Sunday, December 27, 2009

Cerita ikhlass....

Salam sejahtera.. Penulis ingin kongsikan sebuah al-kisah tentang ikhlas. Cerita yang diambil dari Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Cerita tentang 3 orang pembuat rumah. Mereka bekerja di bawah panas yang terik, bermandikan peluh dan membanting tulang berusaha menyiapkan rumah yang ingin dibina. Tiba-tiba..... jeng2..
mereka didekati oleh seorang budak lelaki.



Hati ikhlas, jiwa tenang...







Pekerja pertama, didekati dan... Budak lelaki itu memberi salam lalu bertanya.... Bang, tengah buat ape tu? Jawab pekerja tersebut:"Xnampak ke apa yang aku tgh buat ni!" "huh, garang betul abang ni.xpe2.tgh bad mood kot.." Lalu budak lelaki tersebut mendekati pekerja kedua,beliau bertanya soalan yang sama.. "tgh buat apa bang?" jawab lelaki tersebut,"Saya tengah sign cek ni.." "Oh, abang ni nampak duit je depan mata dia..." Lalu budak lelaki tersebut beredar kepada pekerja yang ketiga dengan niat ingin bertanya soalan yang sama. Tetapi yang menghairankannya adalah pekerja yang ketiga ini memang nampak sangat ceria dan gembira sedangkan dia melakukan kerja yang sama di bawah panas mentari yang sama dan dengan menggunakan kudrat yang banyak. Lalu, dia memberi salam dan bertanya kepada abang tersebut. "Abang tgh buat ape ni? Nampak gembira semacam je..." Abang itu menjawab, "saya sedang membuat rumah untuk diduduki oleh sebuah keluarga nanti.." "oh,kalau macam tu, kenapa abang senyum je memanjang, seolah-olah abang sedang memikirka sesuatu yang indah..." tanya budak lelaki itu dengan hairan. Lalu lelaki tersebut menjawab"Abang sedang membayangkan rumah ini bakal diduduki oleh sebuah keluarga.Nanti di dapur itu, ibunya akan memasak dengan gembira, suaminya sedang membaca surat khabar di ruang tamu itu dan anak-anak mereka sedang bermain di luar sana.Jika keluarga ini bahagia, abanglah sebahagian dari kebahagiaan keluarga tersebut. Abang rasa sangat bermakna kerana dapat berjasa kepada mereka..."



Alhamdulillah,itulah kehebatan IKHLAS. Ia berada di hati. tak nampak di mata. Kemanisan hanya buat hati yang benar2 merasainya. Cuba kita kaitkan dengan kehidupan kita, sebagai pelajar, anak dan sahabat...Kita belajar dengan IKHLAS ke? Semua orang belajar,Tapi sebenarnay kita belajar untuk apa? itu yang membezakan kita...
Kita menyayangi sahabat kita dengan IKHLAS ke atau apabila nak mintak tolong je, kita ingat nak jumpa dia? Atau kita berkawan apabila dia senang sahaja.Apabila dia susah,kita terus melupakan dia dan mencari orang lain sebagai kawan.IKHLASkah kita? Hanya Allah yang mengetahui hati kita.Semoga bermanfaat untuk semua. Salam perjuangan..

sRikandi Mummarridhoh
JHC

Friday, December 18, 2009

Ma'al Hijrah 1431H!Kita di Takuk Lama?



Detik penting dalam Hijrah. “Ketika mereka dihalau orang-orang kafir, mereka berdua. Ketika mereka berdua di dalam gua. Ketika dia berkata kepada temannya ‘Jangan takut, Allah bersama kita’. Allah menurunkan ketenangan kepada mereka dan tentera yang mereka tidak melihatnya. Allah menjadikan resolusi kafir terbawah. Kalimah Allah teratas. Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana”.
(At-Taubah)


~Foto : Di depan Gua Thaur, di puncak bukit Jabal Thaur. Di sini peralihan (turning point) fasa Dakwah Nabi saw dari dihina kepada keagungan, Islam di tekan kepada Kalimah Kafir terbawah, Kalimah Allah teratas dengan berjayanya Hijrah dan tertubuhnya Negara Islam di Madinah. Allahu Akbar wa liLlahil Hamd !~

Berlakunya Hijrah adalah selepas termeterinya MoU diantara Rasulullah saw mewakili Muhajirin dan 75 orang Ansar mewakili umat Islam di Madinah. Peristiwa Bai’ah Aqabah II penuh rahsia ini berlaku di kawasan dikenali hari ini dengan Masjid Bai’ah. 73 lelaki dan 2 wanita, Nusaibah binti Kaab dan Asmak binti Amru berjanji untuk berdepan dengan Kuasa-kuasa Besar Dunia, Rom dan Parsi, demi mempertahankan Rasulullah saw dan kedaulatan Islam di Madinah. Ganjaran untuk mereka adalah Syurga sahaja tanpa mendapat apa-apa dari habuan dunia. Para Ansar pula khuatir setelah mereka berhempas pulas membantu Nabi saw menang, selepas mengalahkan Quraisy, Nabi saw akan meninggalkan mereka dan pulang ke Mekah, kampung halamannya. Dengan kata lain, mereka sekadar dijadikan batu loncatan cita-cita politik Nabi saw semata-mata untuk sementara waktu. Nabi saw menjawab, “Balid Dam Al-Dam, wal Hadamul Hadam …” (Bahkan kita sama-sama luka dan binasa. Aku memerangi mereka yang memerangi kamu. Aku berdamai dengan sesiapa yang berdamai dengan kamu wahai Ansar!!”. Maknanya hidup mati Nabi saw adalah bersama Ansar. Sepuluh tahun selepas itu, pada Tahun 9H, selepas menawan Mekah, memenangi Perang Hunain dan beroleh harta rampasan yang banyak, Rasulullah saw menghadiahkannya kepada para Muallaf Mekah hingga habis segala ribuan unta, lembu dan kambing sehingga tiada satu pun yang tinggal untuk para Ansar. Dikalangan Ansar berbunyi mengatakan Nabi saw hanya beri orang kampungnya sahaja, dan takda untuk orang Madinah. Nabi saw memanggil orang Ansar dan berkhutbah bermaksud, “Tidakkah kamu dahulu sesat, hari ini Allah beri PetunjukNya?. “Benar ya Rasulullah!”, jawab mereka. “Tidakkah dulu kamu bermusuhan, hari ini kamu semua bersaudara?”. “Benar ya Rasulullah !”, jawab mereka lagi. “Tidakkah kamu suka kabilah lain membawa unta, lembu, kambing dll balik kekampung mereka, sedang kamu wahai Ansar balik ke Madinah membawa aku, rasul Allah !”. Ansar tersedar akan hakikat yang mereka tidak sedari. Nikmat membawa pulang seorang Rasul Allah, pembimbing mereka ke Akhirat dan keredhaanNya lebih besar nilainya dari membawa pulang ribuan unta, lembu dan kambing. Sekelian Ansar menangis di situ juga kerana dunia melupakan mereka hakikat dan nikmat yang lebih besar. Menangis kerana Rasulullah saw melebihkan mereka demi Akhirat mereka. “Kami redha dengan cara pembahagian yang dilakukan oleh Rasulullah saw !!”, kata orang-orang Ansar. Lebih sepuluh tahun lalu mereka dan Rasulullah saw memeterikan Bai’ah Aqabah II, hari itu kedua-dua pihak masih teguh dengan perjanjian tersebut iaitu (1) Ganjaran Syurga dan tiada habuan dunia, dan (2) Nabi saw akan terus tinggal di Madinah dan tidak menjadikan Madinah sebagai batu loncatan sementara semata-mata.


~ Foto : di puncak bukit Jabal Thaur, terletak Gua Thaur, tempat Rasulullah saw dan temannya, Abu Bakar ra. Mendapat teman sejati dalam perjuangan adalah salah satu nikmat dalam hidup.~

Begitulah keikhlasan dan kesucian hati seorang Rasul yang berjuang untuk menyebarkan dakwah Islam semata-mata. Kaum Ansar yang sentiasa setia dengan Rasulullah S.A.W sehingga Islam berjaya sampai di Madinah.Sesungguhnya kita patut menjadikan peristiwa Hijrah ini sebagai peristiwa yang cukup terkesan dalam hati sanubari kita. Bukan kita terus hanyut dan lalai dengan kemewahan dunia mengikut hawa nafsu sendiri. Rasulullah S.A.W telah berjuang habis-habisan untuk Islam. Tiada apa yang tinggal pada baginda. Segalanya dilaburkan untuk dakwah kerana Allah semata-mata.

Di samping semangat jihad yang tinggi, baginda S.A.W turut mengizinkan sahabat tercinta baginda, Abu Bakar As-Siddiq untuk berhijrah. Nabi saw meminta dia tunggu dengan sabdanya bermaksud, “Mudah-mudahan Allah mengadakan bagimu seorang teman (dalam Hijrah)”. Gembira tak terkata, Abu Bakar ra menyiapkan 2 ekor kenderaan Hijrah untuk Rasulullah saw dan dirinya sendiri. Detik bersejarah iaitu Hijrah Rasulullah saw dicipta bersama-sama dengan sahabatnya yang paling setia. Mereka juga bersama berdua di dalam Gua Thaur. Hakikat ini bukan sahaja disahkan oleh sejarah, tetapi direkodkan Allah swt hingga ke Hari Kiamat dengan firmanNya, “… Ketika kedua-dua mereka di dalam gua. Ketika dia berkata kepada temannya, ‘Jangan takut, Allah bersama kita’ “. (At-Taubah) Demikian hakikat perjuangan dan teman iaitu berdua, teman dan kita, bukan berseorang.

Betapa penting nilai seorang sahabat kepada seorang sahabatnya di saat genting seperti ini. Nilai ini ditonjolkan oleh Abu Bakar As-Siddiq terhadap Rasulullah S.A.W. Beliau tidak sedar bahawa pengorbanan beliau menyebabkan beliau dipatuk ular. Apa yang penting..."sahabatku Rasulullah S.A.W ini mesti diselamatkan dari bahaya.."

MashaALLAH.Maha Hebat Allah menjadikan manusia semulia Abu Bakar untuk melindungi kekasih-Nya, Nabi Muhammad S.A.W.Semoga kita dapat menjadikan kisah Hijrah Rasulullah S.A.W ini sebagai qudwah hasanah terbaik dalam hidup kita. Semoga amal kita diterima Allah.Salam Perjuangan! Berhijrahlah wahai sahabat! Berdakwahlah untuk ISLAM tercinta. Salam Perjuangan! Salam MAAL HIJRAH 1431 H!

Sumber: blog Ustaz Halim www.inijalanku.wordpress.com

Wednesday, December 9, 2009

Izinkan Daku Mencintai-MU Semampuku

Tuhanku,

Aku masih ingat,
saat pertama dulu aku belajar mencintai-Mu
Tarbiyyah demi tarbiyyah kuterima,
untai demi untai kalimah para ustaz kuresapi.
Tentang cinta para nabi,
tentang kasih para sahabat,
tentang muhabbah para solehin,
tentang kerinduan para syuhada...
Lalu kutanam di jiwa dalam-dalam,
kutumbuhkan dalam mimpi idealisme yang
mengawang di awan.

Tapi Tuhanku...

Berbilang hari demi hari
tahun demi tahun berlalu,
aku masih juga tidak menemukan
cinta tertinggi untuk-Mu,
aku makin merasakan
gelisahku memadai dalam cita yang mengawang,
sedang kakiku mengambang,
hingga aku terhempas dalam jurang dan kegelapan.

Allahu Rahiim,
Illahi Robbii...
Perkenankanlah aku
mencintai-Mu semampuku….
Dengan segala kelemahanku.

Ilaahi...

aku tak mampu mencintai-Mu
dengan kesabaran menanggung derita
Umpama Nabi Ayyub, Musa, Isa hingga Al-Mustafa
Kerana itu
izinkan aku mencintai-Mu
melalui keluh kesah pengaduanku pada-Mu,
atas derita batin dan jasadku,
atas sakit dan ketakutanku...

Ilaahii…..

Aku tak mampu mencintai-Mu
seperti Abu Bakar,
yang menginfakkan seluruh hartanya dijalan-Mu
dan meninggalkan hanya Engkau dan Rasul-Mu
bagi diri dan keluarganya.
Atau layaknya Umar
yang menyerahkan separuh hartanya demi jihad.
Atau Ustman
yang menyerahkan 1000 ekor kuda
untuk syiar Deen-Mu

Ilaahii...

Izinkanlah aku mencintai-Mu,
melalui kepingan kepingan yang terulur pada tangan - tangan kecil di bahu jalan,
pada mereka yang menadah tangan memohon sumbangan.
pada makanan-makanan yang terkirim ke handai taulan.

Illaahi...

Aku tak mampu mencintai-Mu
dengan khusyuknya solat sahabat nabi-Mu,
hingga tidak terasa panahan musuh terhujam di kakinya.
Kerana itu Ya Allah,
perkenankanlah aku tertatih menggapai cinta-Mu,
dalam solat yang cuba kudirikan
dengan terbata-bata,
meski ingatan terkadang melayang
ke pelbagai permasalahan dunia...

Ilaahii...

Aku tak mampu beribadah
seperti orang-orang soleh
yang membaktikan seluruh malamnya
untuk bercinta dengan-Mu
dalam satu putaran malam.
Maka Ya Allah...
Perkenankanlah aku mencintai-Mu
melalui satu - dua rakaat solat lailku,
atau sekadar sunnah nawafilku,
dan selembar dua lembar tilawah harianku
Juga lewat lantunan ayat ayat hafalanku...

Ya Rahiim...

Aku tak mampu mencintai-Mu
seperti para syuhada,
yang menjual dirinya demi jihad untuk-Mu...
Maka perkenankanlah aku mencintai-Mu
dengan mempersembahkan sedikit bakti dan pengorbanan
untuk dakwah-Mu,
dengan sedikit pengajaran
bagi tumbuhnya generasi baru

Allah Ya Kariim...

Aku tak mampu mencintai-Mu di atas segalanya,
atas segala kelemahanku,
ampunilah daku Tuhan...

Maka dengan itu
izinkanlah aku mencintai-Mu
dengan mencintai keluargaku,
membawa mereka pada nikmatnya hidayah dalam naungan Islam,
manisnya iman dan ketabahan.
dengan mencintai sahabat-sahabatku,
mengajak mereka untuk lebih mengenal-Mu,
dengan mencintai manusia dan alam semesta

Perkenankanlah aku mencintai-Mu
semampuku, Ya Allah...

Agar cinta itu sentiasa mengalun dalam jiwaku
Agar cinta itu sentiasa mengalir di sepanjang urat nadiku
Agar cinta itu sentiasa mekar dalam lubuk sanubariku


oleh : Azimah Rahayu
dalam buku : Hari Ini Aku Makin Cantik

copy & paste dari blog Pembinapahang...

Tuesday, December 1, 2009

WEHDAH pemangkin iman!

Alhamdulillah pada 23-25 NOVEMBER 2009 yang lepas, Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) peringkat Universiti Islam Sains Malaysia(USIM)dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi telah berjaya menganjurkan Konvensyen Pendakwah Muda Kebangsaan(KPMK). Program yang disertai oleh lebih 700 orang peserta ini telah memberi ilmu dakwah yang cukup terkesan kepada jiwa-jiwa da’ie muda. Para peserta terdiri daripada penuntut universiti awam dan juga swasta seperti USM,UPM,UUM,UIAM,UMT,UDM,UKM,UTEMM,UiTM, UTP, UMP,KUIS,MSU..Kolej Pendidikan Guru, Darul Qur’an dan banyak lagi.

Perjalanan Dakwah Teruji!

Pada 22hb semuapeserta dikehendaki mendaftarkan diri. Kami yang tiba di Stesen Komuter Nilai pada pukul 5 suku petang tetapi perlu menunggu peserta lain yang tiba pada pukul 6 petang. Takdir Allah, seorang peserta yang tiba dari Sarawak terlambat sampai dan kami menanti penuh sabar. Seminit bagaikan sejam. Inilah ujian pertama…Allah mahu mengajar kita erti SABAR wahai da’ie mujahidah=)

Pada malam tersebut, taklimat telah diberikan oleh pihak urusetia KPMK. Oleh kerana program ini melibatkan ramai peserta, jadi semua peserta dikehendaki mengikut tempat makan, tempat tinggal dan tempat aktiviti yang telah ditetapkan tanpa banyak bertanya kepada pihak urusetia. Alhamdulillah, kami dapat merasakan nikmat yang tidak tehingga kerana dapat bertemu dengan sahabat sefikrah, teman yang terpisah selepas sekolah dan sahabat2 kenalan baru dari pelbagai u. Ukhuwwah fillah kerana dakwah!

23/11/2009: Aktiviti pagi dimulakan dengan ucaptama oleh Dr. Mohd Farid Mohd Shahran (Timbalan Dekan Fakulti Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu UIAM)sekaligus merasmikan program KPMK ini.

1-Ucaptama Konvesyen Pendakwah Muda Malaysia WEHDAH '09




Selepas itu, siding pleno yang dibentangkan oleh Dr. Kamil Ibrahim(Pengarah UPM,penulis buku Travelog HAJI & Travelog DAKWAH), Ustaz Hasnan Kasan(Pegawai Hal Ehwal Islam, UPM)& Ir, Dr. Muhammad Fuad Yeoh Abdullah(Timbalan Pengerusi Malaysia Chinese Muslim Association,MACMA).

Tajuk:1. KESEDARAN BERDAKWAH 2. CABARAN : MEHNAH & TRIBULASI BERDAKWAH 3. PERSIAPAN PARA PENDAKWAH MUDA .
Ketiga-tiga pembentang ini telah berkongsi banyak ilmu dan pengalaman mereka dalam dunia dakwah. Yang menarik perhatian saya adalah, tentang pengalaman yang dialami oleh Dr. Kamil Ibrahim sejak beliau menuntut di MRSM. Beliau tidak mengenal erti tarbiah semasa beliau menuntut di sekolah dan universiti. Beliau juga bukanlah ‘kaki masjid’, bersikap kasar dan tidak mementingkan soal hukum hakam dalam Islam. Beliau pernah diajak oleh isteri beliau untuk menunaikan haji sewaktu berumur 40 tahun, namun beliau enggan kerana berasa jahil dan gentar untuk menjadi tetamu Allah atas alasan beliau tidak pandai membaca Al-Qur’an dan jahil tentang Islam.

Alhamdulillah, berkat doa insan yang dahagakan hidayah dari Allah, doa isteri dan ibu beliau, Allah telah membuka jalan kepada beliau untuk mengenal Islam sekaligus membawa beliau ke Baitullah, Makkatul Mukarramah. Beliau juga menceritakan saat beliau merintih, berdoa dan mengharap kepada Allah agar Allah mengampunkan dosa-dosa yang silam dan dikuatkan iman untuk terus ISTIQAMAH melakukan ibadah yang dilakukan di Mekah apabila beliau pulang dari mengerjakan haji.

Syukur ke hadrat Allah, berkat keikhlasan beliau, beliau telah megecapi nikmat iman & Islam yang sebenar. Beliau gigih melakukan kerja-kerja dakwah sebaik pulang dari Mekah. Selaku pengarah sebuah universiti , berpangkat proffesor, sudah pasti beliau tidak terlepas dari mengahdapi masalah melibatkan remaja. Dengan pengalaman beliau semasa muda, beliau berusaha untuk mengajak pelajar-pelajar beliau mengahayati Islam dengan sebenar-benarnya. Solat jemaah di masjid, iftor isnin & khamis dan kerja-kerja dakwah di UPM giat dijalankan bagi mengajak semua insan mengenal Allah.Semoga Allah menggajari usaha beliau.Ameen.

Ustaz Hasnan Kasan ada berpesan, “Kalau iman kita terpelest di dasar tanah, dakwah kita takkan berjalan.” Kalau Kita hendak mengajak manusia buat kebaikan, tengok diri kita dulu, kita yang kena buat baik pada orang dulu. Nak ajak orang solat jemaah di masjid,kita solat kat mane? Kita nak member orang lain kefahaman tentang Islam,kita kena faham Islam dulu…Hafal ayat Al-Qur’an dan Hadith untuk memantapkan hujjah kita.

Tambah beliau lagi, masyarakat sekarang mengalami masalah KEHANCURAN ROHANI. Kesannya, masyarakat Islam jauh dari agama. NILAI KEDUNIAAN SEMAKIN TINGGI dalam masyarakat menyebabkan masyarakat kini hanya mengejar pangkat dan kemasyhuran.

Saya cukup kagum dengan Ir. Dr. Muhammad Fuad Abdullah kerana beliau membuat kajian yang begitu mendalam di dalam bidang dakwah sedangkan beliau mu’allaf yang baru mengenali Islam. Alhamdulillah, berkat kesungguhan beliau, beliau menjadi seorang peguam cemerlang dan kini sedang membuat thesis di dalam bidang yang berbeza pada masa yang sama. Tajuk yang beliau bentangkan adalah Persiapan Para Pendakwah Muda. Beliau menekankan tentang kepentingan TARBIYAH kepada seorang pendakwah muda. Beliau juga menggalakkan pendakwah muda menggabungkan diri dengan badan NGO Islam sebagai platform untuk menyampaikan dakwah.
“Dengan tarbiyah dan kefahaman yang diperolehi, pendakwah muda hendaklah lebih bersedia untuk berperanan dalam badan NGO Islam.” Ir. Dr. Muhammad Fuad Abdullah

Tambah Dr Fuad lagi, penghayatan akhlakdan nilai Islam perlu menjadi agenda utama setiap pendakwah muda yang ingin menyumbang dalam badan Islam.

2.Wacana 1
Tema:Sikap Sosial





Antara peserta muslimin yang hadir dari IPT dan Kolej-Kolej Komuniti seluruh Malaysia


Peserta -peserta muslimat yang Hadir

Resolusi WEHDAH '09

Konvensyen Pendakwah Muda Peringkat Kebangsaan 2009 (WEHDAH’09)


Anjuran Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia USIM (SPMM)

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Dengan Kerjasama
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia


Tarikh : 25 November 2009 / 8 Zulhijjah 1430 H
Tempat : Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Tema : “Generasi Muda Menjana Transformasi Ummah”

i. SPMM berusaha untuk menjadi badan utama dan wadah dalam menyatukan generasi muda Islam untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan dalam meninggikan syiar Islam

ii. SPMM akan berusaha untuk menjadi qudwah kepada organisasi lain dan juga institusi pengajian tinggi dalam pengislahan masyarakat dan dakwah.

iii. Memberi penekanan terhadap tarbiyah Islamiah dan pembangunan sumber manusia dalam mempersiapkan diri mahasiswa bagi menjana transformasi ke arah tertegaknya syariat di Malaysia.

iv. Melebarkan jaringan SPMM ke seluruh Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia seterusnya menjalinkan kerjasama antara wakil SPMM dari seluruh kampus, kerajaan dan badan-badan NGO untuk memberikan gambaran dan maklumat sebenar berkaitan isu, cabaran dan realiti sebenar keadaan masyarakat serta hubungkait dengan keperluan untuk berdakwah terutama kepada golongan generasi muda.

v. Menjadikan SPMM sebagai badan utama untuk melaksanakan pelbagai aktiviti dakwah di kampus di samping mengadakan hubungan baik terutamanya pihak pentadbiran universiti dan juga syarikat atau badan-badan agar cenderung untuk membantu usaha dan gerakan dakwah.

vi. Memperkasakan penggunaan teknologi terkini dalam apa jua cabang termoden termasuk penggunaan teknologi maklumat dalam perlaksanaan dakwah dan islah.

vii. Melaksanakan usaha melebarkan kefahaman berkaitan dakwah secara kontemporari dan diperluaskan terutama melalui media cetak dan media elektronik untuk menerapkan fikrah Islam di alam kampus

viii. Program-program berunsurkan Islam diwujudkan untuk mahasiswa dalam bidang profesional agar mahasiswa dalam bidang tersebut turut mahir dalam hal ehwal keagamaan begitu juga mahasiswa jurusan agama sepatutnya mendapat pendedahan dalam bidang profesional.

ix. Perlaksanaan dakwah oleh mahasiswa dalam menyahut seruan 1Malaysia bukan hanya tertumpu kepada orang islam sahaja, tetapi juga kepada golongan yang bukan islam tanpa mengira status dan agama.

KLSPM 2009! DAFTAR SEGERA!!

Salam sejahtera semua..

satu hebahan penting kepada semua..

ANDA ada adik baru lepas ambik SPM thn ni?

ANDA ada junior2 di sekolah yang baru lepas SPM?

ANDA ada adik kepada kawan2 ANDA yang baru lepas SPM?

ANDA ada sahabat kepada adik kawan ANDA yang mempunyai kawan2nya di sekolah yang sudah melalui peperiksaan SPM ?

ANDA sendiri sedang menduduki SPM,dan masih terpinga-pinga,blur,kelabu pekat,silau tentang masa depan,ke mana hala tuju dan arah yang perlu diikuti?

Jika ANDA IALAH "ANDA' DI ATAS,ANDALAH YANG KAMI CARI!-

Teruskan Membaca hingga akhir entry,pasti ANDA tak rugi,dunia akhirat InsyaALlah!

Persoalan2 bagi para pelajar sejurus selepas SPM :

Course apakah yang terbaik beradasarkan sifat,karakter dan keupayaan diri ?

Di manakah tempat terbaik untuk menyambung pelajaran?

BAGAIMANA anda hendak mencari peluang2 untuk mendapat tempat di Uni2 terbaik di dalam atau di luar negara?

APAKAH prosedur2 untuk MEMOHON?apa tips2nya?

DARI MANAKAH tajaan2 serta biasiswa2 boleh dipohon?apa lubang2 yang ada?

Siapakah orang yang dapat dikongsi dan diminta pendapat berkenaan jurusan2 yang ditawarkan?

TEMUI KAMI SECARA LIVE....

MEREKA YANG TELAH BERJAYA MENEMPUH ALAM UNIVERSITI...

DARI DALAM NEGARA & LUAR NEGARA..

INILAH....

Program yang dinanti2kan para lepasan SPM...

didatangkan lagi pada tahun ini-siri ke 5

JAWAPAN kepada semua persoalan di atas,segalanya akan dikupas satu persatu...pasti ANDA AKAN MENEMUI JAWAPANNYA!



"Kem Lepasan SPM 2009"

Dengan izinNya,satu-satunya Program yang pasti membawa anda ke satu dimensi baru,perspektif yang bakal mencorak masa depan anda yang lebih cemerlang dan terpandu,dengan satu matlamat yang jelas!

Ayuh!

klik gambar utk paparan jelas
akan menggegarkan ANDA pada :
25 - 27 DISEMBER 2009
bertempat di :
Kem NUR SUNGAI MERAB,KAJANG

Yuran penyertaan :

RM80. SHJ

(termasuk kos tempat tinggal,transport dr pick point,bahan2 kursus,makan minum,Sijil penyertaan)


Anjuran :

PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL(PEMBINA)

penyertaan terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM,tetapi jumlah hanya terhad kepada 100 tempat sahaja.

**Pakej diskaun yang menarik akan diberikan kepada pendaftaran secara berkelompok

DAFTARLAH SEKARANG!!!

HUBUNGI wakil KAMI :

EN.FAIRUL : 013-6616676

PN.NORLI : 013-6618698

@tau tinggalkan pesanan anda (email anda) di ruangan komen/chat box,kami akan hubungi anda secepat mungkin.

Al-kandahlawi

BaitulHikmah Wa Zahrowat

www.pembinaselangor.com

copy & paste dari www.khallys.blogspot.com