Friday, May 6, 2011

Ibrah dari Tuan Singa & Cik Tikus


Assalamua’laikum warahmatullah buat semua sahabat dan semua blogger yang dikasihi.semoga sahabat-sahabat sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Sekarang saya baru tahu, susah rupanya nak menyampaikan idea dalam bentuk tulisan.Nak cari idea, lama fikir nak tulis apa sebagai takirah bersama.

Apapun, nasihat sahabat yang menggalakkan saya menulis blog ini, kita tetap akan rasa bertanggungjawab untuk menyampaikan sesuatu kepada orang lain walaupun kita copy & paste dari blog orang tapi letaklah sumbernya. Sekurang-kurangnya kita buat sesuatu untuk memberi. InshaAllah apa yang ditulis akan kekal. Jadi, tulislah apa yang baik untuk dikongsi bersama orang lain.

Baiklah, kali ini saya hendak berkongsi tentang kisah seekor tikus dan seekor singa. Pengajaran atau ibrah dari kisah ini cukup besar buat kita yang bergelar hamba,inshaAllah. Peringatan ini saya dapat dari seorang ustaz yang menyampaikan tazkirah di radio IKIM.(ada ubah-ubah sikit tapi jalan cerita asal sama)

Pada suatu hari, seekor tikus lalu di atas seekor singa yang sedang tidur. Tikus ini seronok lah berjalan di atas badan dan muka si singa ini bagai berjalan di atas sebatang kayu. Dia melompat dan melantunkan badannya ke atas si singa. Si singa yang geram dengan si tikus ini menunggu masa untuk menerkam si tikus. Tiba-tiba, si singa menerkam badan si tikus yang kecil. Tinggal kepala je yang Nampak.hehe.

Singa : “Hey, cik tikus, kenapakah kamu mengganggu aku? Kau tak Nampak ke aku sedang tidur?” (MARAH)

Tikus: “err…Maafkan saya tuan singa..saya tak sengaja. Saya memang betul-betul xnampak tuan singa yang sedang tidur. Saya sangakakan saya berjalan dia atas batang kayu. Maafkan saya tuan singa..”

Singa: Senang saja kamu minta maaf dari aku ya. Tidak! Aku mahu kamu jadi santapan aku hari ini!”
Tikus: “Tolonglah tuan singa…saya berjanji akan membantu tuan singa apabila tuan dalam kesusahan suatu hari nanti.Tolonglah lepaskan saya. Saya berjanji tidak akan melakukan kesalahan yang sama pada tuan singa lagi. Tolonglah tuan singa yang baik hati..”(MERINTIH & MERAYU)

Singa: “Elleh..kamu hanya tikus. Masakan kamu mampu untuk bantu aku, singa si raja rimba yang paling gagah ini. Tak usah kamu mengarut.”

Tikus: “Tolonglah tuan singa..aku ni hanya kecil. Kamu takkan kenyang kalau kamu makan aku. Aku berjanji aku buat apa sahaja asalkan kamu lepaskan aku.tolonglah tuan singa..”

Singa: “Baiklah aku akan lepaskan kau. Pergi main jauh-jauh!”

Tikus: “Terima kasih tuan singa. Aku tidak akan melupakan jasa tuan singa.Aku berjanji akan membantumu di masa akan datang”

Ditakdirkan Allah, suatu hari…Singa termasuk di dalam perangkap pemburu hutan dan tikus kebetulan sedang bermain di situ.Lalu, si tikus mendekati singa dan menawarkan pertolongan kepada si singa. Tetapi si singa tidak yakin bahawa si tikus boleh membantunya. Masakan tikus yang kecil itu dapat melepaskan dia dari perangkap pemburu itu. Dia merasakan ajal sama sekali dekat dengannya.
Lalu, tanpa berlengah, si tikus pun menggunakan kepakarannya dalam menggigit sesuatu sehingga putus. Dia pun meniggigit tali itu dengan bersungguh-sungguh sehingga tali itu putus dan sang singa pun dapatalah keluar dari perangkap itu. Cerita tamat~
Jadi..sahabat-sahabat semua..
Apakah pengajaran yang kita dapat dari cerita singa dan tikus di atas? Bak kata ustaz & saya tambah-tambah sikit=)

1. Kita mestilah bersifat baik dan rendah hati. Jangan meninggi diri dan merendah-rendahkan orang lain walaupun darjatnya lebih rendah dari kita. Tak kiralah siapa pun dia, kita mesti menghormati dia sebagai hamba Allah. Tiada apa pun yang membezakan darjat kita sebagai manusia dan hamba Allah melainkan iman dan taqwa. Sifat-sifat seperti riyak, angkuh dan sombong tidak patut berada di dalam diri manusia yang menyedari hakikat diri sebenar. Kita hanyalah hamba Allah yang Maha Kaya dan Maha Agung. DIA yang memiliki segala kekuasaan di muka bumi ini, sifat-sifat sebagai tuan hanyalah milik Allah jua. Kita sebagai hamba patut menginsafi diri kita.

2. Kita tidak akan selamanya di atas. Kehidupan kita adalah di dalam kekuasaan Allah. Hidup kita memerlukan kepada orang lain. Bukan bermakna kita ketua, kitalah yang berkuasa sepenuhnya ke atas orang bawahan kita. Bukan bermakna sang singa ketua, maka dia berhak ke atas si tikus. Sang singa berhak berkuasa tetapi si tikus mempunyai hak untuk hidup dengan aman. Seperti pemerintahan di zaman Khulafa ar-Rasyidin yang memerintah dengan aman, adil dan saksama.
Saidina Abu Bakar, Saidina Uthman Affan dan Saidina Ali merupakan tokoh pentadbir Islam yang patut dicontohi.

3. Manusia yang rendah sekarang akan hebat di masa akan datang. Sebagai manusia biasa dan hamba Allah, kita akan boleh menyangka kehidupan orang lain pada masa akan datang. Sebagai contoh, seorang pemilik syarikat elektrik (kalau tak silap nama beliau Mitsushita) pernah menjadi kuli dengan gaji harian yang sangat sedikit. Tetapi dengan berkat kesabaran dan usaha gigih beliau, akhirnya beliau memiliki sebuah syarikat elektrik yang menjadi kegunaan masyarakat dunia masa kini. Selain itu, pengasas syarikat kereta Honda( Koshiro Honda kalau tak silap) yang pernah gagal dalam usahanya memasarkan kereta hingga hamper bankrupt. Tetapi, beliau bangkit dari kegagalan. Beliau membuktikan kepada dunia bahawa beliau adalah orang yang mampu membuat kereta yang hebat. Sehingga kini, berapa ramai rakyat Malaysia yang menggunakan kereta Honda? Itulah bukti kesugguhan beliau. Ini hanya sebahagian contoh mereka yang cemerlang dalam kehidupan tetapi memulakan kehidupan dari bawah. Pelbagai kesusahan ditempuhi tanpa putus semangat. Jadi, janganlah kita memperlekehkan orang yang bertaraf rendah di sekeliling kita kerana kita tidak akan dapat mengjangkakan kehidupan mereka selepas ini. Mungkin lebih baik dari kita. Sama-sama kita renungkan.


Banyak ibrah atau pengajaran yang dapat Dari kisah sang Singa dan si tikus ini, jadilah kita hamba-Nya yang rendah hati walau siapapun kita kerana kita hanyalah hamba Allah yang kerdil dan hina. Walau bagaimana hebat sekalipun pangkat kita di dunia ini, kita akan tetap kembali kepada Allah dan kita akan dihisab di akhirat kelak. Kita sebagai doktor @nurse, amanah yang kita pikul adalah untuk memberikan khidmat kesihatan kepada pesakit dan orang yang memerlukan khidmat kita.Amanah sebagai engineer, akauntan, ustaz, ustazah dan sebagainya. Semuanya menuntut kita dengan apa yang telah dipertanggung jawabkan ke atas kita. Tiada apa yang membezakan kita di sisi Allah melainkan iman dan taqwa kita. Semoga hari-hari yang kita lalui akan mendekatkan hati kita kepada Allah. Sekian untuk peringatan bersama. maaf tersilap bicara dan pohon ampun andai ada tersalah kata.

~sRikandi_Nurse
Baiti Jannati.
kemaman, terengganu.

No comments:

Post a Comment