Wednesday, July 15, 2009

Terima Kasih Guru!!!

Kenapa entry ini ditulis?Bukan hari guru sekarang ni...pelik2...
Alhamdulillah, setiap perkara yang dilakukan dalam hidup ini sentiasa saja mendapat tunjuk ajar. Walau siapa pun yang memberi ilmu, dia adalah guru kita. Terima kasih kepada semua yang pernah menjadi guruku! Hatta mak cik cleaner yang sering tersenyum & menyapaku waktu hendak ke kelas. Mak cik mengajar saya erti pengorbanan seorang ibu yang tidak pernah mengira penat dan lelah. Terima kasih jua untuk adik bongsu yang sering mengajarku supaya sentiasa bersemangat untuk belajar dan bermain. Terima kasih guruku, adik!

*Sebenarnya ungkapan terima kasih ini sangat manis. Sebab tu, Islam ajar kita supaya berterima kasih kepada sesiapa saja yang berbakti kepada kita. Walaupun orang itu lebih muda dari kita, lebih miskin dari kita. Itulah jua tanda syukur kita kepada Allah. Terima kasih ya Allah, kerana sehingga saat ini masih ramai yang sudi memberi tunjuk ajar. Wallahua'alam.

No comments:

Post a Comment