaminkan doa. Doa juga dibacakan dalam bahasa Melayu memohon dikurniakan kesihatan dan kekuatan iman untuk mengahdapi cubaan-Nya, memohon dikuatkan hati untuk melakukan ibadah sepanjang diuji dengan kesakitan...cukup menyentuh hati..

Saya perhatikan keadaan sekeliling setiap kali waktu solat diumukan dan azan berkumandang.Sedihnya,hanya segelintir pesakit yang menunaikan solat. Mungkinkah mereka masih tidak tahu untuk berwdhu' dalam keadaan sakit atau darurat? mungkinkah mereka tidak mampu atau mereka sengaja? Saya cuba bertanya kepada beberapa orang pesakit yang nampak khusyuk berbual di ambang Maghrib. Beliau bertanya kembali, " Nak solat macam mane?Bukan Allah tak tahu saya sakit?" -

Allahuakbar,hati saya cukup pedih mendengar jawapan itu. Saya menerangkan kepada beliau bahawa terdapat rukhsah atau kemudahan di dalam Islam. Bagaimana cara untuk berwudhu' dan bertanyammum sekiranya sakitnya menjadi lebih mudarat sekiranya terkena air. Seperti yang telah saya lakukan sebelum ini, begitulah saya ulangi dengan harapan beliau faham, insaf dan akan solat. Saya tinggalkan mereka untuk solat memandangkan waktu maghrib sudah hampir ke penghujung.

Untuk sekian kalinya, saya berjumpa dengan peristiwa yang sama setiap kali ditugaskan bekerja di wad tulang ini. Untuk sahabat-sahabat Nursing seperjuangan, sampaikanlah apa yang telah kalian pelajari sebagai seorang Nurse Islamic sepanjang kita belajar di UIA ini. Inilah realiti alam pekerjaan yang bakal kita hadapi. Bukan mudah bergelar 'staff nurse'. Pangkat di sisi manusia yang akan disoal kelak. Kita berusaha untuk menyampaikan dan kita serahkan kepada DIA untuk menurunkan hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-NYA. Pengalaman saya bersama sahabat mengajar pesakit wudhu' dan solat cukup memberi kesan kepada jiwa kami. Sehingga saat ini, kami masih ingat bagaimana seorang pesakit pernah menyuarakan isi hatinya, "Saya tak pernah tahu yang cara wudhu' dan solat ini cukup mudah dilakukan dalam keadaan sakit."

Selain itu, pengalaman kawan-kawan yang sempat bertemu dengan ulama' dan menteri Besar Kelantan kekal menjadi memori paling manis dalam hidup. Tuan Guru Datuk Nik Aziz datang ke HUSM di department Accident & Emergency untuk menghantar timbalan beliau kerana sakit dada (chest pain) secara tiba-tiba. Sempatlah mereka bersalaman dan berborak dengan orang-orang besar=)


Buatlah kawan-kawan...Sampaikan dan ajarkan pesakit kita tentang cara-cara berwudhu' solat ketika sakit. Memang tiada dalam 'syllabus' pembelajaran Nursing; ablution and pray during warding. Tapi yakinlah, usaha kita menyebarkan ilmu ini kerana Allah akan diberi ganjaran. Wallahua'lam.

setakat ini yang termampu di taip dalam masa yang singkat di sini. Cerita seterusnya akan menyusul walaupun ada je dalam kepala tapi kena ambik masa jugak nak taip. SELAMAT BERPRAKTIKAL KAWAN-KAWAN. Ikhlaskan hati dalam segala pekerjaanmu, inshaAllah hidupmu diberkati ALLAH. amin.

Nasihat dari ustazku..Ustaz Kabuye.Teringat pada nasihat ini, diri ini bangkit dan kembali bersemangat!

Know, dear son, that days are but hours, and hours are but breaths. and every soul is a container, hence let not any breath pass without any benefit, such as on the Day of Judgement you find an empty container and feel regret! Be aware of every hour and how it passes, and only spend it in the best possible way; do not neglect yourself, but render it accustomed to the noblest and best of actions, and send to your grave that which will please you when you arrive to it.

~sRikandi_Nurse
JHC,IIUM ktn.

No comments:

Post a Comment