Monday, February 15, 2010

Ulangtahun ke 61 syahidnya Hasan Al-Banna (12 Feb)

Salam.Buat semua umat Islam..ingat tarikh ini, tarikh syahidnya Imam Hasan Al-Banna (12 Februari 1949)
Sedikit perkongsian dari Ustaz Halim.Semoga memberi manfaat kepada kita semua.

Pada hari ini 12.2.2010, genap 61 tahun syahidnya Imam Hasan Al-Banna, pengasas jemaah Ikhwan Muslimin, sebuah organisasi Islam paling berpengaruh di dunia pada hari ini. Ketika dibunuh beliau berumur semuda 43 tahun , namun asas Fikrah dan Manhaj perjuangan Islam yang beliau asaskan berjaya mengumpul 3-4 juta rakyat Mesir ketika itu dan hingga ke hari ini terus tertanam kukuh dan berkembang pesat mengharungi cabaran sepanjang zaman dan mengatasi brbagai tentangan Kini gerakan Ikhwan Muslimin terdapat dalam lebih dari 100 buah negara di dunia, menyumbang bakti kepada umat Islam dengan penuh kasih sayang disamping ia tegas dan penuh berani mempertahankan umat dari serangan-serangan sengit musuh Islam diberbagai aspek budaya sosial, ekonomi, politik maupun ketenteraan..








Foto Imam Hasan Al-Banna yang terakhir ketika mengimamkan solat Maghrib di markaz pertubuhan Syubban Muslimin, Jalan Ramses, Kaherah. Ketika itu kesemua anggota Ikhwan Muslimin yang berpengaruh telah dipenjarakan, kecuali beliau seorang kerana dia menjadi sasaran untuk dibunuh. Ketika beliau keluar dari markaz ini, beliau ditembak di tepi Jaan Ramses dan meninggal dunia syahid di Hospital Qasr Aini, Kaherah lantaran arahan pihak atasan agar beliau dibiar bersendirian tanpa rawatan sehingga menghembuskan nafas terakhir

Diantara ciri-ciri keistimewaan dakwah Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Imam Hasan Al-Banna ialah :

1.Menanam fikrah atau kefahaman Islam yang sahih bersumberkan ilmu dari Al-Quran dan As-Sunnah. Tarbiyah adalah perkara yang terpenting dalam dakwah Ikhwan Muslimin. Dengan ini jalan Dakwahnya jelas, landasannya terang dari awal hingga ke akhir, anggotanya berkualiti dan teguh, sukar untuk menyimpang dari agenda Islam sendiri yang sahih hingga terpaksa mengikut agenda-agenda pihak lain.

2.Syumul dakwah Ikhwan Muslimin sama seperti syumulnya Islam itu sendiri, tidak mengabaikan mana-mana aspek pun samada diaspek ruh, jasad maupun aqal. Dakwahnya juga menggarap semua aspek dan aktiviti ilmiah, riadhah, ekonomi, ikatan ruhani, kebajikan, politik, organisasi dan sebagainya.

3.Dakwah yang berpijak dialam nyata, menggunakan segala wasilah (cara) terkini dalam menyampaikan Islam yang sahih kepada masyarakat, menekankan pembinaan ilmu dan akhlak ahli, mengutamakan kerja yang praktikal lagi produktif berbanding teori dan perdebatan, kesatuan berbanding perpecahan dalam menggembeling tenaga ummah berhadapan dengan cabaran manusia dan zaman.

4.Pergerakan dan fasa Dakwahnya sentiasa serasi dengan Sunnah Allah swt terhadap perjalanan alam dan penciptaanNya. Oleh kerana itu usaha Dakwah ini dibuat sangat bersungguh-sungguh tetapi meyakini perubahan di dalam masyarakat yang akan berlaku adalah dengan beransur-ansur, tidak memilih corak keganasan atau mengangkat senjata, tetapi menumpu kearah mendidik jiwa dan menanam keyakinan kedalam hati dan akal orang ramai sehingga jelas kepada mereka akan Islam dan tuntutannya ke atas mereka untuk turut beramal dan memperjuangkannya. Matlamat Islam zaman kini dicapai bukan sekadar berjaya mencari laluan ke Parlimen semata-mata seperti yang difahami ramai pejuang nasionalis maupun islamis, bahkan ia lebih besar dari itu iaitu dengan membina generasi baru Islam yang memiliki keperibadian Islam sejati, membina keluarga Islam yang kukuh, membentuk masyarakat Islam yang peka dan bersedia memikul tanggungjawab menyebarkan Dakwah ke seluruh alam. Mereka inilah yang memilih, melahir dan merealisasikan Kerajaan Islam dan Negara Islam yang dicita-cita oleh Islam.




Isu Nasionalisme & semangat cintakan bangsa :

Fikrah Islam yang dibawa Hasan Al-Banna juga mampu meletakkan semangat bangsa dan cinta tanahair ke landasannya yang sebenar. “Wahai Ikhwan sekelian. Sungguh ini merupakan nikmat yang besar dan kegembiraan yang melebihi kata-kata dan keterangan apabila Ikhwan berhimpun dan berkasih sayang di jalan Allah taala, datang dari berbagai negeri, tempat-tempat yang berjauhan, berhimpun di tempat yang satu. Bukan ikatan saudara mara, kaum kerabat, keturunan, hubungan perkahwinan, kepentingan kebendaan atau keduniaan yang menghimpunkan mereka.

Akan tetapi yang menghimpunkan ialah kasih sayang dijalan Allah, bertemu keranaNya, bekerja untukNya. Terimalah khabar gembira wahai Ikhwah Akhawat dimana saya berharap kita termasuk mereka yang menyambut seruan Allah hari dimana Dia menyeru “Dimanakah mereka yang berkasih sayang keranaKu, dimanakah mereka yang saling ziarah menziarah keranaKu, dimanakah mereka yang duduk bersama keranaKu ? Pada hari ini Aku menaungi mereka dengan keagunganKu iaitu hari yang tiada sebarang naungan selain naunganKu”. Sungguh kamu telah menerima undangan, segera datang, berhimpun di perhimpunan yang meriah ini, tatkala kita melihat banyak perhimpunan-perhimpunan lain berlaku kemudian ia habis begitu sahaja, diulangi berulang kali namun ia tetap tidak membuahkan apa-apa lantaran berlakunya perpecahan hati dan terdapat perbezaan hawa dan selera.

Adapun perhimpunan ini, ia mengesahkan kesatuan hati-hati kamu, pertautan ruh-ruh kamu, keteguhan ikatan kamu. Mudah-mudahan Allah menjaga dan menjadikannya ikhlas demi mencari wajah dan keredhaanNya”. [Hasan Al-Banna 11 Zulhijjah 1353H]

~sRikandi Mumarridhoh~
Baiti Jannati
Kemaman,Trg.

JOM Sertai Seminar Hafaz is Easy!

Ingin Mengahafal Al-Qur'an tetapi tidak tahu bagaimana caranya???
Ingin mendidik anak-anak menghafal Al-Qur'an tetapi buntu mencari sekolah untuk menghafal Al-Qur'an???
Ingin mengetahui bagaimana menghafal Al-Qur'an dengan mudah???

Kami ada cara.....Mari sertai seminar HAFAZ IS EASY kali kedua...
















Seminar Hafaz is Easy kembali lagi. Mari sertai beramai-ramai kerana seminar ini akan memberi pendedahan kepada adik-adik tentang tips-tips untuk menghafal Al-Qur'an. Bagaimana menanam minat untuk menghafal Al-Qur'an dan berkongsi pengalaman menghafal Al-Qur'an bersama bekas pelajar Imtiaz. Butiran program adalah seperti berikut:

Tempat: Dewan Masjid Kuala Berang
Tarikh: 27 Februari 2010 (sabtu)
Masa: 8pg-5ptg
Yuran:RM 25 sahaja.
Tempat pendaftaran: Pejabat Sekolah Menengah Agama Imtiaz, Kuala Berang.

Segala pertanyaan boleh diajukan:
Encik Syazwan: 0136281243
Cik Aini: 0132775933













Semoga usaha kita diberkati Allah.ameen.

~sRikandi Mumarridhoh~
Baiti Jannati
Kemaman, Trg.

Tuesday, January 26, 2010

Anjakan Paradigma Huffaz Al-Qur'an














Assalamualaikum kepada pembaca semua. Artikel ini adalah sebahagian nasihat Ustaz Hasrizal buat para huffaz Al-Qur'an. Saya petik pengalaman ustaz ini untuk dikongsikan bersama sahabat-sahabat sekalian. Kata-kata ini telah dirakamkan oleh ustaz Hasrizal semasa menghadiri Bengkel Tinta Da'ie pada 16 Januari 2010 di Darul Qur'an baru-baru ini.Sesungguhnya kata-kata nasihat ustaz sangat bermakna buat diri saya. Walaupun telah menjejakkan kaki ke UIAM kampus Kuantan, namun proses menghafaz dan "menghadam" kalamullah ini WAJIB diteruskan. Inilah projek dengan Allah seumur hidup. Semoga kita semua terus tekun berusaha & bermujahadah demi menjadi Huffaz Teknokrat yang cemerlang di dunia & akhirat. AmeenyaRabb.

“Sungguh merisaukan apabila ada huffaz yang tidak tahu hendak ke mana” saya meluahkan pandangan.

“Itu sering berlaku, ustaz. Perasaan itulah yang banyak membelenggu pelajar semester akhir” jawab salah seorang sahabat.

Beliau turut gusar dengan perkara yang sama di kalangan rakannya.


Sudah lama saya menanti peluang ini.

Peluang untuk berwacana bersama pada Huffaz al-Quran.

Kelompok insan terpilih yang berpotensi tinggi, tetapi sebahagiannya dibelenggu oleh batasan-batasan yang dibina oleh persepsi massa.
















MEMINJAM CERMIN TURKI
Sebagai perbandingan, jika dilihat ke sebuah negara yang kaya dengan huffaz seperti Turki, di negara itu tidak ada sesiapa yang digelar sebagai al-hafiz. Menjadi seorang hafiz atau hafizah bukanlah sesuatu yang dianggap pencapaian dengan status sosial, tetapi ia hanya melunaskan satu tuntutan sebagai seorang Muslim. Justeru, mindset setiap pelajar yang menghafal al-Quran bukan untuk membawa hafazannya sebagai satu aset kerjaya. Menjadi hafiz bererti telah memiliki sesuatu yang sangat besar untuk diri sendiri, tetapi belum mempunyai apa-apa untuk orang lain. Oleh itu, mereka menjadikan hafazan itu sebagai bekalan untuk meneruskan lagi proses pembelajaran. Dengan pemikiran seperti itu, saya melihat sendiri betapa sejumlah besar mahasiswa dan mahasiswi di Ilahiyat Fakultesi adalah terdiri daripada hafiz dan hafizah. Ia menjadi satu kredit besar buat mereka semasa melunaskan pengajian di peringkat universiti.

“Kamu sudah khatam al-Quran?” itu soalan yang sering ditanya di dalam masyarakat kita.

Terutamanya kepada anak gadis sebelum naik pelamin.

Tetapi di Turki jarang sekali kedengaran orang bertanya demikian.

Lazimnya mereka akan bertanya, “kamu sudah menghafal al-Quran?”









Suasana Kuran Kursu di Turki tempat anak-anak tempatan belajar dan seterusnya menghafal al-Quran. Kasual!


PROSES YANG MELENGKAPI

Saya kongsikan diskusi berkenaan dengan hal ini bersama pelajar Darul Quran, agar mereka meletakkan satu azam untuk tidak mudah berpuas hati hanya dengan selesai menghafal al-Quran dan memperolehi Sijil atau Diploma yang ditawarkan, sebaliknya hendaklah disambung lagi dengan peringkat pengajian yang lebih tinggi, hingga sekurang-kurangnya berjaya memperolehi ijazah di dalam mana-mana cabang bidang Pengajian Islam, sebelum benar-benar boleh berperanan dengan baik menanggung kepimpinan Islam di dalam masyarakat.

Begitu juga dengan program pensijilan yang meletakkan sasaran program untuk melahirkan hafiz dan hafizah, yang kemudiannya disalurkan mengambil jurusan profesional (bukan Syariah), sebagai acuan melahirkan golongan Profesional Muslim, atau Profesional yang hafiz! Saya merasakan seperti ada unsur simplistik dalam meletakkan formula sedemikian rupa. Seorang jurutera yang menghafal al-Quran adalah satu kelebihan yang besar pada dirinya untuk menjadi seorang Muslim Profesional atau Profesional Muslim, asalkan hafazan itu dimasak dengan latihan formal atau tidak formal di dalam cabang-cabang disiplin Pengajian Islam yang kita sedia maklum. Tetapi untuk sekadar memiliki 30 juzuk hafalan di dalam diri, dan kemudian beralih pula ke bidang perubatan dan kejuruteraan untuk melahirkan tokoh-tokoh yang berinspirasikan al-Khawarizmi dan yang seumpama dengannya, ia kedengaran seperti satu retorik.

PROAKTIF









Sebahagian Huffaz yang menjadi tulang belakang di sebalik penganjuran Bengkel Tinta Da’ie baru-baru ini

Justeru, kepada para hafiz dan hafizah itu sendirilah tanggungjawab bagi mereka bertindak secara proaktif dengan tidak membataskan diri kepada persepsi-persepsi itu tadi. Mereka harus mencabar diri untuk pergi lebih jauh. Jangan tunduk kepada demand yang hanya menghendaki kalian mengimamkan Tarawih. Itu besar, tetapi ada yang lebih besar menanti!

Kuasai ilmu-ilmu alat di dalam Pengajian Islam.

Kuasai juga Bahasa Arab dengan sebaiknya.

Itu jika jalan yang dipilih adalah pada mahu menjadi seorang agamawan.

Lebih cantik jika dapat dilengkapkan dengan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu, serta kemahiran-kemahiran lain seperti ICT, pengurusan, komunikasi dan lain-lain keperluan dakwah.

Ada pun jika para huffaz mahu meneruskan pengajian di dalam bidang akademik bukan Pengajian Islam seperti kejuruteraan dan perubatan, teruskan cita-cita yang amat bermakna itu. Namun perlu ada kesediaan di minda bahawa hafazan yang telah berjaya diperolehi, masih merupakan bahan separuh masak yang perlu dicanai lagi dengan pelbagai ilmu berkaitan Syariah. Justeru di celah-celah pengajian di universiti di bidang masing-masing, carilah ruang dan peluang untuk meneruskan pembelajaran di bidang agama.

Sesungguhnya saya sangat kagum dengan disiplin dan potensi yang dilihat selama saya berada bersama para huffaz di Darul Quran. Apa yang perlu diberikan secara konsisten adalah semangat untuk mereka terus berjiwa besar dan membawa al-Quran ke massa dengan segala ruang dakwah yang menanti.

“Dan dia (Yaaqub) berkata lagi: “Wahai anak-anakku! janganlah kamu masuk (ke bandar Mesir) dari sebuah pintu sahaja, tetapi masuklah dari beberapa buah pintu yang berlainan. Dan aku (dengan nasihatku ini), tidak dapat menyelamatkan kamu dari sesuatu takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Kuasa menetapkan sesuatu itu hanya tertentu bagi Allah. Kepada-Nyalah aku berserah diri, dan kepada-Nyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri” [Yusuf 12: 67]

Selamat maju jaya saya ucapkan kepada para huffaz al-Quran di mana sahaja mereka berada.

Semoga jiwamu sebesar al-Quran yang telah mengisi hatimu.

Terima Kasih ustaz Hasrizal=)

Dipetik dari:www.saifulislam.blogspot.com

sRikandiMumarridhoh
JHC

Muhasabah-Anak tak Kenang Budi!



Kassim (dua dari kiri) bersama Fatimah (kiri) dan ahli keluarga berbincang dengan peguam mereka di Mahkamah Tinggi Syariah, Seremban.

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan seorang pensyarah universiti yang berkelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) dan suaminya memberi nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat. Hakim Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim, juga memerintahkan Raja Suzana Kassim, 39, dan suaminya, Zulazli Hashim, 43, memenuhi lima tuntutan lain yang difailkan Kassim Othman, 74, dan isterinya, Fatimah Salleh, 66, iaitu membenarkan mereka sepanjang hayat tinggal di sebuah rumah di Kampung Jiboi Baru, Ampangan.
Mahkamah turut memerintahkan pasangan warga emas itu diberi kebebasan bergerak dan melakukan aktiviti dalam rumah itu serta kawasan persekitaran; diberi kebebasan dilawati anak lain pada bila-bila masa sepanjang hayat; menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta membiayai mereka mengerjakan haji. “Saya juga memerintahkan defendan pertama membayar nafkah RM500 sebulan, iaitu RM250 kepada plaintif pertama (Kassim) untuk membayar bil utiliti dan kos penyelenggaraan kawasan rumah serta RM250 kepada plaintif kedua (Fatimah) untuk kos perbelanjaan harian pada setiap akhir bulan sepanjang hayat mereka.
“Saya fikir bayaran nafkah itu mencukupi untuk pasangan warga emas seperti mereka kerana anak lain juga perlu bertanggungjawab menanggung mereka.

Perintah ini berkuat kuasa serta-merta,” katanya dalam penghakiman ringkas kes itu.
Bagaimanapun, hanya Zulazli hadir ketika hakim membacakan keputusan itu. Raja Suzana, anak kelima daripada lapan beradik tidak hadir kerana mahkamah diberitahu peguamnya,

Norzaini Nordin , bahawa anak guamnya terpaksa mengendalikan peperiksaan akhir semester penuntutnya.
Pada April 2007, Kassim dan Fatimah yang diwakili Haniff Hassan , memfailkan enam tuntutan termasuk nafkah sepanjang hayat daripada anak perempuan dan menantunya kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya itu.
Pada 1993, Raja Suzana serta Zulazli mendirikan rumah tangga dan pada 2002, Kassim memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu.

Pengajaran-pengajaran yang boleh diambil dari peristiwa ini ialah :

1.Pentingnya ibu bapa mendidik anak-anak dengan Islam sehingga lahir kasih sayang kerana Allah dan perasaan tanggungjawab diantara mereka.
2.Penting ibu bapa memadankan anak-anak mereka dengan pasangan-pasangan yang beragama yang turut menghormati mertua disamping menghormati ibu bapa mereka sendiri.
3.Setiap dosa di dalam Islam boleh dianggap jenayah oleh Mahkamah Syariah. Ini termasuk menghalau ibu bapa keluar dari tempat kediaman mereka tanpa pembelaan.
4.Dokumen dan penama pemilikan rumah, tanah atau apa sahaja hartanah adalah suatu yang penting disimpan. Jangan mudah menukar nama pemilikan tanpa sebarang jaminan ketaqwaan dan hitam putih.
5.Sebarang permasalahan keluarga yang tidak boleh diselesaikan sesama sendiri boleh dirujuk ke Mahkamah Syariah.
6.Penting seseorang mengatur kehidupan mereka termasuk mengatur budget perbelanjaan bulanan. Jika gagal mengaturnya dengan baik, gaji ribuan ringgit sebulan pun tidak akan mencukupi bukan sahaja untuk memberi sumbangan kepada ibu bapa yang telah tua, tetapi juga untuk diri dan keluarga sendiri.
7.Kejayaan dalam pelajaran adalah satu perkara. Namun kejayaan dalam berbakti kepada ibu bapa dan masyarakat adalah suatu perkara yang lain pula.
8.Mendapat gaji adalah suatu perkara. Namun mendapat wang yang berkat adalah suatu perkara yang lain. Rezeki yang diberkati Allah melahirkan taqwa kepada insan, puas (qanaah) dengan apa yang ada disamping memberi dorongan kepada seseorang untuk terus menambah usaha demi berbakti kepada umat dan Agama.
9.Pasangan yang baik di dalam perkahwinan ialah pasangan yang sering mengingatkan kita akan tanggungjawab kita terhadap keluarga dan sanak saudara.
10.Sebaik-baik perhiasan di dunia ialah Isteri yang Solehah. Sebaik-baik peninggalan di dunia ialah Anak Yang Soleh. Lihatlah, kesemuanya ialah harta insan atau manusia, bukan banglo yang tersergam, kereta mewah yang meluncur dan wang ringgit yang melimpah ruah.
11.Allah swt Maha Penerima Taubah (At-Tawwab). Setiap anak Adam melakukan kesalahan. Sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang yanag bertaubat, tidak kembali kepada perbuatan salahnya, membaiki dan mempertingkatkan dirinya menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa.

Firman Allah yang maksudnya: -
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya)dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah),kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

Bandingkan dengan cerpen Islam...Intan
Dipetik dr:www.inijalanku.wordpress.com

Monday, January 4, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah!



Hari ini(17 November 2008), mencatatkan satu sejarah dalam hidup saya kerana saya telah bergelar sebagai jururawat@ nurse, biarpun ibarat ‘bayi yang baru merangkak’ dalam dunia jururawat, tetapi sehari berada di wad memberi kesan yang cukup mendalam pada diri saya dan sahabat2. Tepat jam 645 pagi kami sampai hadapan pintu pagar Hospital Tengku Ampuan Afzan(HTAA) Kuantan, Pahang. Perasaan berdebar dan takut bercampur, tapi semangat pun ade jugak. Entahlah,xdpt nak diceritakan perasaan kami waktu tu. Masing-masing berfikir dan mungkin cuba membayangkan suasana di dalam wad nanti. Tugasan bermula sebaik kami melangkah ke dalam wad yang telah ditetapkan. Saya tiba awal sedikit daripada sahabat satu shift yang lain. Lagi selangkah nak masuk dalam ward(Surgical Female,4c), tapi xjd, undur balik sebab tiba2 je rase macam xcukup kekuatan nak melangkah ke dalam wad tu. Tunggu jela diorang. Lagipun hari pertama, pelajar nurse UIA perlu melapor diri kepada ‘sister in charge’ wad tersebut sebelum memulakan tugas.

Masuk je dalam ward, kami terus diminta menyertai ‘passing report’ yang diberikan oleh staff nurse bertugas. Ape lagi, tercenganglah kami di situ. Daripada semua yang staff nurse tu cakap, 20 % je kot sy dapat tangkap, tu pun byk y belajar dr discussion dalam PBL dan dalam kelas anat & physio.Xpelah yang penting tetapkan niat tuk belajar n xmalu bertanya. Itulah pesanan lecturer kesayangan kami, Br. Khairul. Selesai je, teruslah kitorang wat basic procedure yang kami dah belajar dalam kelas Nursing.Antaranya, bed making dan taking vital sign(BP,Pulse Rate, Temperature,Respiration Rate) InshaAllah bolehlah buat walaupun dalam praktikal exam(osce) aritu buat suka hati je.Yes,Practice make perfect! -Dr. Azlina- Nk share cketlah peranan nurse dalam menentukan kesihatan patient ni.Walaupun kite nampak cam remeh je keja nurse ni..Ala,ambik temperature ngn BP,bukannya susah pun.. Tapi sebenarnya daripada nursing record tulah, dr decide action n medicine tuk patient. Cth: Daripada BP, kalo patient tu hypertension, tp nurse clap record,ckp patient normal,huru-hara lah jwbnye.Dr akan tnye nurse balik…gitulah. Tp tu cket jelah,byk sgt2 kalo nk cite peranan nurse ni tuk patient.leh muat jd satu novel… Pastu kami berta’aruf lah dgn student dari kolej lain cam KKM, Winfield, ShahPutra & Kolej Islam Sains & Teknologi(KIST)-same cm nm sek lame..he2.
Almaklumlah,nurse br belajar…Diorang sangat bagus, suka kongsi ilmu dan baik hati. Banyak ilmu yang dapat dari diorang walaupun br sehari kenal.Hebat ukhuwwah kami!!



Keja seterusnya, sahabat baru sy, Ina, ajak buat procedure mandikan patient atas katil(sponging).oklah,senang je, dah byk kali dah tengok kat clinical lab sblm ni. Siap buat dh dlm lab. Timbul masalah lagi, kat cni xcukup brg pulak… xpelah,naseb baek ingat pesanan Br Said “As a professional nurse, you have to think critically, not depend only on books n what u’ve learnt in theory” Gune jelah ape yang ade kat ctu. Dah siapkan semua alat-alatnya,n siap pakai glove n gown semua, ‘operasi’ pun bermula..Ina bertindak pantas menutup langsir dan meminta izin dengan saudara pesakit tu untuk bersihkan badan ibunya. Mula2 ok cam biase jelah. Tibe2, mase nak angkat pesakit tu, terdapat kudis tekanan yang sangat besar dan bernanah di belakang badan nenek tersebut. “Ya Allah, nk wat camane ni Ina? Sy xbelajar lagi nak bersihkan pressure ulcer,lagipun byk sgt ni..” Aduh, kesiannya nenek ni.Mesti perit dia menahan sakit. Rase je macam nak tolong bersihkan,tapi sbb xreti nak wat camane.So, xbuatlah.“Xpelah shikin.kita bersihkan badan dia dulu, nanti sy bersihkan n tukar cotton mase dressing ngn Nurul japg.” Oklah,teruskan je ambik sabun.Baru je nk basahkan badan nenek ni….
Tiba-tiba je dktr yang on duty pg tu masuk melalui celah langsir tu.. “Kamu wat sponging ke?” Ish..Dr ni xbg salam pun…cepat-cepat kami cover badan nenek tu dengan drawsheet, capai jelah ape y ade kat ctu. “Ye…” Ina jwb dgn confident. “Buat palpate dl” Arah dktr tu. Sy jd observer je lah,mmg dh belajar palpate, tp order dr tu general sgt, nk palpate ape? Cakaplah specific cket.tp dlm hati jelah…apelah dktr ni..Ina y berani n tegas terus bertanya. Rupanya dktr tu nk taw physical examination sec general je..La..itu jelah,pastu tnye nutrition patient camne. Pastu dktr tu suh angkat nk tgk blkg badan patient sbb kat record tu stated patient ade sacrum sore.Kitorang pun angkatlah…Ape lagi,bau y tajam menusuk hidung lagi sekali lah. Dktr tu pulak pegi lari. “Kalo dah bukak,pggl sy kat sane” “Aisey..Dr ni nk gi mane pulak,bukannye lame pun nk bukak bnd ni 3saat je,die xsanggup nk pgg ke?” Ina membebel Bknnye sentuh ulcer tu pun,kitorg y pgg time tu.Sy syp je,sengih je kat Ina. Rase kesian sgt2 kat nenek ni. Dr ni hilang plak dah.Sakit lah nenek ni duk camtu lame2.Last2, dr dtg tgk ceggitu je…record cket dan pergi. Aduh..mudahnye tugasmu wahai doktor.rekod je tanpa memikirkan sebarang ‘goal’ tuk patient.So,sape yang nk kena treat pressure ulcer ni?Of courselah nurse! Xpelah,sy xkisah je tp cam terkilan jugaklah dgn sikap dr tu.mgkn dia nk g observe patient lain y lg teruk kot.Husnu dzon (Basic of ukhuwwah)-mcm y sll dipesan oleh Ustaz Zamri mase kat DQ.


~Nurse mesti sentiasa senyum walaupun penat~

Selesai mandikan nenek tu, kami kemaskan brg2 yang digunakan dan bersiap tuk tugasan seterusnya. Yang lagi mencabar…Mencabar iman, banyaknye mesin kat cni. Patient y dependent pd mesin 100%, y sgt nazak…sgt menyentuh hati n insaf sbb sy menonton sendiri bagaimana saat nenek tersebut melalui keadaan koma,antara hidup dan mati..Suaminya tetap setia menanti di sisi. MashaAllah,suasana yang membunuh jiwa seorang anak. Terbayang nenek di rumah Pak Teh. Terbayang wajah mak dan ayah. Sepatutnya pelajar 1st year tidak dibenarkan melakukan ape2 procedure terhadap patient y acute, tp disebabkan kami mendapat arahan staff nurse dan kami langsung tidak pandai menolak, kami pun buat jelah, doa sgt2 xde pape y berlaku.Moga dipelihara Allah dr ape2 infection n benda2 bahaya y lain. Maklumlah, melakukan procedure berdekatan dengan mesin tuk resuscitation dan mesin lain yang kita sendiri tak berapa pasti tahap ‘kebahayaan’ mesin tu terhadap kita.Inni tawakkaltu a’laAllah.


Banyak jugalah procedure yang diulang berkali-kali dalam ward,namun kami xjemu sebab setiap patient ni, kerenah mereka berbeza-beza. Kerenah mereka tu hiburan buat kami di samping kena marah dengan stf ns, jadikan diri kami lagi semangat untuk bekerja membantu pt. Sampai sekarang sy masih berfikir n mencari jawapan, kenapa stf nus sll masam muka n marah2 pt., sedangkan dia y tahu y dia sedang mengendalikan kesihatan makhluk Allah.Kami y sll dimarahi ini adalah orang yang berusaha keras untuk membantu n meringankan beban mereka tanpa mengharapkan ape2 balasan walau cket pun. Ape salahnya jika berkongsi ilmu dan kami akan sedia berkhidmat bila2 masa sahaja. Tak tahulah siapa yang dapat jwb soalan ni. Tp, satu ayat y terkeluar dari mulut stf ns menyebabkan sy fhm sedikit kenapa mereka bersikap sedemikian.. “Ala,awak nurse ijazah, dah grad nanti, bukannya nak buat keja2 mcm ni.siapa yang sanggup nk tahan ngan kerenah pt hari2…” MashaAllah,terkedu sy dgr stf ns tu ckp bgtu. Benarlah kata mak sy sblm dia berangkat ke Mekah hari tu, “Keikhlasan kita menggambarkan akhlak kita. Apa y kita buat,biar pun sikit, tapi dgn keikhlasan akan membawa keberkatan dalam hidup kita..Tapi ikhlas tu susah,org y betul2 berusaha ke arah tu shj y dapat mencapai ketenangan & kebahagiaan dalam hidupnya. Dia je yang dpt rase kemanisan ikhlass tu.”

Sekarang kita boleh nampak..apa y berlaku dalam hidup kita kdg2 xdapat kita terima. Kita xsuka jd nurse,tp kita kena jd nurse jgk. Kenape?? Mgkin dgn pengalaman sbg nurse ni boleh memberi manfaat tuk hidup kita akan datang atau mgkin dgn amalan kita tlg pt. sokmo2 n SABAR dgn dr n stf ns,boleh membawa kita ke syurga n menghapuskan dosa kita y sebelum ni.Mudah-mudahan…Ameen.Semuanya adalah perancangan Allah y Maha Hebat,usah kita pertikaikan.

Byk kes yang kami saksikan dalam wad hanya untuk hari yang pertama. Oleh kerana wad tempat sy bertugas ni adalah wad surgical female(pembedahan perempuan), jd semua pt y masuk dalam wad ni adalah pt y akan n br lepas menjalani pembedahan. Penghantaran pt ke tempat x-ray,OT room,scope room adalah benda yang biasa-sgt sesuai untuk sy y mmg suka berjln.Untuk hari pertama sahaja,kami menghantar 2org pt y akan menjalani pembedahan,even waktu tu kami dah habis shift.

Satu kes yang sy handle sepanjang berada di wad Tanjung 4c ni adalah kes seorang makcik y menghidap penyakit thyroid(leher). Selepas menjalani pembedahan, nurse akan buangkan tabung yang berisi cecair berwarna coklat yang dipasang sebelum operation. Tapi, makcik tersebut enggan membuang tabung tersebut kerana takut. Nurse akan gunting besi yang menyambungkan lehernya dengan tabung tersebut.Nurse yang melakukan dressing di bahagian leher makcik tersebut mengajak sy untuk membantunya. Dengan perasaan gembira sy menolongnya. Tolong bagi sokongan kat makcik tu.Alhamdulillah,semuanya ok.Sebelum discharge, sy sempat berbual dgn makcik tersebut. Makcik tersebut seronok bercerita ttg anak-anaknya. Alhamdulillah sepanjang makcik tu berada di wad, dia sentiasa ditemani anaknya.Xde mase pun sy tengok dia keseorangan. Anak-anaknya memang sentiasa di sisinya,mereka bergilir-gilir menemani ibu mereka. Beginilah sifat anak yang solehah. Setelah lame bercerita,akhirnya dia bertanya: “Adik ni belajar kat mane ye?” Sy jwb“Kat UIA” “Memang nak ambik bidang jururawatlah ye?” Ya Allah.. Sy xde jwpn tuk soalan ni..sy jwb: “Tak.sy nk ambik bidang agama,nk pg belajar kat Mesir, nk jd ustazah.” Makcik pun kata “Owh,mcm tu…Kenapa?xminat ye? Habis tu dah jd nurse ni,bolehlah kan?” Aduh..susahnya soalan dia. “Tak tahulah makcik.InshaAllah boleh.” Muka makcik tu seolah-olah mcm xberpuas hati dgn jwpn sy. Untuk memuaskan hati makcik tu,sy ceritalah sikit perjalanan sy sebelum belajar di UIA Kuantan. Akhirnya makcik tu berpesan kepada sy:
“Adik dah dpt sbhgian y adik impikan dalam hidup adik.Adik xperlu menyesal dgn apa y telah terjadi. Allah dah penuhkan sebahagian dan sebahagian yang lain,Allah telah tetapkan y terbaik untuk adik. Adik xperlu risau sbb mmg telah Allah letak adik untuk jd nurse.Walaupun adik xnak jd nurse, tp Allah nak adik jd nurse.Kita xtahu sbb skrg kita xnampak. Mgkin ia sgt berguna bila mak ayah @ nenek adik sakit..Betul x?” “Hmm…..” sambil anggukkan kepala.Hanya itu sj y mampu menjawab soalan makcik… Sambil dalam hati mengingati pesanan ustaz Nor Azman semasa ta’limnya di matrik: “Keredhaan kita terhadap apa y Allah tetapkan adalah tanda kesyukuran kita kepada-Nya.Maka redha dan bersabarlah agar kita menjadi hamba-Nya y bersyukur”

Panggilan stff nurse mematikan perbualan kami: “Dik,hantarkan makanan ni kat pt.” Lepas hantar kat semua pt, sy gi kat makcik tu lagi. Tak tahulah kenapa,rase cukup sayang nk lepaskan makcik tu pergi.Lagi 15minit dia akan discharge.Sanggup xrehat sbb takut xjumpe dah makcik ni pahni. Tapi,akhirnya rehat jugak sbb dah xde keja n xthu nak bagi alasan apa menolak ajakan ezah n mimi. Ya Allah,sedihnya.harap sempat jumpe lagi.

Akhirnya,nak ditakdirkan Allah,selepas makan,kami bertembung dgn makcik td y dalam perjalanan nak pergi mengambil ubat di klinik bersebelahan dgn wad. Makcik tersebut minta sy tunjukkan tempat untuk mengambil ubat.Mimi n Ezah pg dulu dan sy mmg berhajat sgt nk jumpe mkcik tu sblm dia balik. Selepas selesai semua urusan,sy bersalam dgn makcik… “Mintak mf byk2 makcik.Terima kasih atas nachat makcik.Doakan sy ye..Makcik datanglah cni lg kalau ade masalah lepas ni,sy ade je kat cni,boleh bantu makcik.” “Oklah,terima kasih ye dik. Doakan jg makcik cepat chat ye..Keja baik-baik dik.”



Itulah kisah hari pertama menjadi nurse.InshaAllah apa yang baik adalah untuk manfaat bersama dan apa yang kurang adalah utuk pengajaran kita bersama. Akhirnya sy bertekad di dalam hati,akan kekal menjadi nurse untuk berkhidmat kepada ummat. Semoga Allah beri kekuatan dan petunjuk kepada kami,kami akan perjuangkan untuk islamickan nursing bknnye ‘modified’kan Islam untuk nursing.Islam is the best way of life!

Sunday, December 27, 2009

Cerita ikhlass....

Salam sejahtera.. Penulis ingin kongsikan sebuah al-kisah tentang ikhlas. Cerita yang diambil dari Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Cerita tentang 3 orang pembuat rumah. Mereka bekerja di bawah panas yang terik, bermandikan peluh dan membanting tulang berusaha menyiapkan rumah yang ingin dibina. Tiba-tiba..... jeng2..
mereka didekati oleh seorang budak lelaki.



Hati ikhlas, jiwa tenang...







Pekerja pertama, didekati dan... Budak lelaki itu memberi salam lalu bertanya.... Bang, tengah buat ape tu? Jawab pekerja tersebut:"Xnampak ke apa yang aku tgh buat ni!" "huh, garang betul abang ni.xpe2.tgh bad mood kot.." Lalu budak lelaki tersebut mendekati pekerja kedua,beliau bertanya soalan yang sama.. "tgh buat apa bang?" jawab lelaki tersebut,"Saya tengah sign cek ni.." "Oh, abang ni nampak duit je depan mata dia..." Lalu budak lelaki tersebut beredar kepada pekerja yang ketiga dengan niat ingin bertanya soalan yang sama. Tetapi yang menghairankannya adalah pekerja yang ketiga ini memang nampak sangat ceria dan gembira sedangkan dia melakukan kerja yang sama di bawah panas mentari yang sama dan dengan menggunakan kudrat yang banyak. Lalu, dia memberi salam dan bertanya kepada abang tersebut. "Abang tgh buat ape ni? Nampak gembira semacam je..." Abang itu menjawab, "saya sedang membuat rumah untuk diduduki oleh sebuah keluarga nanti.." "oh,kalau macam tu, kenapa abang senyum je memanjang, seolah-olah abang sedang memikirka sesuatu yang indah..." tanya budak lelaki itu dengan hairan. Lalu lelaki tersebut menjawab"Abang sedang membayangkan rumah ini bakal diduduki oleh sebuah keluarga.Nanti di dapur itu, ibunya akan memasak dengan gembira, suaminya sedang membaca surat khabar di ruang tamu itu dan anak-anak mereka sedang bermain di luar sana.Jika keluarga ini bahagia, abanglah sebahagian dari kebahagiaan keluarga tersebut. Abang rasa sangat bermakna kerana dapat berjasa kepada mereka..."



Alhamdulillah,itulah kehebatan IKHLAS. Ia berada di hati. tak nampak di mata. Kemanisan hanya buat hati yang benar2 merasainya. Cuba kita kaitkan dengan kehidupan kita, sebagai pelajar, anak dan sahabat...Kita belajar dengan IKHLAS ke? Semua orang belajar,Tapi sebenarnay kita belajar untuk apa? itu yang membezakan kita...
Kita menyayangi sahabat kita dengan IKHLAS ke atau apabila nak mintak tolong je, kita ingat nak jumpa dia? Atau kita berkawan apabila dia senang sahaja.Apabila dia susah,kita terus melupakan dia dan mencari orang lain sebagai kawan.IKHLASkah kita? Hanya Allah yang mengetahui hati kita.Semoga bermanfaat untuk semua. Salam perjuangan..

sRikandi Mummarridhoh
JHC

Friday, December 18, 2009

Ma'al Hijrah 1431H!Kita di Takuk Lama?



Detik penting dalam Hijrah. “Ketika mereka dihalau orang-orang kafir, mereka berdua. Ketika mereka berdua di dalam gua. Ketika dia berkata kepada temannya ‘Jangan takut, Allah bersama kita’. Allah menurunkan ketenangan kepada mereka dan tentera yang mereka tidak melihatnya. Allah menjadikan resolusi kafir terbawah. Kalimah Allah teratas. Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana”.
(At-Taubah)


~Foto : Di depan Gua Thaur, di puncak bukit Jabal Thaur. Di sini peralihan (turning point) fasa Dakwah Nabi saw dari dihina kepada keagungan, Islam di tekan kepada Kalimah Kafir terbawah, Kalimah Allah teratas dengan berjayanya Hijrah dan tertubuhnya Negara Islam di Madinah. Allahu Akbar wa liLlahil Hamd !~

Berlakunya Hijrah adalah selepas termeterinya MoU diantara Rasulullah saw mewakili Muhajirin dan 75 orang Ansar mewakili umat Islam di Madinah. Peristiwa Bai’ah Aqabah II penuh rahsia ini berlaku di kawasan dikenali hari ini dengan Masjid Bai’ah. 73 lelaki dan 2 wanita, Nusaibah binti Kaab dan Asmak binti Amru berjanji untuk berdepan dengan Kuasa-kuasa Besar Dunia, Rom dan Parsi, demi mempertahankan Rasulullah saw dan kedaulatan Islam di Madinah. Ganjaran untuk mereka adalah Syurga sahaja tanpa mendapat apa-apa dari habuan dunia. Para Ansar pula khuatir setelah mereka berhempas pulas membantu Nabi saw menang, selepas mengalahkan Quraisy, Nabi saw akan meninggalkan mereka dan pulang ke Mekah, kampung halamannya. Dengan kata lain, mereka sekadar dijadikan batu loncatan cita-cita politik Nabi saw semata-mata untuk sementara waktu. Nabi saw menjawab, “Balid Dam Al-Dam, wal Hadamul Hadam …” (Bahkan kita sama-sama luka dan binasa. Aku memerangi mereka yang memerangi kamu. Aku berdamai dengan sesiapa yang berdamai dengan kamu wahai Ansar!!”. Maknanya hidup mati Nabi saw adalah bersama Ansar. Sepuluh tahun selepas itu, pada Tahun 9H, selepas menawan Mekah, memenangi Perang Hunain dan beroleh harta rampasan yang banyak, Rasulullah saw menghadiahkannya kepada para Muallaf Mekah hingga habis segala ribuan unta, lembu dan kambing sehingga tiada satu pun yang tinggal untuk para Ansar. Dikalangan Ansar berbunyi mengatakan Nabi saw hanya beri orang kampungnya sahaja, dan takda untuk orang Madinah. Nabi saw memanggil orang Ansar dan berkhutbah bermaksud, “Tidakkah kamu dahulu sesat, hari ini Allah beri PetunjukNya?. “Benar ya Rasulullah!”, jawab mereka. “Tidakkah dulu kamu bermusuhan, hari ini kamu semua bersaudara?”. “Benar ya Rasulullah !”, jawab mereka lagi. “Tidakkah kamu suka kabilah lain membawa unta, lembu, kambing dll balik kekampung mereka, sedang kamu wahai Ansar balik ke Madinah membawa aku, rasul Allah !”. Ansar tersedar akan hakikat yang mereka tidak sedari. Nikmat membawa pulang seorang Rasul Allah, pembimbing mereka ke Akhirat dan keredhaanNya lebih besar nilainya dari membawa pulang ribuan unta, lembu dan kambing. Sekelian Ansar menangis di situ juga kerana dunia melupakan mereka hakikat dan nikmat yang lebih besar. Menangis kerana Rasulullah saw melebihkan mereka demi Akhirat mereka. “Kami redha dengan cara pembahagian yang dilakukan oleh Rasulullah saw !!”, kata orang-orang Ansar. Lebih sepuluh tahun lalu mereka dan Rasulullah saw memeterikan Bai’ah Aqabah II, hari itu kedua-dua pihak masih teguh dengan perjanjian tersebut iaitu (1) Ganjaran Syurga dan tiada habuan dunia, dan (2) Nabi saw akan terus tinggal di Madinah dan tidak menjadikan Madinah sebagai batu loncatan sementara semata-mata.


~ Foto : di puncak bukit Jabal Thaur, terletak Gua Thaur, tempat Rasulullah saw dan temannya, Abu Bakar ra. Mendapat teman sejati dalam perjuangan adalah salah satu nikmat dalam hidup.~

Begitulah keikhlasan dan kesucian hati seorang Rasul yang berjuang untuk menyebarkan dakwah Islam semata-mata. Kaum Ansar yang sentiasa setia dengan Rasulullah S.A.W sehingga Islam berjaya sampai di Madinah.Sesungguhnya kita patut menjadikan peristiwa Hijrah ini sebagai peristiwa yang cukup terkesan dalam hati sanubari kita. Bukan kita terus hanyut dan lalai dengan kemewahan dunia mengikut hawa nafsu sendiri. Rasulullah S.A.W telah berjuang habis-habisan untuk Islam. Tiada apa yang tinggal pada baginda. Segalanya dilaburkan untuk dakwah kerana Allah semata-mata.

Di samping semangat jihad yang tinggi, baginda S.A.W turut mengizinkan sahabat tercinta baginda, Abu Bakar As-Siddiq untuk berhijrah. Nabi saw meminta dia tunggu dengan sabdanya bermaksud, “Mudah-mudahan Allah mengadakan bagimu seorang teman (dalam Hijrah)”. Gembira tak terkata, Abu Bakar ra menyiapkan 2 ekor kenderaan Hijrah untuk Rasulullah saw dan dirinya sendiri. Detik bersejarah iaitu Hijrah Rasulullah saw dicipta bersama-sama dengan sahabatnya yang paling setia. Mereka juga bersama berdua di dalam Gua Thaur. Hakikat ini bukan sahaja disahkan oleh sejarah, tetapi direkodkan Allah swt hingga ke Hari Kiamat dengan firmanNya, “… Ketika kedua-dua mereka di dalam gua. Ketika dia berkata kepada temannya, ‘Jangan takut, Allah bersama kita’ “. (At-Taubah) Demikian hakikat perjuangan dan teman iaitu berdua, teman dan kita, bukan berseorang.

Betapa penting nilai seorang sahabat kepada seorang sahabatnya di saat genting seperti ini. Nilai ini ditonjolkan oleh Abu Bakar As-Siddiq terhadap Rasulullah S.A.W. Beliau tidak sedar bahawa pengorbanan beliau menyebabkan beliau dipatuk ular. Apa yang penting..."sahabatku Rasulullah S.A.W ini mesti diselamatkan dari bahaya.."

MashaALLAH.Maha Hebat Allah menjadikan manusia semulia Abu Bakar untuk melindungi kekasih-Nya, Nabi Muhammad S.A.W.Semoga kita dapat menjadikan kisah Hijrah Rasulullah S.A.W ini sebagai qudwah hasanah terbaik dalam hidup kita. Semoga amal kita diterima Allah.Salam Perjuangan! Berhijrahlah wahai sahabat! Berdakwahlah untuk ISLAM tercinta. Salam Perjuangan! Salam MAAL HIJRAH 1431 H!

Sumber: blog Ustaz Halim www.inijalanku.wordpress.com