Thursday, January 13, 2011

Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka


Layari laman web rasmi Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka (KEMM) 1511 untuk maklumat lanjut dan mendaftar sebagai peserta.

Bersama-sama kita menambahkan ilmu pengetahuan tentang sejarah Melayu demi ISLAM yang dicintai!

Maklumat lanjut di laman web rasmi http://kemm1511.net/melaka/

Monday, January 10, 2011

Bengkel AL-FATEH bersama Ustaz Syaa'ri


Assalamua'alaikum warahmatullah.Saya mendoakan sahabat-sahabat sentiasa di dalam rahmat & kasih sayang Allah.

Pada hujung minggu baru-baru ini, pada hari ahad (9 januari 2011), saya merasa sungguh teruja & seronok kerana dapat menyertai bengkel Al-Fateh anjuran SRC Kuantan dengan kerjasama biro dakwah & Tarbiyyah kuliyah-kuliyah di UIAM bersempena Campus Dakwah Project (CAMPRO 2011). Speaker yang dijemput adalah speaker yang sudah tidak asing lagi di hati mahasiwa mahasisiwi UIAM Kuantan iaitu Ustaz Syaa'ri Abdul Rahman.



Benarlah kata orang, tidak rugi kita berada di dalam majlis ilmu walaupun ilmu itu telah banyak kali kita pernah dengar, tetapi kita tetap akan dapat sesuatu dari majlis ilmu tersebut. Kalau pun ilmu yang sama, ada pertambahan maklumat, dapat semangat baru, dapat cas bateri iman dan dapat kenalan baru. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana mendapat peluang untuk menambah ilmu di hujung minggu ini dan dapat saya manfaatkan dengan baik. Beberapa minit sebelum program saya dan sahabat baik saya, Taufikiah sempat mendaftar. Alhamdulillah, ALLAH metaqdirkan kami dapat peluang untuk menyertai bengkel ini bagi meluaskan pengetahuan tentang tokoh hebat Sultan Muhammad Al-Fateh. Alhamdulillah, syukur tak terhingga kami panjatkan kepada-Mu ya RABB.


Bengkel pada pagi itu bermula dengan ceria, dimulakan dengan bacaan doa dari seorang akh kemudian diikuti sedikit tayangan video suntikan pertama oleh Ustaz Syaa'ri.


Malam sebelum itu, Ustaz Syaa'ri telah memberi ceramah tentang buku Stephen R. Covey,
7 Habits of Highly Effective People. Rupa-rupanya bengkel yang kami hadiri pada hari itu juga mengambil pendekatan tentang 7 habits sama sebijik macam yang ustaz dah terangkan pada malam sebelum itu. Cuma dipraktikkan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh bagi membebaskan Kota Konstantinopel dan boleh kita ambil untuk diprkatikkan di dalam kerja-kerja dakwah dan persatuan di UIA. Kira memang rugi besar lah siapa yang tak datang bengkel pada hari ahad tu. (hehe, saje je nak bagi jeles kat orang yan tak datang).


Antara aktiviti yang menyeronokkan kami bersama ustaz dalam bengkel tersebut adalah
3D click to Panorama Istanbul-terasa berada di Istanbul dalam realiti. inshaAllah nak pergi lawati Istanbul suatu hari nanti. Kena masukkan dalam matlamat besar hidup=) Kemudian, kami menyanyikan lagu nasyid tema (lagu gendang Sultan Muhammad Al-Fateh. Aktiviti yang menggegarkan iaitu membina menara Al-fateh trurt menguji kami. Aktiviti memuat kapal terbang terjauh dan terlama di udara serta gaya 7 Habit A.L.F.A.T.E.H. Gayanya sugguh comel. Mesti ustaz dengan Kak Nurul baru je reka..hehe.
~Kak Nurul Syuhada yang sugguh ceria~
~Kumpulan basilika yang mendapat publisiti hebat sepanjang program~
~Kapal terbang terjauh & paling lama di udara,sugguh mengujakan~

Sesugguhnya kenangan ini tidak akan kami lupakan insya-Allah. Terima kasih kepada Ustaz Syaari Abdul Rahman bersama isteri Nurul Shuhada binti Haji Shuib kerana datang dari jauh, berusaha dengan bersungguh-sungguh memerah idea serta berkorban masa dan tenaga datang berprogram bersama kami selama dua hari di UIAM Kuantan. Jutaan terima kasih juga buat semua ajk bengkel Al-Fateh dan CAMPRO kerana mengusahakan program ini. ALLAH jua yang mampu membalas jasa kalian dengan ganjaran yang sewajarnya. inshaALLAH.



Harap lain kali kita boleh ajak Ustaz dan Kak Nurul datang lagi. inshaALLAH. Semoga ilmu ini dapat diamalkan untuk manfaat kita bersama.inshaAllah.

sRikandi_Nurse
IMC,
UIAM Kuantan.

Sumber gambar: FB Ustaz Syaa'ri Abdul Rahman.

Thursday, January 6, 2011

Permulaan yang Baik untuk Perubahan yang Lebih Baik


~Ingat Allah dalam hati. selawat pada Rasulullah setiap hari..inshaAllah jiwa akan tenang~

Assalamua'alaikum warahmatullah..
Kepada semua sahabat dan rakan taulan yang saya kasihi..
Semoga limpah dan rahmat Allah sentiasa bersama kalian.inshaAllah.

Sekian lama tidak mencoret sesuatu, minda seakan buntu untuk berfikir dan mencoret walaupun banyak yang difikirkan bermanfaat untuk dikongsi bersama.

Belum terlambat untuk saya mengucapkan "SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH & UNIVERSITI." Semua adik-adik kita sibuk menyiapkan peralatan baru untuk ke sekolah. Berbezalah kita yang di universiti. Baju sekolah pun takde..=)

Semakin kita meningkat dewasa, sebenarnya semakin banyak apa yang dirasakan penting semasa kita kanak-kanak dulu, dah jadi benda yang tak penting. Dulu, kalau nak buka sekolah, tidak sah kalau tidak beli baju sekolah baru, beg sekolah dan segala peralatan ke sekolah semuanya kita nak baru. tapi bila dah di universiti, kita tidak lagi begitu menghiraukan perkara-perkara itu. Kerana apa sebenarnya?

Kerana TANGGUNGJAWAB kita semakin bertambah. Setiap hari, umur kita semakin bertambah. Baru masuk tahun 2011 ni, bertambahlah lagi setahun umur kita...
tanggungjawab dirasakan semakin banyak dan apa-apa yang dilalui sungguh menguji iman.



Setiap kali kita memasuki tahun baru atau semester baru, mesti kita akan memasang azam baru.Kita mahu apa melakukan yang terbaik dalam apa pun yang kita hadapi sekarang. Saya memetik kata-kata seorang doktor pakar di Hospital Prince Scott. Beliau berkata," Setiap orang akan berazam bila tiba tahun baru atau masuk ke alam yang baru dilalui. Kenapa kita perlu menunggu tahun baru untuk berazam? Kita sememangnya diberi peluang setiap hari untuk berazam dan melakukan yang terbaik dalam hidup kita. Jadi, letaklah azam setiap hari untuk sentiasa berfikiran positif walau dalam apa pun keadaan yang kita hadapi."


~inshaAllah kita mampu lakukan yang terbaik~

Lebih kurang macam tu lah dia cakap. Yang pentng, seronok sangat dengar dia cakap. Rasa bermotivasi. Apa yang saya lihat berlaku di kalangan sahabat-sahabat saya sekarang. Ada yang datang untuk berkongsi, tidak kurang yang memendam seorang diri. namun, naluri hati seorang sahabat dapat merasakan tempias masalah itu. Setiap dari sahabat-sahabat ini diuji dengan pelbagai ujian yang hebat. Ada antara sahabat saya yang kematian ibu kerana kanser payudara. Ada yang diuji dengan ketiadaan duit sehingga terpaksa berlapar dan ada yang diuji dengan masalah hati yang tak berkesudahan. Ada yang diuji dengan masalah dalam keluarga dan seribu satu masalah yang singgah dalam hidup. Banyak sangat ujian yang dihadapi sehingga kadang-kadang kita pun rasa tak mampu untuk hadapi kalau kita yang berada di tempat dia.


~Innallaha Maa'na~

Allah Ta'ala berfirman:

" Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar."
(Al-Baqarah: 155)

Semoga ayat ini dapat menjadi penguat hati kita dalam melalui hari-hari yang mendatang. Kita sememangnya diciptakan untuk berusaha di bumi ini. Dalam usaha untuk menjadi hamba yang bertakqwa, mana mungkin kita terlepas dari diuji. Pastilah Allah nak lihat keikhlasan hati kita. Hiduplah kerana Allah, inshaAlah kita akan tenang. Semoga cita-cita kita untuk menjadi anak soleh solehah dan cemerlang di dalam bidang yang kita ceburi ini, tercapai. Anggaplah apa yang datang ini sekadar secebis dari ujian yang dihadapi Rasulullah S.A.W dan para sahabat dalam menyampaikan dakwah sehingga kita dapat menikmati nikmat iman & Islam sekarang.

Wallahua'lam.

sRikandi_Nurse
Indera Mahkota
Kuantan, Pahang.