Wednesday, December 21, 2011

PEKAN Bandar Diraja


~Hospital Pekan~

Assalamua'laikum warahmatullah...

Salam ukhuwwah penuh kasih sayang buat semua sahabat-sahabat yang dikenali baik yang dekat mahupun jauh. Sekarang pelajar-pelajar tahun akhir kulliyyah kejururawatan IIUM sedang sibuk menjalani praktikal di hospital yang telah ditetapkan. Kami ditempatkan di 3 buah hospital yang jauh jaraknya. Yang paling jauh adalah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). kawan-kawan praktikal di ward oncology, intensive care unit (ICU) dan critical care unit(CCU). Kami di Hospital Pekan mempraktikkan diri untuk pengurusan Nursing (management Nursing) dan lebih kurang 10 orang lagi menjalani prkatikal di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)Kuantan, hospital yang paling dekat dengan UIA.

Alhamdulillah, setelah hampir sebulan menghabiskan sesi praktikal di hospital Pekan ini, kami semua dapat belajar banyak skills dan pengetahuan dalam 'management Nursing' di hospital Pekan ini sendiri. Kini, kami berasa lebih yakin untuk menjadi staff nurse dan kami nampak keseluruhan kerja seorang staff nurse apabila dia mula bekerja dalam satu syif yang telah ditetapkan. Memang xmenang tangan la apabila patient semua berebut nak di'admit' macam orang datang kenduri=)


~Hsopital Pekan yang damai~


Semasa minggu pertama kami ditempatkan di wad 2A (lelaki) multidisiplin. Multidisiplin ini bermaksud merangkumi semua bidang rawatan. Contohnya pesakit mengalami 'fractured leg' (patah kaki) disebabkan oleh MVA (motor vehicle accident) dia akan dimasukkan ke wad ini. manakala pesakit lain yang mengalami Hypertension (tekanan darah tinggi), Diabetis Mellitus (Kencing manis) juga akan dimasukkan ke wad ini. Segala jenis penyakit yang berkaitan dengan semua sistem badan akan dirujuk ke sini. Walaubagaimanapun, hospital Pekan ini tidak mempunyai peralatan yang cukup dan kepakaran yang cukup untuk menjalankan procedure yang 'advance'. Contohnya seperti pembedahan untuk ibu yang bersalin secara LSCS (Lower Segment Caesarian Section), pembedahan untuk memasukkan besi atau traction dan segala pembedahan besar tidka dilakukan di sini. Kes-kes ini akan dirujuk ke HTAA untuk tidakan lanjut. Saya cuma terfikir yang hospital ini sebenarnya tidak mempunyai fungsi yang cukup lengkap untuk memenuhi rawatan penduduk Pekan dan sekitarnya. Mungkin boleh ditambah baik pada masa akan datang. inshaAllah.


~Sr. Meriati & sebahagian pelajar bersama staff nurse~

Sepanjang bertugas di wad 2A, saya dan kawan-kawan berpeluang untuk menjadi 'staff nurse' di alam realiti. chewwah.. Seronok jugak la... Saya cerita kat sini la briefly..

Apabila masuk syif, staff nurse yang bertugas pada syif sebelumnya akan passing report (sampaikan maklumat) kepada staff nurse yang akan bertugas pada syif sekarang. jadi,apa yang penting sabagai charge nurse (ketua staff nurse) untuk syif tersebut, kita mesti tahu carry forward(bilangan pesakit yang tiggal) yang tercatat di dalam buku census. staff nurse mesti catat berapa bilangan patient admit, patient discharge dan patient yang dihantar ke hospital lain untuk di'pass' kepada staff nurse syif seterusnya. Kemudian, kita mesti buat 'passing report' di kawasan tengah-tengah antara pesakit-pesakit atau sebaik-baiknya round dari katil ke katil supaya kita nampak apa berlaku pada pesakit semasa kita 'pass report.' Untuk setiap pesakit, kita mesti tahu nama, umur, penyakit dan nursing care plan yang telah disepakati bersama doktor. selain itu, investigation (penyelidikan) berkaitan ujian makmal juga akan di beritahu. Pemeriksaan dan rawatan lain seperti x-ray, hemodialisis juga mesti diberitahu. Pendek kata, segala rawatan berkaitan dengan pesakit tersebut mesti diketahui oleh seorang staff nurse in charge. Staff nurse lain pun kena tahu jugak, tapi as intervention nurse dan medication nurse. Tapi, tidak menjadi tanggung jawab sepenuhnya untuk dia tahu. Sebenarnya banyak benda la yang mesti dilakukan oleh seorang staff nurse dalam waktui bekerja ini. Kat sini xboleh nak cerita details. Mungkin kami akan buat manual tugasan staff nurse as a tean dalam satu wad. bila ada masa cuti nanti inshaAllah.

Berdasarkan ilmu menagement Nusring yang dipelajari, hospital Pekan ini menggunakan konsep Functional Nursing model dan Primary Nursing model untuk menguruskan pesakit di sini. Cuma, konsepnya tidak lah diserapkan sepenuhnya ke dalam hospital lantaran beberapa kekangan yang berlaku di sini. Functional yang saya maksudkan di atas adalah seorang staff nurse yang ditugaskan untuk menyediakan ubat, memberi ubat dan bertanggung jawab untuk mengambil ubat dari farmasi sekiranya tidak cukup. Dia juga mesti memastikan '7 rigths' ini dipenuhi:
1. Ubat yang betul. (Right medication)
2. Masa yang betul. (Right time)
3. Route yang betul. (Right route)
4. Dos yang betul. (Right dose)
5. Pesakit yang betul. (Right patient)
6. Documentation yang betul (Right documentation)
7. Hak untuk patient refuse (Right to refuse)

Tetapi dalam primary Nursing system, seorang staff nurse akan memberi rawatan dan layanan untuk seorang pesakit yang telah ditetapkan. Jadi, apa sahaja rawatan termasuk ubat akan diberi oleh staff nurse yang sama. Walaubagaimanapun, kembali kepada realiti kita bekerja sebagai staff nurse... hanya seorang staff nurse yang in charge semua pesakit di sini. mana mungkin dia seorang dapat memberi servis kepada semua pesakit dalam masa 7 jam (1 syif). Mungkin ada lagi sistem yang boleh diserap masuk. namun, apa yang saya perhatikan di hospital Pekan ini, sistem di sini boleh diajlankan dengan baik. Mereka tetap bekerja sebagai satu team (pasukan). Untuk doktor, setakat ini saya kurang melihat kerjasama antara doktor dan nurse kuat di sini. Ia berlaku, tetapi biasa-biasa sahaja. Mungkin motivasi untuk kiota yang bakal bergelar staff nurse berijazah untuk lebih peka dan lebih proaktif apabila kita menjadi staff nurse suatu hari nanti, inshaAllah.

Setinggi-tinggi penghargaan dari kami semua pelajar Nursing IIUM batch ke-5 yang menjalani praktikal di Hospital Pekan kepada semua staff nurse, ward sister, dan doktor di atas perkongsian ilmu dan pengalaman sepanjang kami di sini. Terima kasih tidak terhingga juga buat Sr. Meriati yang bertungkus-lumus membantu kami di sini. Segala penat lelah sister akan berbaloi saat melihat kami menjadi staff nurse yang proffesional lagi islamic kelak, inshaAllah=)


~Sr. Meriati yang berkaliber~

Setakat ini dahulu perkongsian bersama.Ada banyak lagi cerita dan kisah yang berlaku sepanjang praktikal di hospital Pekan. nak tunggu masa yang sesuai untuk dikongsikan. Moga ada manfaat yang diperolehi bersama. Segala yang baik hanya dari Allah dan dikongsikan bersama kalian. Salam perjuangan untuk semua adik-adik nursing dan kami juga yang bakal menghadapi final exam minggu depan. Semoga dipermudahkan dalam segala urusan. Maa'ttawfiq wannajah=)


~Sweet memories in Hospital Pekan~

sRikandi_Nurse
~Ashikin.
Homestay Fathini Alia,
PEKAN bandar diraja.

Saturday, December 3, 2011

1433 H Menuntut Pengorbanan Besar

Salam maa'l hijrah 1433 H buat semua sahabat seantero..

Alhamdulillah, syukur daku panjatkan ke hadrat-Mu kerana masih mengurniakan kekuatan untuk meneruskan hidup sebagai hamba-Mu, pejuang agama-Mu, khalifah di muka bumi ini inshaAllah. Maaf kepada semua sahabat-sahabat yang mengikuti perkembangan blog ini kerana entry blog saya sudah lama tak bertukar. Setiap kali nak tulis, kerah idea fikir nak tulis apa. Apapun, semoga apa saya coretkan di sini sedikit sebanyak memberi kesan buat hati yang menghayati.

Sahabat-sahabat yang saya sayangi kerana Allah..

Sempena tahun baru hijrah ini, marilah kita sama-sama menghayati erti pengorbanan dalam diri kita. Hijrahkan diri ke arah yang lebih baik. inshaAllah kita akan mencapai kecemerlangan kelak. Tinggalkanlah sifat-sifat jahiliah dalam diri kita. JOM berhijrah!


Ibnu Umar pernah meriwayatkan sebuah hadith Rasullullah s.a.w yang bermaksud,"Sesungguhnya hati ini boleh berkarat sebagaimana berkaratnya besi bila terkena air". Baginda ditanya,"Wahai Rasulullah s.a.w, bagaimana cara membersihkannya?". Rasulullah s.a.w menjawab,"Perbanyakkanlah mengingati mati dan membaca al-Quran". (Hadith riwayat Baihaqi)




Perkongsian artikel dari web isma mesir. semoga bermnafaat, inshaAllah.
http://ismamesir.com/v2/2011/12/ada-apa-dengan-10-muharram/

~Susah itu Tarbiyyah,
Sabar itu cukup indah~

Ashikin.
imc_IIUM ktn.

Tuesday, November 22, 2011

Adikku Solehah & Cemerlang

Alhamdulillah, entry ini saya khususkan untuk adik bongsu saya, Aishah comel. Dengan penuh rasa syukur, saya mengucapkan sejuta tahniah buat adik bongsu saya, Nor Aishah Addenan yang berjaya mencapai 5A dalam UPSR baru-baru ni. Alhamdulillah. Tahniah adik!

Jadi, sekarang ni lah masa untuk mengisi borang-borang ke sekolah berasrama penuh. Macam-macam permintaan pulak adik bongsu sorang ni. Setakat ni, saya sangat berharap adik akan bersekolah di sekolah agama pilihan hatinya. seronok sangat bila adik menyampaikan hajatnya untuk bersekolah di sekolah lama saya, imtiaz kuala berang. semoga yang terbaik untuk adikku=)

Pesanan buat adik...
Semoga adik terus cemerlang untuk apa pun yang adik lakukan. Kak nor akan sentiasa di sini untuk membantu, menyokong adik hingga berjaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang!

Ku sentiasa bersamamu adik=)

~sRikandi_Nurse
imc, kuantan.

Sunday, October 30, 2011

Berusaha kerana ALLAH~



Salam imtihan buat kita semua yang masih bergelar pelajar=)
Buat penuntut ilmu di UIAM kuantan...
Buat sahabat-sahabat Nursing & sahabat PEMBINA Sekalian..
Semoga kejayaan kita bakal memberi kesan hebat buat ummat. BERUSAHA!

"...kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kpd
Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yg bertawakkal." (Al-Imran:159)





"...And when thou art resolved, then put thy trust in Allah. Lo! Allah loveth those
who put their trust (in Him)." (3:159)







"Dan apa saja nikmat yang ada padamu, maka dari Allah lah (datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, maka hanya kepadaNyalah kamu meminta pertolongan”.
Surah al-Nahl ayat 53.

Allah doesn't require you to be the BEST
He just want you to do your BEST
and He'll take care of the rest..insyaAllah
ALL THE BEST to all of us! ^_^

~sRikandi_Nurse
Ashikin
IMC_UIAM ktn.

Sunday, October 23, 2011

HIMPUN & NANSYM 2011

Assalamua'laikum warahmatullah.

Alhamdulillah, pada hari sabtu dan ahd yang lalu telah berlangsungnya Nursing Student Symposium (NANSYM) kali ke II di UIAM kuantan. Program selama 2 hari setengah ini telah memberi kesan yang baik kepada peserta sama ada kepada peserta Nursing UIA mahupun peserta dari universiti lain. Segala isu Nursing yang sangat hangat telah dikupas dan dibincangkan. Pelbagai reaksi dan ragam pelajar, pensyarah mahupun ahli panel yang dijemput sepanjang berlangsungnya program ini.

Disebabkan NANSYM 2 ini bermula pada hari Sabtu dan semua pelajar Nursing UIAM diwajibkan untuk menyertI program ini, saya sebagai salah seorang ahli Pembina berasa agak terkilan kerana tidak dapat menghadiri HIMPUN di Stadium Shah Alam. Oleh kerana sudah agak lama tidak mengikuti program tarbiyyah besar-besaran seperti ini, saya menyimpan hasrat untuk menyertai HIMPUN pada kali ini. Namun, saya mempunyai sedikit untuk tugas diselesaikan di dalam program ini. Dilema antara program Kulliyyah dan program Tarbiyyah ini sering saya hadapi sejak saya menyertai PEMBINA lagi. Apapun yang kita hadapi, berbincanglah dan buat keputusan dengan bijak, inshaAllah semuanya bermanfaat untuk kita.

Apa yang penting adalah kita memasang niat setiap kali menyumbang di dalam sesuatu program. Tidak kiralah apapun jawatan dan tugas kita di dalam sesuatu program itu, lakukanlah dengan ikhlas, ishaAllah ganjarannya besar di sisi Alla Taa'la.

Berbalik kisah NANSYM II yang baru sahaja selesai 2hari lepas. Banyak juga isu yang dikupas. Namun, saya bukan berhasrat mengupas isu-isu itu di sini. Apa yang pasti, sedikit sebanyak, program ini dapat membuka mata banyak pihak yang belum mengetahui tentang keadaan sebenar post-graduate Nursing students. Semoga Allah permudahkan usaha kita semua agar pelajar-pelajar Nursing lepasan ijazah ini mendapat pekerjaan yang baik dan terbaik untuk mereka.

Di dalam program ini, Alhamdulillah saya berkesempatan menyertai pertandingan poster "health promotion". Semua peserta pertandingan poster ini hendaklah memberi penerangan tentang poster yang dicipta. Lebih kurang macam promote barang la. Kelakar jugak sebenarnya sebab kami memang xbersedia untuk menerangkan poster itu. Banyak soalan yang dilontarkan kepada peserta semasa sesi mempromosikan poster ini berlangsung. Niat asal kami menyertai pertandingan ini hanya kerana nak dapat sijil saja. Alhamdulillah,berbaloi jugak buat poster ini. Puas hati dapat share dengan orang ramai poster ini. Saya bersama sahabat baik saya, syamimi berungkus lumus menyiapkan poster sehari sebelum program. Semalaman suntuk. Sejujurnya, kemahiran menggunakan adobe photoshop saya semakin berkurang lantaran kesibukan, tiada masa untuk "bermain-main" dengan gambar. Walaupun pernah suatu ketika,saya bagaikan tak ingat dunia mengedit gambar. Sangat seronok bermain dengan adobe ini sebenarnya. Lama-kelamaan, saya meninggalkan dunia itu. Kesimpulannya, apapun kemahiran yang kita ada, ia perlu digunakan ke arah kebaikan. Contohnya, buat gambar supaya orang tengok n dapat pahala. Buat gambar baik2 la.Boleh guna untuk buat dakwah. hehe=)

Di sini sebahagian gambar yang dirakam sepanjang program Nursing symposium ini. Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang. Kami dah nak grad. Hehe. Selamat berusaha adik-adik Nursing=)

~Poster yang terhasil.Alhamdulillah~


~poster syamimi-comel~


~saat-saat mendebarkan~

~best poster & 1st Runner up=UIAM kuantan. Alhamdulillah~

~Best poster~


~1st Runner up~

Next task-assignment dan teruskan berjuang untuk menyiapkan research. Semoga Allah permudahkan jalan kita menuju kejayaan cemerlang, gemilang & terbilang.amin=)

Thursday, September 22, 2011

Raya Sebulan Penuh Makna

Assalamua'laikum warahmatullah buat semua teman-teman blogger dan sesiapa sahaja yang dikenali.

Ampun dan maaf dipohon kerana saya tidak berkesempatan untuk 'update' blog peaceqalb ini.Alhamdulillah saya telah berjaya menghabiskan cuti kali ini dengan baik dan dirasakan sangat bermanfaat. Walaupun perancangan asal tidak tidak dapat dilaksanakan lantaran beberapa kekangan, saya mengambil kesempatan untuk memanfaatkan ilmu yang ada dengan mengajar mengaji di rumah. Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Allah. Selain itu, majlis saya sempat bersama ahli keluarga mengadakan majlis khatam Al-Qur'an bersama. Walaupun majlis diadakan di hari-hari terakhir Ramadhan, Alhamdulillah ianya dapat dilaksanakan dengan baik.

Beberapa hari beraya, saya kembali ke UIA Kuantan dengan semangat baru untuk menghabiskan sesi pembelajaran selama lebih kurang setahun lagi,inshaAllah. Saya mengambil peluang menjadi AJK program Ta'ruf week (orientasi) pelajar-pelajar baru UIA kuantan.Pelbagai kisah menarik dan mengejutkan sepanjang Ta'ruf week berlangsung. InshaAllah bakal dikongsikan untuk manfaat bersama. Sedikit sebanyak kenangan manis yang pernah dilalui sepanjang bersama adik-adik UIA yang baru sepanjang Ta'ruf week berlangsung.











Semoga adik-adik bakal menjalani hidup di UIA dengan baik. Tempuhilah hidup di sini dengan penuh tenang dan damai kerana bumi UIA kuantan ini adalah bumi yang penuh dengan khazanah ilmu. Di sini, kita bakal dididik untuk menjadi seorang professional sama ada doktor, nurse, saintis, pakar matematik dan sebagainya.Inilah UIA kuantan, taman ilmu dan budi=) Kalian bakal menghabiskan masa di sini lebih 4 tahun. Pelbagai ilmu dan pengalaman akan kalian tempuhi.Ambillah seluas-luas peluang yang ada untuk belajar, belajar dan terus belajar. Proses pembelajarn kita tak akan pernah berhenti. InshaAllah, kalian bakal keluar dari bumi UIA ini dengan menggenggam segulung ijazah dan bakal menjadi professional harapan umat,inshaAllah.. Kalian sangat diperlukan oleh umat Islam. Maka, belajarlah dengan bersungguh-sungguh wahai adik-adikku.

Seperti entry di atas, raya sebulan penuh makna.. Pada hari ahad ini(25 september 2011), saya dan kawan-kawan akan menghadiri sambutan raya ISMA Pahang bertempat di Masjid Permatang Badak, Kuantan. Walaupun ada kelas hujung minggu, inshaAllah kami akan berusaha unutk menghadirkan diri. rezeki datang mesti bersambut=)

Kini, pelajar-pelajar jurusan kejururawatan generasi ke-5 UIAM Kuantan telah memasuki TAHUN AKHIR. Final year yang ditunggu-tunggu dan bakal mengerahkan tenaga dan akal kami. Research, assignment dan projek telah siap sedia di dalam "hard disk" lecturer.Hanya menunggu masa untuk dibentangkan kepada kami. Sekarang sudah masuk minggu ke-2 di dalam semester 1 (2011/2012). Kepada kawan-kawan seangkatan..

Selamat menjalani hidup sebagai "final year students." Bertenang dan susunkan kerja, aktiviti dan program anda dengan sebaiknya. Sama-samalah kita berusaha untuk menyiapkan yang terbaik dalam apa jua kerja yang dilaksanakan. InshaALLAH. Semoga kerjaya "Nursing" ini bakal dimanfaatkan oleh kita semua. Akhir kata, semoga kita menjadi Rufaydah cemerlang,gemilang & terbilang untuk Ummat Islam pada masa hadapan. InshaAllah.

Dikesempatan ini, ingin saya kongsikan sedikit tips untuk mengurangkan kebimbangan (anxiety).. manfaat sempena dapat assignment banyak+ kena pulun fikir untuk buat research. Semoga bermanfaat untuk kita bersama.

4 Tricks to Reduce Anxiety About Making Decisions - By Kathy Gates


To reduce anxiety for your decisions, keep this in mind:

1. Stop looking for a prediction of the future.
There's a difference in making a decision and looking for a prediction. There is likely to be a risk in most any decision more complicated than deciding on a type of dessert. Things change, people change, ideas change, desires change. The decision is made on what you know, what you believe, what direction you want to go in. The future cannot be predicted. Don't let that stop you.

2. Be as informed as possible before making a decision.
Do what you need to do, but try to be realistic about it. For example, if you tried to read every article on decision anxiety, you'd be 100 years old before you finished -- not much help, there, huh. So if you find yourself procrastinating, give yourself a time limit --"I will read 50 different articles, and talk to 10 people, and decide by 5:00 pm on Thursday."

3. Realize that very few things are set in stone.
Maybe you have lots of things you want to do in your life, and you just seem to make a decision on what to do or how to do them all. This is "analysis-paralysis". Instead, remind yourself that focusing on one thing right now doesn't mean that you're giving up others. It simply means that you have decided to get started on one project, with the realization that you can do the others at any time you choose.

4. Remind yourself of successful decisions.
One of my clients didn't believe that she could make any good decisions until we started her keeping a list of the many good decisions she made every day. Sure some were small, but throughout her life, she began to realize that she had made many more good decisions than bad ones.
Easier decision making is really about valuing yourself and your own opinions. Believe in your ability, and trust your instincts. Appreciate your input into your decisions, and understand and accept that every single decision you make might not be perfect. Learn from it, expect the best from yourself, and you'll get the best.

** To comment on this article or read comments about this article, go here.

About the Author:

Kathy Gates is a Professional Life Coach in Scottsdale Arizona. What is Life Coaching? Your life -- only easier, happier, more joyful! Learn more at http://www.reallifecoach.com for products and services and sign up for her free newsletter.

#Tips di atas sangat kena dengan keadaan yang sedang saya hadapi sekarang. Sebagai pelajar di tahun akhir pengajian, saya berdepan banyak keadaan yang memerlukan saya membuat keputusan, sama ada keputusan tersebut kecil mahupun besar, keputusan yang perlu difikirkan segera mahupun lambat. Ia tetap bergantung kepada keputusan dari kita. Kesan dari keputusan yang dibuat pula sangat memberikan kesan kepada kita dan orang sekeliling. Tambhan lagi, apabila kita berdepan dengan orang-orang yang tidak memahami situasi yang sedang kita hadapi. Pada pendapat saya, walaupun penulis ini, Kathy Gates adalah bukan Islam, beliau memberi gambaran kepada kita bahawa kita mesti yakin dengan keputusan yang ingin kita laksanakan. Berani mencuba, berani menanggung risiko.Dari perspektif Islam, apabila kita hendak mengambil sesuatu keputusan, kita mestilah memohon petunjuk dari Allah dengan melakukan solat, berdoa dan sebagainya. Apabila segala usaha dilakukan, yakinlah dengan keputusan yang ingin diambil. inshaAllah kita akan mendapat hasilnya. Semoga sedikit sebanyak perkongsian saya di sini memberi manfaat kepada hati-hati yang membaca. salam perjuangan. Berusaha dengan IKHLAS! ALLAHUAKBAR!

IIUM..The Garden of Knowledge & Virtue~

~sRikandi_Nurse
Ashikin.
Library IMC.

Monday, August 1, 2011

Ramadhan Menjemput Kita Kembali.

Assalamua'laikum wrhmt.salam Ramadhan Al-Mubarak 1432 H buat semua=)



"Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:"Allah berfirman:"Setiap amalan manusia untuknya kecuali puasa. Ia untuk-Ku dan Aku yang memberi ganjarannya." (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Ramadhan kembali semula menjemput kita. Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah kerana menganugerahkan kita Ramadhan yang penuh rahmat & berkat ini. Bulan Ramadhan adalah "sekolah" yang melatih kita berkorban dan berjihad dengan nafsu kita sendiri kerana syaitan yang selama ini kita persalahkan setiap kali kita malas beribadah,telah dirantai dalam bulan Ramadhan.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa nabi Muhammad s.a.w telah bersabda bermaksud:" Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan." (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Jadi,bila kita fikir-fikir & fikir, dah syaitan dirantai, apa lagi yang mengganggu kita untuk beribadah kan? rebutlah sebelum terlambat.

Lagi satu,saya mengambil ruang ini untuk mempromosi SOLUSI isu 34, khas sempena Ramadhan & Syawal sebagai panduan teori & praktikal bermanfaat untuk kita amalkan di sebulan Ramadhan ini. Sama-samalah kita mepertingkatkan amal ibadah kita, taqarrubkan hati pada-Nya.Moga segala amal kita diberkati dan diterima oleh-Nya.amin.



Semoga Latih tubi kita di sepanjang Bulan Ramadhan (Hafazan Qur'an, solat Terawih, Qiyamullail, sedekah dan sebagainya)dapat menjana iman kita dan dapat kita aplikasikan selepas ini setelah kita lalui saat-saat indah di dalam bulan Ramadhan.amin.

Doaku buat semua sahabatku,semoga kalian sentiasa di dalam redha,rahmat dan kasih sayang Allah. Selamat bermujahadah!

sRikandi_Nurse
Kemaman,Trg.